Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 28 Jun 2010

Anwar nafi adanya usaha mahu gulingkan MB Selangor

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 28 Jun —Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal laporan wujudnya ‘pemberontakan dalaman’ terhadap kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menegaskan, isu berkenaan langsung tidak dibangkitkan ketika sesi pemukiman dua hari yang berakhir semalam.

Malah menurut penasihat PKR itu, tiada ahli Parlimen parti yang mengemukakan petisyen ataupun melahirkan hasrat mahu Khalid digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya ada dengar (perkara ini). Saya telah menelitinya tetapi secaar serius tiada siapa yang membawa isu ini, malah tiada sebarang perbincangan di mana-mana peringkat termasuk ahli-ahli Parlimen (didakwa) membuat tuntutan sedemikian,” kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Penasihat PKR itu menyalahkan khabar angin 15 ahli Parlimen dengan usaha Umno yang mahu mengalih perhatian daripada masalah dalaman Barisan Nasional.

“Saya merasakan ada usaha untuk mencetuskan masalah sedemikian, sebahagiannya untuk mengalihkan masalah-masalah dihadapi oleh Umno khususnya APCO, Sungai Besi... hanya boleh dialihkan dengan ini,” kata Anwar.

Anwar menekankan tujuan utama sesi pemukiman kali ini ialah membuat persiapan menghadapi pemilihan parti akhir tahun ini.TMI

Royalti: Kelantan hargai kesediaan Ku Li


KOTA BHARU, 28 Jun: Kerajaan Kelantan merakam penghargaan tinggi kepada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah(gambar kiri) kerana bersedia menjadi saksi kes tuntutan Imbang Penuhroyalti petroleum sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.

Malah ia mengulangi komitmen yang pernah dibuat anggota Parlimen Gua Musang itu sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kesediaan Tengku Razaleigh sewajarnya dipuji memandangkan beliau berpegang kepada kebenaran.

“Kami mengucap berbanyak terima kasih kepada Tengku Razaleigh kerana bersedia menjadi saksi pada kes yang cukup penting ini.

“Kesediaan itu dapat membantu rakyat Kelantan bagi mendapatkan haknya sebagaimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya di sini.

Saya tidak hebat dalam politik-Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang berhadapan dengan tekanan dari dalam PKR sejak beberapa bulan lalu dengan rendah diri hari ini berkata, beliau tidak “hebat” dalam politik.
Sehubungan itu ketua kerajaan negeri Selangor ini memberitahu, beliau mahu memberi tumpuan terhadap soal pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri.
“Oleh kerana Selangor sangat penting, jadi saya harus memberikan tumpuan kepada pentadbiran negeri terutamanya terhadap aspek pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.
“Dengan ini, saya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan negeri termasuk di Kampung Baru yang mana saya akan menyumbang pemikiran dan idea agar ia dapat dilaksanakan.
“Saya mahu melihat pembangunan di Selangor bergerak seiring dengan Kuala Lumpur,” kata beliau yang dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum Mac 2008.Perubahan kepimpinan ini diumumkan lima bulan menjelang pemilihan parti.

Ahad, 27 Jun 2010

Azmin Ganti Abdul Khalid Terajui PKR Selangor


SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor berkuat-kuasa serta merta.
Jawatan berkenaan kini diambil alih oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.
"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat hari ini bersetuju untuk melakukan sedikit perubahan di peringkat negeri... selain itu kita turut melantik Datuk Zaid Ibrahim untuk mengetuai Wilayah Persekutuan," kataPresiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Wan Azizah lagi, keputusan berkenaan dibuat atas permintaan Abdul Khalid sendiri yang akan memberi tumpuan kepada pentadbiran Selangor, pembangunan di Kampung Baru dan kawasan bersempadan denganSelangor.
Sementara itu Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor berkata, tangunggjawabnya untuk menguruskan pembanggunan di Selangor terutamanya bagi memajukan ekonomi di negeri itu membataskan beliau untuk menerajui PKR di peringkat negeri.

Ibrahim Ali ‘gedebe politik’, pentingkan diri-Khairy

REMBAU, 27 Jun — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar kiri) menganggap Presiden Pergerakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali (gambar kanan)  sebagai `gedebe politik’ ekoran pendirian pemimpin itu mengecamnya dalam isu biasiswa.
Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.
Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata, sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.
“Dia (Ibrahim) tidak sopan dan suka cari gaduh dengan orang lain. Sekiranya kita tidak jauhkan diri daripada Ibrahim, Barisan Nasional (BN) akan terkena tempiasnya,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau dekat sini hari ini oleh Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Mohamad Hasan.

Ulama Masuk Umno,Mainan Politik Shahidan Kasim ?

Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.

Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim(gambar).

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.

Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....