Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 3 November 2013

PRK Sungai Limau : Drama Penipuan Yang Memalukan

JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.

Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.

"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.

"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.

Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.

"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot.

"Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya.

Tambahnya, Umno perlu berasa malu apabila terpaksa menipu rakyat apabila berada dalam keadaan yang terdesak.

Jelas beliau lagi, Jamil Khir mungkin terpaksa menggunakan cara sedemikian untuk memulihkan imej beliau bila ditekan Umno yang mengetahui kebanyakkan keluarga beliau merupakan ahli PAS.Hrkh

Jumaat, 4 Oktober 2013

Keputusan Pemilihan Pimpinan Pas Kawasan Di Selangor

SHAH ALAM: PAS Kawasan Serdang,  Gombak,  Kota Raja dan Kelana Jaya mengekalkan pemimpin tanpa sebarang pertandingan dalam mesyuarat agung kawasan masing-masing.

Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kelana Jaya,  perwakilan mengekalkan Yang Dipertua (YDP),  Ir Izham Hashim (kanan);  Timbalan YDP,  Mohd Ghazali Daud dan Naib YDP,  Muzammil Hafiz.

Perwakilan PAS Kawasan Serdang turut mengekalkan YDP PAS Kawasan,  Shafie Ngah; Timbalan YDP,  Mazwan Johar dan Naib YDP,  Ustaz Syukor Atan.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gombak pula mengekalkan penyandang YDP, Ustaz Salehuddin Nasir; Timbalan YDP,  Ustaz Hasbullah Ridzwan dan Naib YDP, Ustaz Farhan Humaizi Abdul Halim.

YDP PAS Kota Raja, Jaafar Shamsuddin;  Timbalan YDP,  Norhalim Sirom dan Naib YDP, Dr Siti Mariah Mahmud (kiri) turut menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung pemilihan baru-baru ini.

Pertandingan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sungai Besar menyaksikan YDP kekal disandang Ustaz Sallehen Mokhyi  manakala  Ustaz Jamsari Marsom kekal sebagai Timbalan YDP dan Ustaz Mustaim Osman sebagai Naib YDP.

Perwakilan PAS Kawasan Kuala Langat pula mengekalkan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai YDP; Timbalan YDP,  Ustaz Zamri Shafiq dan Naib YDP,  Mohd Hamdan Sapar.

Bagi PAS Kawasan Sepang , pertandingan jawatan YDP menyaksikan penyandang jawatan, Jaafar Pangat dikekalkan perwakilan manakala  jawatan Timbalan YDP dan Naib YDP dimenangi tanpa bertanding  Sobirin Marsono dan Ustaz Azrul Aslim.

Khamis, 3 Oktober 2013

Foto Terbaik : Tok Guru Nik Aziz Dan Nasi Berlauk Kegemarannya

Sumber gambar : FB

Tok Guru Nik Aziz menikmati nasi berlauk kegemarannya.Simple dan mendamaikan.Foto dirakam ketika beliau bersarapan bersama Tuan Ibrahim Tuan Man di sebuah hotel di Kuala Lumpur

Allahuakbar..bersederhana sudah menjadi amalan beliau sejak sekian lama.Alhamdulillah selama Tok Guru memimpin Kerajaan Kelantan tak ada sebarang tuduhan atau fitnah pun yang berjaya menjatuhkan beliau.

Walaupun media Umno berhempas pulas cuba menjatuhkan beliau dengan berbagai cara tetapi beliau tetap utuh meneruskan pemerintahan dengan jayanya hinggalah beliau mengundur diri dengan tangan yang terbuka ~ Tinta Hijau DKB

RM 28.8 Juta Kos Sewa Pesawat Untuk Najib


KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM28.8 juta setahun bagi menyewa pesawat untuk kegunaan Perdana Menter (PM).Selain itu sebanyak RM5.5 juta dikeluarkan bagi tujuan penyelenggaran pesawat jet VVIP tersebut.

Ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan dalam tempoh tiga tahun dari 2010 kerajaan telah berbelanja RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, RM16.515 juta bagi penyelenggaraan dan RM3.32 juta untuk  penambahbaikan jet tersebut.

Mengulas perkara itu, Kor Ming, dalam tempoh tiga tahun kerajaan menanggung RM100.47 juta untuk pesawat peribadi kegunaan PM.

"Sebagai bandingan rakan sejawat PM di Singapura, Lee Hsien Loong, beliau hanya menaiki kelas pertama Singapore Airline ketika membuat lawatan luar negara dan ini menjimatkan wang rakyat.

"Teladan ini haru dicontohi oleh PM untuk membuat pertimbangan menaiki tiket kelas pertama Penerbangan Malaysia (MAS) dan bukannya pesawat jet mewah," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, ketika Malaysia mengalami defisit 17 tahun berturut-turut dan ledakan hutang negara sehingga mencecah paras RM516.3 bilion, kerajaan Barisan Nasional (BN) disaran menunjukkan teladan baik berhemah dari segi pengurusan kewangan.

"Pada tahun ini kerajaan terpaksa mengemukakan belanjawan tambahan sebanyak dua kali di parlimen kerana kegawatan kewangan.

"Jumlah defisit kerajaan tahun ini sahaja sebanyak RM69.2 bilion, jadi atas angka yang merunsingkan kita ini PM perlu mengamalkan perbelanjaan yang berhemah, jangan membazir," sambung beliau.

Katanya lagi, Ketua Audit Negara turut menyarankan agar Jabatan Perdana Menteri supaya mencerminkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan kerajaan.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....