Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 23 September 2013

Kejaaiban Ikhwan,Berita Pelik Dari Penjara Mesir

 Ikhwanisasi Penjara
Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir.

Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain. Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara mental dan fizikal.

Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa". 
 Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang, para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih. MaasyaAllah.

Kini penjara Mesir terjadi Ikhwanisasi. Sebahagian berbahagia Ikhwan ditekan, padahal Ikhwan adalah "madrasah(tempat didikan)". Nyawa boleh dimatikan dengan peluru atau buldozer, tapi fikrah itu tak akan pernah mati.

*gambar menunjukkan para Ikhwan solat berjemaah di dalam penjara Turrah (salah satu penjara di Mesir) suatu ketika dahulu

Sumber: Islamedia via Kachipemas

Ahad, 22 September 2013

Adun Umno Pulau Pinang Diberi Peruntukan RM 40,000 Setahun

GEORGE TOWN: 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang Umno BN di negeri ini diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai 2014.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri pada 18 September lalu dan telahpun diluluskan secara prinsip.

“Selepas mekanisma peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dengan tambahan undi popular sebanyak 10 peratus kepada 68 peratus dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan Mei lepas, ada 30 Adun PR dan 10 Adun Umno BN.

Sebelum ini, kata Lim kerajaan negeri telah cuba menjemput Adun-Adun Umno untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka ada membuat kerja sambil menerima peruntukan.

Akan tetapi, ujarnya tawaran ikhlas kerajaan negeri telahpun ditolak sama sekali dengan begitu angkuh sekali oleh Adun Umno kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR.

Katanya, kerajaan negeri mahu Adun Umno menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang mereka tidak akan ikut standard operating procedure yang ditetapkan seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin-pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan.Hrkh

Ahad, 15 September 2013

Tok Guru Nik Aziz setuju dikaji kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dikaji kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

"Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan," katanya.

Beliau dipercayai mengulas resolusi Multaqa Ulama Semalaysia yang dianjurkan Dewan Ulama PAS semalam.

Bagi Nik Aziz (gambar), kerjasama politik PAS  dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu malah ia merupakan keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Menurut beliau, PAS tidak merasa kesal apabila menyertai Pakatan Rakyat dan keputusan parti tersebut untuk bergabung merupakan satu tindakan tepat.

"Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada bukan Islam dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno kerana parti itu bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah  beliau, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS  selama ini tidak pernah ditentang malah pemimpin-pemimpin DAP khususnya  sentiasa berbincang tentang nilai-nilai Islam.

"Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin Umno sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini," katanya lagi.

Ekoran itu beliau menggesa PAS untuk segera membuat perubahan terutama dalam memahami selok belok suasana politik agar parti yang bertunjangkan gerakan Islam akan terus kekal relevan di pentas politik negara.

"Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia," katanya.

Nik Aziz turut mengulas mengenai pandangan dibangkitkan Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika di Johannesburg, Afrika Selatan apabila dinegara itu zakat diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Lajim Ukin Dilantik Pengerusi PKR Sabah

  Datuk Lajim Ukin

KOTA KINABALU: Pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Lajim Ukin dilantik sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah bagi menggantikan Ahmad Thamrin Jaini, kata Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Majlis Pimpinan Tertinggi PKR telah menyokong pelantikan Laji.Beliau yang juga Adun Klias dipilih untuk menerajui kepimpinan parti di Sabah selepas PKR memenangi tujuh kerusi pada pilihan raya umum baru-baru ini.

"Saya akan bercakap dengan pemimpin PKR Sabah mengenai pelantikan Lajim," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka PKR Sabah di sini pada Sabtu.

Thamrin, yang turut hadir pada majlis berkenaan, menyatakan kepada pemberita bahawa beliau menyokong penuh keputusan melantik Lajim sebagai Pengerusi PKR negeri.Mstar

Syiah: Ahli Pas perlu keluar parti


Teguran tersebut dinyatakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut menegaskan Pas sejak dari dahulu hingga sekarang masih lagi berpendirian menolak ajaran fahaman tersebut.

“Mana-mana ahli Pas yang terlibat dengan Syiah, haruslah keluar daripada Pas sebab kita tidak terima selain daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jemaah.

KOTA BHARU – Pas Kelantan menggesa mana-mana ahli yang terlibat atau menjadi pengikut ajaran dan fahaman Syiah perlu segera keluar dari parti tersebut.
Syiah sudah lama wujud di Malaysia namun kenapa baru sekarang ia diperkatakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kononnya ia semakin membimbangkan.

“Sebelum ini Syiah dibiarkan bergerak bebas tanpa sebarang tindakan atau dakwaan, tapi sekarang baru timbul.

"Jadi kita bimbang kalau ada agenda politik lain apabila isu itu kini mula ditimbulkan kembali dan mungkin boleh jadi sengaja nak mengaitkan Pas dalam hal ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai status keahlian Pas yang menyertai Syiah, Mohd Amar berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan tentang hal tersebut.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....