Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 2 Januari 2013

Umno Terdesak,Guna Komuter Raih Sokongan Rakyat

KUALA LUMPUR 2 Januari: Iklan ‘Sayangi BN’ dalam gerabak KTM Komuter bukti ketakutan Umno dan Perdana Menteri yang terdesak meraih simpati rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Haniza Talha.

Beliau mengulas pemasangan video iklan tiga minit bermula Sabtu lalu memaparkan pertemuan Datuk Seri Najib Razak bersama rakyat.

“Saya dapat maklumat iklan itu dimainkan pada waktu puncak, iaitu ketika orang ramai bersesak-sesak menaiki komuter.

“Kenapa perlu kempen begitu sekali? Ia jelas melanggar etika GLC (badan bukan kerajaan),” katanya ketika dihubungi.

Iklan tersebut dipasang sempena Karnival Sayangi Selangor anjuran BN negeri pada 29 Disember lalu, yang turut memaparkan logo serta slogan BN seperti, “Yakini BN-Sayangi Selangor”, “Dikau menjamin harapan” dan “Sekian lama aman sejahtera”.

“Saluran televisyen, radio, malah agensi-agensi kerajaan semua dikuasai Umno BN. Kenapa begitu terdesak? Kalau benar BN perintah dengan baik dan telus, kenapa nak takut? Rakyat pasti boleh nilai sendiri,” tegas Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu.

“Dalam menuju negara maju, rakyat perlu diberi pandangan dan maklumat secara terbuka. Mereka ada hak untuk memilih, tapi kerajaan tutup semua medium perdana untuk akses kepada maklumat dan kemudian suruh rakyat buat pilihan,” tambahnya.

April tahun lalu, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.

Ulama Umno Mahu Presiden Pas Ditahan


ABDUL HADI AWANGKOTA BHARU - Pihak berwajib disarankan bertindak tegas sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan tampil untuk sesi penjelasan di televisyen setelah menetapkan syarat kepada kerajaan.

Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris berkata, Abdul Hadi wajar ditahan dan diambil keterangan seandainya beliau sengaja tidak hadir setelah meminta untuk bersiaran langsung bagi menjelaskan isu yang hangat diperkatakan itu.

Saranan Mohd Noor itu adalah berikutan Abdul Hadi sendiri yang menetapkan syarat untuk berdialog selama satu jam secara langsung menerusi televisyen dan tindakan tegas itu perlu kerana tidak mahu kesungguhan kerajaan dilihat sebagai mainan oleh Pas dalam isu Amanat Haji Hadi itu.

“Saya melihat Pas ini sudah mencabar banyak perkara, ini bukan perkara main-main, jika tidak hadir juga paksa dia datang, sekiranya tidak mahu pihak berkuasa boleh menahan dia serta disiasat mengikut undang-undang yang ada.

“Amanat Haji Hadi ini adalah sesuatu yang boleh membawa mudarat jika ia tidak ditangani dengan baik dan Abdul Hadi itu sendiri perlu jelaskan perkara tersebut kerana ia mengganggu metodologi politik Islam,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menjemput tokoh agama dan mufti negeri bersama sesi siaran langsung Mohd Noor menegaskan, ia satu cadangan baik.

Katanya, perbincangan melibatkan tokoh ulama akan memberi kesan yang besar kepada dunia menerusi kupasan secara jelas apatah lagi boleh menghilangkan kekeliruan didakwa berhubung kait dengan tuduhan kafir sesama Islam ini.

“Isu Amanat Haji Hadi ini adalah satu cabaran yang besar kepada negara dan pihak berkaitan tidak boleh berdiam diri kerana dakwaan pegangan ke arah memesongkan ini boleh meracuni maruah, agama, keturunan, ekonomi serta minda,” katanya.

Sabtu lalu, Abdul Hadi meminta diberi peluang secara langsung selama satu jam untuk menjelaskan amanat yang dibuatnya pada tahun 1981 itu dan beliau bersedia bila-bila masa sahaja menghadirinya.SH

Lagi Runtuhan Terbaru Di Terengganu !!

  
KEMAMAN - Tirai 'runtuh' Tahun 2012 ditutup dengan insiden runtuhnya bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai, dekat sini,  seolah-olah mengesahkan lagi gelaran Terengganu Darul runtuh!

Kejadian yang berlaku pada 30 Disember itu, bagai satu 'rentetan badi' yang 'merasuk' negeri ini sejak dirampas Umno-BN dari PAS pada tahun 2004.

Selepas malapetaka runtuhnya bumbung Dewan Syaidina Abu Bakar, Sekolah Menenengah Wakaf Tapai bernilai RM2 juta pada 12 April, 2008, sudah 15 bangunan atau binaan yang runtuh dan rosak di negeri ini.

Yang terakhir sebelum bumbung Astaka Chukai adalah bangunan dalam pembinaan di Padang Astaka Besut yang runtuh pada 21 Jun 2012!

Tinjauan sekitar kejadian bumbung Astaka Chukai yang runtuh, mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan  'menyembah bumi' dipercayai strukturnya yang lemah serta reput.

 Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.

Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran ‘Terengganu Darul Runtuh’ yang memalukan.

“Saya minta minta berautoriti siasat kes (runtuh) ini dengan telus sebab banyak sangat kejadian yang runtuh-runtuh berlaku di Terengganu. Orang gelar ‘Terengganu Darul Runtuh’ dan ini memalukan kita.

Selasa, 1 Januari 2013

Ambang 2013 : Antara Program PR Dan Program BN

 Antara I-City dan Dataran Shah Alam...jauh bezanya

  Lebih 100,000 menyertai sambutan ambang 2013 bersama pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam malam tadi.

Kehadiran ikon Ustaz Azhar Idrus menjadi pemangkin perhimpunan ini yang disertai kebanyakannya oleh anak muda.
Dalam masa yang sama, Umno menganjurkan perhimpunan sambutan ambang 2013 di I-City Shah Alam dengan persembahan nyayian dan tarian.Saksikan foto foto dibawah.

Program Pakatan Rakyat :



' R ' Kelantan Berbasikal Dari Kota Bharu Ke KLCC

KOTA BHARU 1 Januari: Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan (Royalti) melancarkan program terbaru mereka Cycling For Royalty (C4-R) KB – KLCC # Berbasikal Tuntut Royalti KB – KLCC sejauh 650 km.
 
Pelancaran disempurnakan Exco kerajaan Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmud pagi tadi dengan 10 peserta kayuhan memulakan perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur yang bakal berakhir pada 11 Januari ini.

“Kumpulan berbasikal akan melalui jalan Kota Bharu ke Terengganu yang akan disambut Royalti Terengganu dan mereka akan mengikuti hingga Kemaman.

“Sampai sahaja di Kemaman, Royalti Pahang pula akan menyambut mereka dan mengikuti kayuhan sehingga ke Bentong sebelum disambut oleh Royalti Selangor,” kata Setiausaha Royalti, Mohd Hisyamuddin Ghazali, kepada Keadilan Daily.

Katanya, perjalanan 11 hari itu bertujuan mengajak anak-anak muda beramai-ramai bersama hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

“Kumpulan 10 peserta itu akan ke KLCC berdasarkan perancangan. Mereka dijadualkan sampai 11 Januari sebelum ke Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari.
“Mereka akan jadi simbolik kehadiran anak muda selain mengajak orang ramai berhimpun walaupun datang dengan hanya berbasikal,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan menghulurkan sumbangan kewangan, basikal dan sebagainya boleh berhubung dengan Sekretariat Royalti di talian 019-9159559 (Cik Nurul).KD

Cara SPR Untuk Mudahkan Kempen BN

KUALA LUMPUR 31 Dis: Maklumat yang diberi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Umno masih dalam bentuk pecahan kaum untuk memudahkan perjalanan kempen BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), dedah Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid.

Beliau mempersoal tindakan SPR yang berat sebelah kerana hanya membekal maklumat berkaitan kepada Umno tetapi membelakangi Pakatan Rakyat.

“SPR beri maklumat pada kita (Pakatan) dan orang ramai tanpa menunjukkan pecahan kaum. Ia  satu kaedah yang bagus, tetapi kita persoalkan kenapa maklumat yang diberi pada Umno berbeza?” soalnya.

“Saya dapat info SPR bekalkan maklumat pengundi mengikut pecahan kaum di setiap kawasan untuk memudahkan perjalanan kempen mereka,” jelasnya ketika dihubungi.

Ekoran itu, beliau bimbang sikap Umno yang gemar ambil kesempatan dari majoriti kaum setiap kawasan mengundi.

“Di kawasan ramai Melayu, Umno akan takut-takutkan rakyat dengan propaganda tentang Cina yang akan memerintah. Kawasan Cina pula, mereka akan cakap jika PAS perintah, semua dipaksa masuk Islam, inilah cara Umno nak pertahan kuasa,” katanya.

Zakaria berkata, pecahan pengundi mengikut kaum di setiap kawasan sepatutnya tidak berlaku kerana setiap parti yang hendak bertanding perlu fokus pada keperluan rakyat.

“Pecahan mengikut kaum hanya jadi pemangkin kepada isu perkauman yang ditimbulkan sendiri oleh ahli politik,” katanya.

Pandangan Zakaria itu sejajar dengan cadangan PAS hari ini yang mahu SPR tidak lagi memecahkan pengundi sesuatu kawasan mengikut komposisi kaum.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini berkata, sudah tiba masanya SPR mengeluarkan pecahan pengundi mengikut usia mahupun jantina sebagai data rasmi untuk disalurkan kepada media dan rakyat.

Beliau berpendapat, pecahan undi mengikut perspektif jantina juga boleh mengurangkan risiko ahli politik menggunakan isu perkauman dan agama untuk meraih undi.KD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....