Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 12 Disember 2012

Samseng MIC Didakwa Serang Peserta Himpunan Duduk Bantah 12-12-12

PUTRAJAYA, 12 DIS : Sekumpulan 30 samseng yang didakwa anggota MIC bertindak menyerang pemimpin Pakatan Rakyat(PR) di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya pagi tadi.

Insiden ini berlaku selepas pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Naib Presiden PKR, N Surendran dibenarkan masuk bertemu Pengarah JPN Malaysia, Datuk Jariah Mohd Said berhubung masalah perolehan rakyat negara ini yang masih menggunakan kad pengenalan merah.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng menjadi mangsa tindakan agresif anggota kumpulan berkenaan sehingga ditolak pada bahagian badan ekoran perasaan tidak senang terhadap gerak kerja yang dilakukan pemimpin PR.

Surendran yang ditemui pada sidang media nyata kesal dengan kejadian berkenaan dan menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

“Polis secara sengaja membenarkan samseng-samseng daripada MIC masuk menyerang kita apabila kita keluar sahaja bilik pengarah Datuk Jariah.“April kita datang ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), kami diserang dan hari ini sekali lagi.

“Apa yang mengejutkan polis bersekongkol dan membenarkan mereka menyerang kami,” katanyaBerhubung kad pengenalan, beliau meminta JPN membuat pertimbangan segera agar masalah ini dapat diselesaikan selain bersedia untuk memberikan kerjasama.

“Kita kecewa apabila Datuk Jariah berkata akan memberikan borang permohonan untuk warganegara kepada mereka. Kita bantah.

“Setelah kita jelaskan akhirnya pihak JPN bersetuju mengeluarkan borang permohonan kad pengenalan sahaja kerana mereka sudahpun warganegara,” katanya.

Hampir 300 pemohon hadir di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya sempena dengan ‘Himpunan Duduk Bantah 12-12-12′.

Penghinaan bekas menteri Umno keruhkan hubungan Malaysia-Indonesia

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat ketidakupayaan Barisan Nasional sebagai peneraju negara semakin terserlah apabila dengan sengaja mencetuskan perbalahan moral dengan negara serumpun iaitu Indonesia melalui satu penulisan ‘sampah’ yang ditulis oleh Zainuddin Maidin, mantan Menteri Penerangan dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.

AIC melihat penulisan Zainuddin atau lebih dikenali sebagai ZAM ini sebagai penuh rasa sombong dan marah, serta tidak menggunapakai etika penulisan yang sebenar dan malas untuk menggali data-data sebenar bagi menerangkan keadaan. Ini turut menggambarkan Barisan Nasional sebagai betul-betul panik menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Zainuddin Maidin sebagai seorang ahli politik veteran dan pengalaman sebagai bekas editor Kumpulan Utusan  tidak menulis artikel itu semata-mata sebagai kolum bacaan biasa, tetapi lebih tertumpu sebagai menipiskan upaya politik dan peluang Dato Seri Anwar Ibrahim dan kekuatan Pakatan Rakyat.

Malah tiada permohonan maaf serta sikap berdiam diri Barisan Nasional menggambarkan artikel itu adalah seolah-olah adalah pendirian rasmi regim Malaysia itu, dan tidak menggambarkan langsung usaha Datuk Seri Najib Razak yang berpendidikan terbuka di Britain, untuk membawa satu pembaharuan dalam “tranformasi’ yang dilaungkan, dengan cara rendah mengekang pembangkang dalam pilihanraya.

Sebagai bekas Presiden Republik Indonesia, Prof. Dr. Ing BJ Habibie pastinya salah seorang tokoh yang membawa imej negara republik itu ke mana-mana sahaja negara yang beliau kunjungi, dan menjadi satu imej terhormat di dalam dunia yang terbuka ini untuk beliau rapat dengan sesiapa sahaja yang beliau inginkan tanpa ada sifat prejudis.

Selasa, 11 Disember 2012

Foto Terbaik !!! Rakyat Bangkit !!!


Sambutan hebat orang ramai di program Jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat( HKR )  di seluruh negara.Bukti jelas rakyat mahukan perubahan dasar pemerintah dan pentadbiran kerajaan pusat.JOM UBAH,PAKATAN RAKYAT PILIHAN RAKYAT.!!!

Sumber : FB 

Lajim Ukin Isytihar Umno Sabah Tak Pernah Terima RM 40 Juta

  Datuk Seri Lajim Ukin

PETALING JAYA, 11 DIS: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin mengisytiharkan Umno Sabah tidak pernah menerima derma politik RM40 juta dari ahli perniagaan, Michael Chia.

Pengisyiharan itu bercanggah dengan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz Oktober lalu yang wang tersebut adalah untuk Umno Sabah.

Perisytiharan tersebut dibuat dalam satu akuan bersumpah (SD) bertarikh 10 Disember 2012, di pejabat Pesuruhjaya Sumpah Malaysia, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Lajim dalam SD tersebut, dakwaan Nazri di dalam Parlimen adalah supaya pendakwaan rasuah melibatkan skandal konsesi balak terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Micheal terpaksa digugurkan.

Pada 9 Oktober lalu dalam persidangan Dewan Rakyat, Nazri memberitahu, RM 40 juta yang disalurkan Micheal kepada Musa merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk Musa secara peribadi.

Nazri membuat kenyataan itu selepas terdapat laporan media bahawa Michael ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong disyaki cuba menyeludup keluar wang haram berjumlah S$16 juta (RM 40 juta).
Menurut laporan media ketika itu, Michael mendakwa wang tersebut milik Musa.

Lajim pernah menduduki jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sehingga Ogos 2012.Beliau merupakan bekas anggota Badan Perhubungan Umno Sabah.

Pentadbiran Umno seleweng punca Tengku Azlan sokong Pakatan

KUALA LUMPUR 11 Dis: Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan punca Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menyokong Pakatan Rakyat walaupun masih bersama Umno kerana sedar parti itu menyeleweng.

“Sikap terbuka Tengku Azlan yang menyenangi perjuangan Pakatan Rakyat disebabkan beliau sedar Umno sekarang tersasar daripada landasan sebenar.

“Saya percaya apa yang dinyatakan itu ikhlas dari hatinya. Sudah pasti beliau menyertai politik tanpa ada kepentingan kerana pangkat, harta semuanya beliau miliki,” katanya kepada Keadilan Daily.

Fauzi berkata, Tengku Azlan juga mungkin menyedari penubuhan Umno atas kepentingan rakyat kini medan untuk mencari kemewahan.

“Umno sekarang adalah ciptaan Tun Mahathir (Mohamad) kerana parti itu pernah diharamkan suatu masa dahulu.

“Pemimpin Umno dulu berjuang memartabatkan Islam dan kemerdekaan negara. Inilah bezanya dengan pemimpin Umno sekarang,” kata Fauzi.“Saya pasti beliau boleh lihat apa yang berlaku dalam Umno sekarang,” ujarnya.

Semalam, Tengku Azlan yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan.

Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.KD

Isnin, 10 Disember 2012

Ahli Parlimen Jerantut Nafi Keluar Umno Tapi Sokong PR

KUALA LUMPUR 10 Dis: Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan).

Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.

“Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah,” katanya kepada Keadilan Daily.

Perkembangan terbaru  ini tentunya menggerunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan Tengku Azlan adalah ahli parlimen di negeri kelahirannya.

Dalam pada itu, Tengku Azlan menafikan dakwaan akhbar berbahasa Tamil dan laporan beberapa blog menyatakan beliau keluar Umno dan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Amanah Merdeka Rakyat (Amanah).

“Tak betul, saya hanya ‘berundur’, tapi bukan keluar Umno. Belum terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). ‘Amanah’ (saya) untuk selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin.

“InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju,” jelas bekas Menteri Pengangkutan itu.

Menurut Ahli Parlimen selama tiga penggal itu, beliau akan berundur daripada menjadi calon PRU 13 dan menyerahkan mandat kepada orang muda.

“Bagi laluanlah kepada orang muda…Saya kena buat pembaharuan. Tapi orang muda jangan hanya pandai bercakap, mesti bertindak. Tunaikan melalui perbuatan untuk kebaikan orang muda juga,” tegas veteran Umno Pahang itu lagi.KD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....