Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 27 Februari 2012

Isu Kedah : Kenyataan Media Ketua Penerangan Pas Pusat

PAS yakin isu Kedah dapat diatasi secara harmoni melalui ukuhwah Islamiah dan musyawarah.Melalui beberapa pertemuan dan perbincangan pimpinan, PAS mendapati isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak yang terlibat lebih menjurus kepada maklumat yang kurang jelas dan ada  jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku.

Sehubungan itu, ahli dan pimpinan di semua peringkat diseru mendapatkan maklumat dari saluran rasmi parti bagi mengetahui perkembangan yang berlaku.Pelbagai usaha sedang giat dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan parti secara keseluruhannya.

PAS yakin perkara ini dapat ditangani dengan baik, demi kepentingan parti, dan tambahan pula di saat seluruh jentera parti bertungkus lumus membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.Sehubungan itu, semua pihak mestilah bertindak dengan tepat, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Ketepikan emosi, dan fikirlah dari sudut parti dan bukan sudut peribadi.

Dalam cabaran media baru tanpa kawalan ini, penyebaran maklumat yang tidak sahih serta andaian peribadi tanpa asas jamaah yang kukuh, tidak membantu mengeratkan hubungan dan memperkasakan parti. Perbezaan pandangan tidak seharusnya merosakkan asas ikatan jamaah. Sebarang tindakan mestilah berada dalam ruang lingkup pemikiran jamaah.

Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
27 Februari 2012

Khalwat : MB Selangor nasihat Badrolamin cuti satu bulan

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrolamin Bahron bercuti sebulan sehingga siasatan dakwaan khalwat beliau selesai.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Abdul Khalid melalui e-mel telah menyampaikan cadangan tersebut agar Badrolamin dapat menumpukan perhatian kepada kes tersebut.

“Menteri Besar kini berada di Pahang, hanya berhubung dengan saya melalui e-mel, beliau memaklumkan kepada saya agar Dr Badrolamin mengambil cuti sebulan sementara beliau dapat mengendalikan kes ini dengan baik.

“Kita akan bincang Isnin ini (esok) bila beliau akan mula bercuti. Pejabat Menteri Besar akan membuat satu mesyuarat ringkas untuk bincangkannya tetapi kita akan minta beliau bercuti selama sebulan,” katanya.

Faekah berkata, Kerajaan Negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat kes tersebut secara adil kerana bukan sahaja melibatkan pentadbiran cekap, tetapi juga melibatkan maruah individu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga meminta Badrolamin memberikan sepenuhnya kerjasama kepada Jabatan Agama Islam Pahang bagi membersihkan nama beliau.

“Kita perlu berhati-hati dalam kes sebegini, kalau maruah seseorang tentu ia melibatkan keluarga, anak-anak dan masa depan mereka. Sebab itu Kerajaan Negeri memberikan kelapangan kepada beliau,” katanya.

Dalam pada itu katanya, masih terlalu awal untuk Kerajaan Negeri membuat telahan berhubung isu ini kerana ia masih baru, malah Badrolamin mendakwa ketika beliau ditangkap, wanita berkenaan tiada dalam bilik tersebut.

“Perkara itu berlaku di Pahang, ia di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor untuk campur tangan secara dekat.

“Kalau berlaku di Selangor, paling tidak kita boleh bertanya kepada beliau apakah SOP yang dilakukan pada kejadian tersebut. Tetapi (ia berlaku) di Pahang walaupun ia melibatkan kakitangan awam Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau juga difahamkan, sepanjang Badrolamin bercuti kelak, portfolionya akan dipegang Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa’eza Abdul Aziz.SH

Ahad, 26 Februari 2012

Hanya 8 Exco Kedah angkat sumpah Selasa ini

ALOR SETAR - Hanya lapan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi 2012 akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit pada Selasa ini berbanding 10 sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, lapan individu terbabit bukan muka baru.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Azizan bagaimanapun berkata, dua lagi jawatan Exco akan diisi kemudian dan mungkin melibatkan pelantikan baru.

"Saya sudah muktamadkan (tentang pelantikan exco), cuma ada sedikit masalah teknikal dari segi undang-undang sebab semua Exco akan tamat tempoh pada 7 Mac ini.

"Jadi tak boleh nak angkat sumpah 10 orang Exco pada 28 Februari ini sebab akan jadi 12 exco lah nanti sebab tarikh tamat tempoh tak sampai lagi... Exco tak cukup tak apa, jangan lebih (ikut undang-undang tubuh Kedah)," katanya.

Azizan berkata setiap anggota Exco yang dilantik mempunyai hak untuk menolak pelantikan itu dan pihaknya tidak ada masalah untuk melantik individu lain kerana ramai yang menawarkan diri untuk jawatan terbabit.

"Mereka boleh tolak (jika dilantik), saya lantik orang yang tak tolak.Senarai semua nama sudah dihantar kepada Tuanku (Sultan Kedah)," katanya.SH

Gambar : Sekitar Himpunan Bantah Lynas Di Kuantan




Nizar ziarah keluarga pelajar dirogol, bunuh

TAIPING, 26 Feb: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama masyarakat Trong terkejut dengan tragedi yang menyayat hati apabila seorang pelajar ditemui mati.

 Mangsa, Nurul Aien Mohd Saimon,16, disyaki dirogol sebelum dibunuh di kediamannya Kampung Batu 9, Jalan Trong Changkat Jering.Pelajar SMK Dato' Wan Rasdi itu ditemui mati di dalam bilik air, petang kelmarin.(Gambar: Nizar meninjau bilik air di mana mangsa disyaki dirogol dan dibunuh.)

Menurut laporan polis, dua suspek telah telah diberkas untuk siasatan lanjut.Justeru, Nizar bergegas ke rumah mangsa untuk menziarahi jenazah dan keluarganya.

Mantan Menteri Besar itu berkata, kejadian tersebut amat memeranjatkan dan beliau melahirkan rasa dukacita dengan kejadian penuh tragis dan kejam itu.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap dapat bersabar dengan kejadian ini. Saya mendoakan dosa Nurul Ain diampun oleh Allah dan rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya.Nizar telah menyampaikan bantuan sedikit bantuan kepada keluarga mangsa.

Media hari ini melaporkan mayat pelajar tingkatan empat itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.


Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian.

Khalwat : Kenyataan Dr. Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....