AYA: Datuk Dr Hasan Ali masih kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), walaupun beliau bukan lagi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam.Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 20 Januari 2012
Hasan Ali Masih Kekal Memegang Jawatan Tim. Pengerusi Mais
AYA: Datuk Dr Hasan Ali masih kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), walaupun beliau bukan lagi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam.Khamis, 19 Januari 2012
Video : Menarik !! Bekas S/U Gerakan Berceramah Dalam Loghat Kelantan
Chua bersara sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Bahagia, Kuala Krai tiga tahun lalu, memberi ingatan kepada Presiden, Tan Sri Koh Tsu Koon supaya segera membawa keluar parti itu sebelum terlambat.
Ekoran kedegilan Tsu Koon akhirnya pada 3 Januari lalu Cikgu Chua menghantar surat meletak jawatan sebagai Setiausaha Gerakan Kelantan yang disandangkan 21 tahun lalu.
Dan pada 14 Januari lalu beliau berceramah di pentas PAS di Wakaf Baru bagi menyedarkan masyarakat Cina dan Siam terhadap hipokrasi pemimpin Umno.
P/S : Kaum Cina di Kelantan sebenarnya amat fasih bertutur bahasa melayu loghat Kelantan.Ini berlaku disebabkan pergaulan mesra mereka dengan orang melayu.Dan mereka memang berbeza dengan kaum Cina ditempat lain.
Tamparan Buat Umno,Bekas Wartawan Kanan Utusan Sertai DAP
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Hata Wahari, bekas wartawan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, hari ini sah menyertai DAP. Beliau juga adalah bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).Hata, 42, berkata bahawa sudah tiba masanya untuk beliau menyatakan kesediaan berpihak kepada DAP yang selama ini ditohmah dan difitnah dengan hebat oleh media arus perdana yang dikawal pihak kerajaan.
Full Video : Majlis Angkat Sumpah YB Dr Ahmad Yunus Hairi Sebagai Exco Baru Selangor
YB Dr Ahmad Yunus Hairi mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam sebagai Exco kerajaan negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.
Kenyataan media MB Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas majlis angkat sumpah
Adam Adli mahu ambil tindakan mahkamah terhadap UPSI
PUR, 19 Jan — Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim yang digantung pengajian selama 18 bulan atau tiga semester akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mencabar keputusan itu.Ketika ditemui The Malaysian Insider, Adam Adli, 22, berkata tindakan itu diambil kerana pengurusan UPSI tidak memberi perbicaraan yang adil semasa dipanggil membela diri pada 9 Jan lalu.
Bagaimanapun Adam Adli (gambar) tidak menjelaskan tarikh khusus tindakan mahkamah terhadap universiti akan diambil, menambah perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan peguam.
"Saya akan bawa perkara ini ke mahkamah, sekarang masih di peringkat perbincangan dengan peguam...kita sedang meneliti kes ini terlebih dahulu sebelum dibawa ke mahkamah."Tapi kita akan failkan dalam masa yang terdekat," katanya.Adam Adli digantung pengajian atas tuduhan mencemarkan reputasi UPSI.
Penuntut sarjana muda pendidikan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.
Adam Adli mencetuskan kontroversi apabila bertindak menurunkan kain rentang bergambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya dengan bendera kebebasan mahasiswa.
Anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini menambah akan menghabiskan tempoh penggantungan dengan berkempen menuntut kebebasan akademik di seluruh negara.
"Saya akan teruskan dengan siri jelajah, berkempen sehingga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan," katanya.TMI

