Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 8 Februari 2013

Biadab !! Pengurus Felda mahu rampas pembesar suara di ceramah Pas

JERANTUT: Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak.

“Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta.

“Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu,” katanya.

Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu.

Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit.

“Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam. Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami.

Rabu, 30 Januari 2013

Video : Air Mata Nurul Izzah




Lembah Pantai Fundraising Dinner, Kuala Lumpur 29/01/2012

Dun Selangor Bubar Hujung Februari ?

SHAH ALAM 30 Jan: Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu.

“Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen,” katanya dalam twitter.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

“Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mendapat mandat baru demi  kepentingan rakyat,” jelas Khalid.

Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.

Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing yang diarah mengundi BN.KD

Cicit Sulung Tok Guru Nik Aziz

 Nik Aziz bersama Tuan Sabariah Tuan Ishak mencium cicit sulung mereka semalam.

KOTA BHARU - Sambutan hari lahir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kali ini lebih bermakna apabila beliau menerima kelahiran cicit sulungnya sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

Lebih menggembirakan cicit sulung tersebut yang dilahirkan 21 Januari lalu itu adalah pasangan kembar perempuan.

Nik Aziz, melahirkan kegembiraan beliau kerana kelahiran kedua-dua cicit sulungnya itu di saat menyambut ulang tahun kelahirannya dan menganggap ia adalah rezeki.

“Anak serta cucu cicit yang ramai ni merupakan anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai ertinya. Ia cukup membuatkan saya begitu gembira dan amat bersyukur sekali.

“Mudah-mudahan mereka dapat menyambung risalah perjuangan Islam sebaiknya,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam. Nik Aziz mempunyai 57 cucu dan dua cicit kembar.

Nik Isya Zulfa dan Nik Isya Zaheera, selamat dilahirkan Isnin lalu kira-kira jam 7.15 pagi di klinik swasta An-Nur, Kubang Kerian. Bayi kembar itu adalah cucu sulung kepada anak Nik Aziz yang pertama iaitu pasangan Nik Aini, 50 dan Fakhruddin.

Pasangan kembar itu adalah anak sulung kepada Nik Farhana, 27 yang juga anak kedua Nik Aini.SH

Selasa, 29 Januari 2013

Datuk Fauzi Shaari Sahkan Banglo Di Shah Alam Miliknya,Sedia Disiasat

 Kediaman milik Fauzi di Seksyen 10, Shah Alam yang hangat diperkatakan di beberapa blog. Gambar kecil: Fauzi

IPOH – “Ya, memang itu banglo milik saya.” Itu reaksi jujur bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menjawab  kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog.

Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu.

Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.

Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.

“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.

“Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu,” katanya.

Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan.

"Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di  shahalamrebels.blogspot.com.

Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut.

Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: "Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini?

Kerana Hj Lah Geting Penyokong Tegar Umno Sertai Pas

Sesuatu itu terjadi atas sebab musabab.Seorang wartawan bertanya Ali Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah.“Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?”Jawab pria 40-an yang juga mantan Ketua Pemuda Umno desa tersebut, “kerana Haji Lah Geting”.

Sang watawan terkejut, Haji Lah Geting yang juga mudir pondok pesantren terkenal itu adalah seorang pendukung tegar Umno di desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon keluar Umno.

Maka terbongkarlah ceritanya. Suatu malam, tahun 2012,  Ali Lizon  hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya. Di antara penceramah dijemput ialah Haji Lah Geting.

Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno kalau tidak Haji Lah Geting dan seorang lagi Mad Nor Deris.

“Apa Haji Lah Geting  kata kepada Nik Aziz?" tanya wartawan.“Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana berkawan dengan DAP dan banyak lagi kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan kepada Tuan Guru,” ujar Ali Lizon.

Benar kata orang bijaksana, sesuatu itu terjadi di atas  sebab musabab! Setelah Ali Lizon mendengar cercaan dan maki hamun yang dahsyat oleh sang penceramah Umno itu, hatinya berdetap detup, dadanya berombak dan gelora keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Aziz dari dekat menerjah datang secara tiba-tiba seperti tsunami melanda Acheh 2004.

Sejak  peristiwa itu Ali Lizon  bersama isterinya tak pernah absen hadir mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz bila Menteri Besar itu datang berceramah di sekitar daerah tempat tinggalnya. Bahkan kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz setiap pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, juga beliau hadir sekali sekala walaupun jauh dari desanya.

Dengan sifat Tuan Guru Nik Aziz yang lemah lembut, tidak pernah meninggi diri berserta ilmu yang diajar dan difahaminya sangat kontradiktif dengan apa yang disampaikan Haji Lah Geting, baru Ali Lizon  faham, tuduhan mengatakan Tuang Guru sesat, munafik adalah karut dan fitnah kubro semata-mata.

Tiga bulan sepelas itu Ali Lizon Isa, isteri, emaknya Che Som Mamat, 11 adik beradiknya bersama 100 pengikut menyerahkan borang sertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud di sebuah pentas ceramah yang diadakan di desa itu tanggal 27 Januari 2013.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....