Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Khamis, 18 Ogos 2011
Jangan libatkan Sultan dalam isu Jais - PAS
Isyarat kehancuran BN: Kemanakah MCA, MIC dan Gerakan?
ya Umum yang lepas, semua orang telah bertanya persoalan ini, apakah MCA, MIC dan Gerakan sedang tunggu? Mereka tidak boleh melihat bahawa kaitan politik mereka dalam BN telah berhenti? Asas sokongan mereka terus terhakis dengan orang orang kecewa meninggalkan mereka beramai-ramai. Tiada siapa yang berminat untuk mereka, dan tentunya tidak UMNO.Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang Dibakar
ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi.
Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.”
Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu. "Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api.
Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya. "Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.” Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada wartawan.
Ahad lalu, ibupejabat DAP di Jalan Talipon ini dan pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, disimbah dengan cat. Pintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.
Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.M'kini.
Rabu, 17 Ogos 2011
Umno Politikkan Bacaan Al-Quran Pulau Pinang - Tok Guru Nik Aziz
R, 17 Ogos – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara di Pulau Pinang kerana keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri dipimpin Pakatan Rakyat. Kes Fitnah Liwat II : Musa Hasan Enggan Jadi Saksi
KUALA LU
MPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan ditemubual mahupun menjadi saksi di mahkamah dalam perbicaraan kes Fitnah II.
Perkara itu diberitahu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter beliau sebentar tadi.
“Bekas KPN, Musa Hassan sewaktu ditanya peguam saya menjawab “Tidak mahu ditemubual dan tidak mahu menjadi saksi pembela,” kata Anwar.
Mengulas perkara ini, peguam Anwar, Ram Karpal Singh ketika dihubungi berkata Musa adalah saksi penting namun keengganannya ditemubual sudah dijangka.
Namun, katanya, ia tidak menjadi masalah besar buat pasukan peguambela dan mereka tetap akan meneruskan pembentangan hujah pembelaan mereka Isnin depan tanpa gentar.
“Kami sememangnya berharap dapat menemubual beliau (Musa) (dengan sempurna) kerana beliau merupakan saksi penting perbicaraan ini.
“Walaupun begitu, kami tidak terkejut dengan keengganannya untuk ditemubual.
“Kami sudah menjangkakannya dan akan meneruskan pembelaan pada hari Isnin seperti yang telah dirangka dalam strategi kami,” kata Ram Karpal Singh.
Musa sebelum ini enggan ditemubual atas alasan Anwar turut hadir semasa sesi temubual dijalankan. Namun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin memutuskan Anwar berhak hadir sewaktu sesi temubual berlangsung.
Sikap yang diambil Musa Hassan adalah sama dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketiga-tiga mereka enggan menjadi saksi walau pun merupakan watak penting dalam perbicaraan kes Fitnah II.
Najib pernah bertemu dengan pengadu, Saiful Bukhari dua hari sebelum Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat.
Rosmah pula adalah majikan kepada Datuk Mumtaz Jaafar, ibu angkat kepada Saiful Bukhari.
Sementara Musa Hassan pula pernah terlibat sebagai saksi pendakwaan kes Fitnah tahun 1998 dan merupakan Ketua Polis Negara sewaktu Fitnah II dilemparkan terhadap Anwar.Keadilandaily






