Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 24 Januari 2014

Kedudukan Tian Chua Sebagai Ahli Parlimen Batu Bakal Terjejas ???

SHAH ALAM – Kedudukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bakal terjejas setelah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), dua tahun lalu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pihaknya menunggu laporan penuh daripada Naib Presiden PKR itu, hari ini.

“Kalau dipenjara, ia dakwaan jenayah. Sudah tentu memberi kesan kepada kedudukan Tian sebagai ahli Parlimen.

“Tian akan diminta memberi laporan penuh dan hari ini mesyuarat saya dengan Datuk Seri Anwar, saya akan kemukakan isu ini dan mengatur tindakan yang seterusnya.,” katanya kepada pemberita pada sidang media, hari ini.

Saifuddin berpendapat perlakuan Tian Chua di Pulapol itu merupakan tabiat Tian Chua yang melawat dan memberikan sokongan kepada peserta himpunan yang ditangkap.

“Sudah tentu (terkejut dengan keputusan)...Sebagai ahli Parlimen, dia berdepan dengan rakyat...peserta himpunan yang ditangkap.

“Maka sudah menjadi sifat atau tabiat beliau. Beliau akan berada di Pulapol untuk memberikan sokongan moral untuk membantu mereka. Rupanya berada di tempat seperti itu menjadi satu kesalahan,” katanya.

Hari ini, Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, Mahmud membenarkan permohonan peguam Eric Paulsen yang mewakilinya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu selesai.

Tian Chua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis, Deputi Superintendan A Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.SH

Khamis, 23 Januari 2014

Penjelasan Disebalik Dakwaan Tuntutan Fasakh Nurul Izzah

 Nurul Izzah dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (gambar) dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim melahirkan kekesalan dengan cubaan dan gangguan terhadap pasangan suami isteri itu yang menyentuh perkara peribadi mereka.

Pasangan itu menjelaskan mereka kini gigih berusaha bagi memastikan kelangsungan mahligai perkahwinan yang didirikan sejak tahun 2003 itu.

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan dan kami memohon semua pihak memberikan ruang peribadi pada waktu ini.

“Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. Keluarga kami menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Akhbar berbahasa Inggeris The Star, milik MCA, hari ini mendedahkan Nurul Izzah mungkin akan menarik balik tuntutan fasakhnya esok.

Pasangan tersebut dipercayai telah dinasihatkan ahli keluarga mereka untuk berdamai setelah berita tuntutan fasakhnya pada Disember lalu tersebar di media hari ini.

Panas !!! Dokumen Azmin Terpecat Dari PKNS Didedah


 Untuk besarkan KLIK IMEJ.Lagi dokumen-dokumen berkaitan boleh dimuat turun DISINI.

SHAH ALAM: Kertas Ringkasan bertarikh 12 November lalu tidak menyatakan Pejabat Menteri Besar mengesyorkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali ditamatkan sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Perkara itu terkandung dalam dokumen sulit keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan surat menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang didedahkan menggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi, hari ini.

Rabu, 25 Disember 2013

Perbuatan Biadab Gantikan Huruf Alif Pada Kalimah Allah Dengan Logo 1 Malaysia


RANTAU PANJANG – Pas Kawasan Rantau Panjang menyelar tindakan pihak tertentu yang menukar huruf alif pada kalimah ALLAH kepada nombor satu atau logo 1Malaysia dan menggesa pihak terbabit bertaubat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang diedarkan di sekitar kawasan ini.

Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.

"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai agama.

"Di mana ulama atau pakar agama dalam Umno? Mereka sepatutnya menegur pihak yang berbuat perkara ini kerana ia dilihat seperti sengaja mempermainkan kalimah ALLAH," katanya.

Beliau menggesa agar risalah berkenaan ditarik balik dan kesalahan tersebut diperbetulkan agar tidak merosakkan aqidah umat Islam.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang, Mohammad Zailani Mohd Yunus berkata, pihak terbabit sepatutnya mengharamkan edaran kertas tersebut.

"Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan sebenar ayat-ayat al-Quran diturunkan kepada umat manusia.

“Pihak terbabit sepatutnya merujuk Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-69 (2005).

“Kami berpendirian perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menggambarkan ketaasuban melampau dan membuta tuli,” katanya.

Beliau mendesak pihak terbabit menarik balik edaran risalah berkenaan serta memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan.SH

Ahad, 8 Disember 2013

Syiah: PAS sokong Mohamad Sabu saman Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menafikan tuduhan kononnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, beliau berkata sehingga kini PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung tuduhan yang dikaitkan ke atas Mohamad itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC semalam yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung pembabitan Mohamad Sabu seperti yang disebut itu.

"Maka bagi saya, wajarlah Mohamad Sabu mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid," kata Mustafa.

Dalam ucapannya semalam, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bertindak mengumumkan memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu.

Dalam pada itu, Mohamad dalam reaksinya semalam berkata, beliau akan berbincang dengan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid ekoran tuduhan terhadapnya itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata, jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad.

Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," tegas Mohamad.Hrkh

Sabtu, 7 Disember 2013

Video : Najib Puji Bini Sendiri Atas Jasanya Pada Negara

Rosmah Mansur turut hadir di Perhimpunan Agung Umno 2013



Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana “jasanya” kepada negara.

Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.

“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....