Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 26 November 2011

Video : Pelakon Catriona Ross Baharin Bahagia Dengan Imej Barunya




PETALING JAYA, 26 Nov: Catriona Ross Baharin berkata, ada rakan-rakan yang berasal dari sekolah dan kampung yang sama hilang dari sisinya ekoran perubahan yang berlaku kepada dirinya.

Menurutnya, mungkin rakan-rakan yang `hilang’ itu merasa segan dengan perubahan dirinya yang tidak sesuai dengan mereka dari segi berpakaian, pemikiran dan percakapan.

“Saya maafkan mereka,” ujarnya pada Forum Dhuha yang diadakan di Surau al-Hidayah, Seksyen 7, Kota Damansara pagi tadi. Turut menjadi panel ialah Ustaz Yusof Embong.

Meskipun begitu, beliau merasakan perubahan yang berlaku kepadanya sekarang disukai ramai manusia.

Justeru, artis kelahiran Kelantan itu merasa lebih selesa dan sangat bahagia dengan suasana yang dilalui kini.

“Saya sangat-sangat bahagia sekarang, tak sesibuk dulu, saya tak sesibuk dulu, saya tak shooting sekarang,” ujarnya lagi.

Katanya, situasi yang dilalui itu dapat memberi peluang kepada orang ramai supaya memahami perubahan yang berlaku kepadanya.

Sehubungan itu, ujarnya ada di kalangan masyarakat yang menggelarnya ustazah dan beliau berdoa agar dapat menjadi pendidik selaras dengan gelaran itu.

Catriona juga merasa lebih selesa dengan memenuhi jemputan menyampaikan ceramah motivasi di institusi pengajian tinggi dan syarikat swasta.

Baginya, perubahan yang berlaku kepadanya itu telah mengembalikan beliau kepada fitrah manusia.

“Saya bersyukur kepada Allah, hidup saya berubah dalam sekelip mata,” katanya.

Beliau menambah, apa yang berlaku itu juga telah mengangkat darjat dirinya dan memberi kekuatan bagi menjalani kehidupan sekarang.Hrkh

Video : PKR Perketat Pemilihan Calon Elak Lompat Parti




JOHOR BHARU, 26 NOV: Presiden Parti Keadilan Rakyat, (PKR) mengambil sikap berhat-hati dalam membuat penilaian untuk memilih calon untuk diletakkan bertanding dalam pilihanraya akan datang bagi mengelakkan gejala ‘lompat parti' berulang semula.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengakui pada pilihanraya lalu, PKR kekurangan calon untuk bertanding namun kini terdapat banyak calon yang boleh diletakkan untuk PKR memenangi banyak kerusi pilihanraya akan datang.

"Sepertimana yang saya ucapkan bahawa dulu masing-masing mempunyai kekurangan calon dan mereka yang datang untuk menjadi calon sekarang ini, kita mesti berhati-hati dan memilih mereka yang benar-benar komited sahaja.

"Kita dah ada contoh pada 2008 kita kekurangan calon dan calon yang kita harap-harapkan tidak datang. Tapi kali ini kita ada banyak calon," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata perkara yang perlu ditekankan adalah apakah kesan mereka meninggalkan parti.

Katanya, sebagai contoh walaupun Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin sering menyerang parti, mendapat liputan meluas daripada media pro-Umno seperti Utusan dan TV3, namun parlimen tersebut mencatatkan pertambahan anggota kedua terbanyak sejak setahun lalu.

"Jawapannya, dalil pertambahan kedua terbanyak berlaku di Kulum Bandar Bharu. Ini hikmah disebaliknya," katanya.

Beliau turut memaklumkan setakat ini semua program penerangan isu semasa yang dianjurkan oleh PKR berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sejurus selepas menyampaikan Ucapan Dasar Presiden yang bertajuk 'Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia'.TVS

Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan

Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Perdana di Gelang Patah malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May

JOHOR BARU, 26 Nov — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor.
Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini.
“Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor,” tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu.
“Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor,” katanya lagi.
Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini.
“Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok

Video : Kaum Cina Ada Sebab Kukuh Kenapa Perlu Pangkah ' Bulan '




KEMAMAN - Walaupun datang dari keluarga penyokong kuat parti MCA, Vincent Lee menyeru seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua Terengganu agar memilih PAS dengan memangkah simbol “bulan” pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Beliau berkata ayah dan datuknya adalah ahli seumur hidup MCA, namun menurutnya beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana prinsip-prinsip agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan.

Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat itu menjelaskan, DHPP adalah “jambatan” penghubung antara PAS dengan bukan Islam.

“Saya sendiri datangnya dari keluarga parti MCA. Ayah dan Datuk saya ahli seumur hidup MCA. Sejak tahun 2004, saya menyertai Kelab Penyokong PAS dan peranan kita sebagai “jambatan” kepada parti PAS dengan kaum bukan Islam,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Bersama Kaum Tionghua yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, di Kampung Dusun Nyior, Chukai, pada Rabu 23 November.

Vincent Lee berkata, rakyat dan pengundi hari ini mempunyai sebab kukuh untuk memilih PAS pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, peluang kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara selama lebih 50 tahun boleh dinilai dan rakyat mesti memberi peluang kepada Pakatan Rakyat

“Pesanan saya satu sahaja kepada rakyat pangkah bulan (PAS) dalam pilihan raya akan datang. Kita (rakyat) kena pangkah bulan dan ada sebab cukup kukuh kenapa kena pangkah bulan, itu yang paling penting.
Baca seterusnuya...

Jumaat, 25 November 2011

Rosmah “low profile” sebelum Perhimpunan Agong Umno

Oleh Nawawi Mohamad

Wanita-wanita ternama seperti Ratu Elizabeth Margaret Thatcher, Aung San Suu Kyi dan Hillary Clinton sering mendapat tempat di dada-dada akhbar. Kisah wanita-wanita yang bereputasi tidak baik seperti Marie Antoinette, Marilyn Monroe, Lizzie Borden, Elena Ceausescu, Imelda Marcos dan Winnie Mandela juga sering dipaparkan.
Selalunya, yang tidak begitu baik itulah yang mendapat liputan media dan mempunyai impak lebih dalam media antarabangsa juga di negara-negara mereka sendiri seraya mencipta sejarah.
Malaysia mempunyai versi yang sama untuk wanita yang penuh skandal yang diciptanya sendiri kerana ingin menjadi lebih penting daripada apa yang beliau layak. Bukan itu sahaja, beliau ingin pengaruh yang lebih besar dan sering menunjuk-nunjuk.
Ada yang mengatakan bahawa wanita ini ada persamaan dengan Imelda Marcos yang mempunyai 3000 pasang kasut.

Setelah dalam pagar Putrajaya!


Ramai rakyat Malaysia yang telah menonton video beliau di Youtube yang memburukkan beliau dan menuduh beliau melakukan pelbagai perkara jahat dengan niat. Sehingga kini, beliau belum lagi menangkis tuduhan-tuduhan tersebut atau menyaman mereka yang menuduh beliau.
Kemudian, tibalah masa beliau dapat tinggal di kediaman rasmi Perdana Menteri yang beliau dambakan itu yang terletak di Putrajaya.
Itu belum cukup memuaskan beliau kerana selepas menduduki kediaman itu, beliau terus membelanjakan RM65 juta untuk mencantikkan kediaman itu seperti yang dilaporkan sebuah media online.
Kemudian, beliau memberi tumpuan kepada pejabat rasmi suaminya dengan mengadakan pejabat sendiri yang beliau panggil FLOM (First lady of Malaysia/Wanita pertama Malaysia). Tidak pastilah sama asa untuk melihat gerak geri suaminya itu atau menghalang pertemuan dengan mana-mana jurubahasa Mongolia, atau pun untuk beliau sama-sama membelanjakan akaun perbelanjaan suaminya yang tidak akan habis.
Suaminya sangat takut atau sangat menghormati beliau sehingga sanggup menghantarnya untuk mewakili negara di beberapa negara Timur Tengah termasuk Arab Saudi.
Disebabkan beliau tiada jawatan rasmi, beliau telah dituduh campur tangan dalam pentadbiran Suaminya, Perdana Menteri Malaysia. Mereka yang ada di Putrajaya turut bercakap mengenai beliau yang pernah memarahi suaminya yang besar tetapi lemah itu.

Video : PAS akan sertai Bersih 3.0




KUALA LUMPUR, 25 Nov: PAS akan menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam perhimpunan Bersih 3.0 bagi meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang belum dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, bagi menuju ke arah itu, PAS akan dan memulakan siri penerangan dan menggerakkan ahli di seluruh negara.

"PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad bagaimanapun berkata, selain PAS, dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP membuat kenyataan umum menyokong Bersih 3.0.

"Daripada kenyataan umum, Pakatan bersetuju untuk bersama-sama Bersih 3.0," katanya yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat.

Bagaimanapun, PAS katanya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Bersih yang disertai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dari segi tarikh dan perjalanan perhimpunan.

"Tarikh yang sesuai, tempat perhimpunan semuanya kami serah kepada NGO Bersih sepenuhnya untuk menentukannya," katanya sambil menambah, pengerusi 3.0 adalah daripada NGO sendiri.

Sementara itu, mengulas mengenai Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata PAS menolak keras RUU tersebut.

Malaysia katanya seolah-olah sedang menggantikan tempat Myanmar dari segi halangan untuk rakyat bersuara.

"Perdana Menteri berbohong untuk bawa Malaysia ke arah demokrasi.

"Myanmar yang kebebasan bersuaranya teruk mengenakan lima hari sahaja untuk mengeluarkan notis berhimpun tapi Malaysia kena bagitahu 30 hari awal.

"Rang Undang-Undang ini menghina rakyat Malaysia," katanya.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....