Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 26 Februari 2014

Taib Mahmud letak jawatan Adun Balingian


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar), akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingain Jumaat ini, lapor akhbar Berita Harian.

Akhbar tersebut memetik Abdul Taib sebagai berkata, notis pengosongan itu sudah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar. 

Taib sebelum ini mengumumkan mengenai peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Februari dan beliau akan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem.

Dalam sidang akhbar baru-baru ini, Adenan yang ditemani dua anak lelakinya Abdul Aziz, 47, dan Azizul Annuar, 23, turut mengesahkan bahawa pemilihannya sebagai bakal ketua menteri dibuat selepas anggota-anggota Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) yang bermesyuarat memberi mandat penuh kepada Taib untuk memilih penggantinya.

"Beliau (Taib) sebenarnya tidak mahu tetapi kami (anggota-anggota MT) memaksa beliau untuk memilih...terima kasihlah kerana beliau memilih saya," katanya.

Menurutnya Taib juga tidak pernah memberitahunya yang beliau akan dilantik sebagai ketua menteri.Adenan turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pelancongan dan Pembangunan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg yang juga Timbalan Presiden PBB dan Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar yang juga Naib Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kerana menyokong pelantikan beliau sebagai bakal ketua menteri.TMI

Selasa, 25 Februari 2014

PKR Jamin Kes Saman Presiden Pas Dapat Diselesaikan


Selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) disaman RM2 juta oleh bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, PKR hari ini memberi jaminan kes saman tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Shamsul berdegil meneruskan saman terhadap Hadi walaupun beliau dinasihati untuk tidak berbuat demikian.

"Pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman berkenaan tidak perlu diteruskan.

"Namun Shamsul bertegas beliau perlu membersihkan nama dan maruahnya akibat dakwaan yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Abdul Hadi diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperoleh Shamsul.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Saman Presiden RM2 Juta,ahli Pas diminta bertenang

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar menyeru kepada seluruh ahli PAS agar bertenang berhubung perintah bayaran RM2 juta dalam penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, PAS telah mengambil tanggungjawab menyerahkan kes itu kepada pasukan peguam PAS untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita telah mengarahkan pasukan peguam untuk mengambil proses perundangan sewajarnya, dan kita yakin peguam kita dapat kendalikan kes ini secara terbaik.

"Seluruh ahli PAS diminta bersabar dan banyakkan munajat agar dipermudahkan urusan peguam dan presiden kita dilindungi olah Allah SWT," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.Hrkh

Isnin, 24 Februari 2014

Kenyataan Najib Jenaka Paling Hebat Abad Ini

SHAH ALAM - " Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat, demikan menurut Ketua Penerangan Pas Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan.Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

"...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?.

"...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu...mana pergi janji tersebut?

"...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.

"...oleh itu PM sepatutnya tidak menggesa rakyat sebaliknya menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat, sebab itu, kita yakin pengundi di Kajang akan menterjemahkan kemarahan mereka kepada BN dan janji yang dikhianati dengan memberikan kemenangan selesa kepada calon PKR yang mewakili PR dalam PRK Kajang nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam menerusi satu kenyataan PM meminta rakyat agar tidak lagi tertipu dengan janji-janji pembangkang yang sekadar lunak didengar tetapi hakikatnya boleh menghancurkan negara jika kepimpinan negara beralih ketangan mereka.

Oleh itu PM meminta rakyat wajar menolak segala dasar tidak bertanggungjawab yang dikemukakan pembangkang termasuk manifesto ekonomi mereka dalam PRU13 lalu.

"Dah kena tipu 16 September, betul? Dah kena tipu fasal 40,000 Bangaladesh menjadi pengundi hantu betul? Padahal cuma 12 orang Bangaladesh menjadi waganegara dalam masa 10 tahun. Kalau nak jadi pengundi kena jadi warganegara, betul?

"...kalau tidak percaya saya, Tanya Jabatan Pendaftaran..kena tipu lagi, pasal 'blackout' pula dia kata kita tipu peti undi.

"...lepas itu bila kalah pilihan raya hendak jadi pensyarah. Tak jadi pensyarah lagi, masih hendak bertanding di Kajang," katanya.

Najib berkata, berbeza dengan BN, apabila diberi kepercayaan rakyat, parti itu akan membalas segala keyakinan rakyat itu dengan sebaik-baiknya.SH

PRK Kajang : Anwar Bakal Disabotaj ???

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan berhadapan sabotaj dari pihak luar dengan kuat bagi menghalang kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kali ini.
Malah kata beliau, tindakan sabotaj itu sudah boleh dilihat apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac bagi hari penamaan calon iaitu sama dengan hari giliran beliau membahaskan titah ucapan DYMM di Pertuan Agong di Parlimen.

Bagaimanapun kata Anwar, beliau bersedia menghadapi sebarang tindakan sabotaj pihak lawan yang memang sudah dijangka awal.

“Sebaik selesai penamaan calon saya akan bergegas ke Parlimen untuk serang dasar-dasar kerajaan yang menekan rakyat.

“Walaupun pada masa itu saya baru jadi calon, saya akan bawa isu nasional di Kajang ke Parlimen,” ujar Anwar ketika berceramah di Taman Impian Murni di kajang malam tadi.

Beliau turut mempersoal penetapan tarikh mengundi yang terlalu jauh sehingga penghujung tempoh 60 hari yang ditetapkan.

“Kita jangkakan sabotaj dari luar itu nanti sangat kuat. Sekarang pun, kita tengok tarikh, mana ada tarikh pilihan raya begitu lama di mana hari pengundian begitu jauh sekali yang tidak pernah berlaku pun sebelum ini.

“Tindakan melewatkan PRK Kajang ini dan juga menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac ini semuanya disebabkan mereka tahu Anwar Ibrahim yang akan bertanding di sini,” kata Anwar.Hrkh

Sabtu, 22 Februari 2014

TG Nik Aziz Mengulas Isu Berkaitan Kassim Ahmad


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam pelopor anti hadis, Kassim Ahmad sebagai "rosak" pemikiran kerana menolak hadis.

Nik Aziz berkata, bekas pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia tersebut tidak boleh menafsirkan hal agama mengikut pemikirannya kerana sifat Tuhan yang sama sekali berbeza dengan manusia.

"Bila manusia berfikir lebih daripada kapasiti fikiran dia, punah (rosak) selalu, hal Allah tidak boleh kita nak fikir bodoh-bodoh begitu, kena tanya orang yang pandai, kerana Allah tak boleh kita tengok, suaranya juga tidak boleh kita dengar, nak hidu bau pun tak boleh, apatah lagi untuk kita rasa dengan lidah," kata Nik Aziz yang dipetik berkata dalam Sinar Harian semasa menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, semalam.

Minggu lalu, Kassim dalam satu seminar di Putrajaya menuduh ulama mengawal Islam di Malaysia menggunakan sistem kasta paderi, menyoal penggunaan hadis dalam menjelaskan ajaran Al-Quran dan mengatakan salah bagi orang Islam mendewakan Nabi Muhammad kerana "beliau hanya pesuruh Allah".

Kassim juga mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita Islam, mengatakan "rambut bukan sebahagian daripada aurat" dalam ceramahnya yang bertajuk,  "Hala Tuju Malaysia dalam Masa 30 Tahun".

Seminar itu turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Nik Aziz turut mengecam tindakan Kassim yang mempertikaikan keperluan Nabi Muhammad diagungkan oleh penganut Islam.

"Oleh itu, tidak ada orang yang boleh kenal Allah, melainkan orang yang Dia beritahu, iaitu Nabi Muhammad,” katanya.Susulan kontroversi tersebut, pelbagai pihak menggesa tindakan tegas diambil ke atas Kassim.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....