Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 21 Mei 2012

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ingin menyumbang dalam Islam

KUALA LUMPUR: Rasa bertanggungjawab untuk sama-sama menyumbang dalam Islam, membuka hati bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.

Percaya PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, tindakannya menyertai parti itu secara rasmi semalam, bukan petanda beliau baru 'sedar'.

"Ketika saya berkhidmat dalam PDRM, saya sudah meneliti senario politik negara. Saya berhubungan dengan semua pihak, cuma saya belum menjadi ahli kepada mana-mana parti politik," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mengakui selalu mengikuti perkembangan PAS ketika masih berkhidmat di PDRM, Fauzi berkata tindakan beliau menyertai PAS melangkaui kepentingan dan keselesaan yang dinikmatinya kini.

Baginya, dengan menikmati wang pencen, beberapa perniagaan keluarga yang boleh memberikan pendapatan bulanan kepadanya tidak cukup menzahirkan rasa tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

"Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. Saya boleh duduk rehat sahaja. Tapi, semacam ada rasa satu tanggungjawab untuk saya bersama PAS kini," tegas beliau lagi.

Beliau yang bersara sejak 25 September 2006, bertindak menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Lumut, Perak, malam tadi.

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.Hrkh

Ahad, 20 Mei 2012

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Sertai Pas

SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari akan menyerahkan borang menyertai Pas di kampung halamannya, Larut, Perak, hari ini.

Difahamkan, beliau akan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu program yang turut dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Fauzi berkata, beliau telah membuat keputusan menyertainya selepas membuat beberapa perbandingan dengan parti lain antaranya, Umno, PKR dan DAP.

“Takkan saya hendak menyertai DAP…, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul.

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan… tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain Fauzi, difahamkan antara nama-nama yang disebut bakal menyertai Pas adalah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff.
Bagaimanapun beliau pernah menafikannnya.

Ramli yang pernah dituduh di mahkamah berhubung kes rasuahnya, tetapi telah dibebaskan dan didapati tidak bersalah.

Fauzi berkata, walaupun beliau terlibat dalam politik, beliau masih berpegang teguh kepada etika dan prinsipnya semasa berkhidmat, bukannya akan dipergunakan seperti yang dianggap pihak yang tidak senang dengan keputusannya.

“Saya tahu apa yang akan dilakukan dan apa yang tidak boleh. Sebagai bekas penjawat awam, saya tahu batasannya, bukan semua akan didedahkan pada ceramah-ceramah yang akan disertainya.

“Insya-ALLAH saya gunakan pendekatan berhemah, tak perlulah risaukan penyertaan saya kepada Pas,” katanya.

Fauzi yang ditanya sekiranya akan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13, katanya, “biarlah pucuk pimpinan tentukan, kerana saya masuk Pas bukan tujuan dicalonkan tetapi hanya berbakti kepada rakyat."

“Cuma selepas menjadi ahli, sudah tentu saya akan memberikan lebih tumpuan kepada parti, jika tidak lebih baik menjadi ahli biasa sahaja dan keluar mengundi,” katanya.

Menurut Fauzi, beliau memilih mendaftarkan sebagai ahli Larut kerana kedua ibu bapanya berasal dari kawasan berkenaan.

“Tidak salah saya mencurahkan bakti di kawasan yang saya pernah membesar. Cuma dulu semasa dalam kerajaan, saya ada tanggungjawab lain, kini dah pencen, jadi boleh lah aktif sikit dalam politik,” katanya.SH

Anuar Musa Sokong Tuntutan Royalti Minyak Kelantan

Anuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan

Imbang PenuhKUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Annuar Musa menambahkan lagi garam pada luka Umno apabila turut menurunkan tandatangan pada kempen menuntut royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Anwar musa sendiri (gambar atas).

Anuar berada di Stadium Bukit Jalil malam tadi untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Red Warior Kelantan. Mereka berjaya mengalahkan Sime Darby untuk menjadi juara Piala FA.

Kembalikan Royalti Kelantan adalah kempen untuk menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh PAS yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari Umno.

Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno yang di sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.

Sebagaimana yang berlaku di Terengganu, Umno menyekat pemberian royalti untuk kerajaan negeri Kelantan.

Di Terengganu, kerajaan pusat pimpinan Umno menarik balik pemberian royalti untuk kerajaan negeri selepas enam bulan PAS memimpin negeri itu pada tahun 1999.

Anuar Musa pula kini dalam keadaan tersepit apabila digantung dari sebarang kegiatan bola sepak selepas mengkritik FAM.

Kini ia menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu royalti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan?Hrkh

Gambar : Pelakon Abby Abadi Dipentas Ceramah Pas



Selepas Aishah, Dayangku Intan,,,,, Kini Giliran "Abby Abadi" Mengambil Tempat.. Jom Kita Turun Ramai-Ramai... ::.kikiki.::

Abby Abadi ( Isnp. Aliza) Bekas pelakon Siri GERAK KHAS akan bersama sama di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang.

Jumaat, 18 Mei 2012

Bapa Kafir : Tok Guru Nik Aziz Saman NST Dan Rahim Nor RM 1 Juta

Laporan NST yang mendakwa Tok Guru Nik Aziz bapak kafir


KOTA BH
ARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.

Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi (gambar) berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.

"Minggu depan kita akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

Bagaimanapun tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya pula.

Isnin lalu pula, pihaknya menghantar notis saman kepad NST dengan memberi tempoh 48 jam untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.

Selain New Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.

Selain itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar mahkamah.Hrkh

Tujuh Sebab Mengapa Umno Tidak Layak Memerintah Negara

Ini ialah tujuh sebab merupakan jawapan balas kepada Ucapan Presden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang di lafazkan di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan ke-66 Umno pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

Pertama: apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali sahaja, itu pun apabila Umno lemah. Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu .

Kedua;parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....