Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Isnin, 28 November 2011
Konsesi: Guan Eng cabar Nor Yakcop berdebat
Video : Simulasi Pilihanraya Program Umno Ugut Dan Tipu Pengundi
ERENGGANU - Simulasi pilihan raya atau pilihanraya 'olok-olok' yang dilaksanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah program yang melanggar etika, mengugut dan memanupulasi para pengundi.Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu Ariffin Deraman menegaskan, PAS tidak tergugat dengan program itu, namun menurutnya, beliau bimbang kerana rakyat menjadi mangsa politik ugutan dan penipuan Umno.
Katanya, beliau mendapat maklumat, sasaran pengundi simulasi itu adalah terdiri daripada mereka yang cuba dipengaruhi oleh Umno.
"saya dapat maklumat 'taget' utama adalah orang yang boleh dipengaruhi khususnya kepada penerima bantuan ehsan, penerima dana 'to you', (dana) bakti remaja, pengundi-pengundi baru,
"yang mana kita juga dapat lihat surat yang dikeluarkan oleh menteri besar, Mad Said kepada pengundi-pengundi tertentu supaya hadir dalam simulasi,"katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut pada Sabtu 26 November.
Katanya, surat yang dikeluarkan oleh Pengerusi BN Terengganu Dato' Seri Ahmad Said kepada pengundi sasaran tersebut membuktikan berlaku politik ugutan.
Beliau berkata, jika pengundi yang dipanggil tidak hadir kepada program simulasi itu, Umno akan mengugut menarik balik bantuan-bantuan yang diberikan selama ini.
"selalunya berlaku juga politik diugut di sini. (pengundi) diugut misalnya jika tak hadir simulasi, ia akan hantar surat balik, (oleh) pemimpin umno setempat atau menteri besar (menyatakan) bantuan-bantuan yang diberi selama ini akan ditarik balik,
" ini bentuk ugutan yang dibuat oleh pihak umno terutama kepada orang-orang tua dan juga mungkin kepada orang baru ataupun orang yang tak tahu dari segi undang-undang pilihan raya,"jelasnya
Menurutnya, Umno juga sering menipu dengan mengatakan undi tidak rahsia, sedangkan kata beliau, ia adalah tidak benar samasekali kerana dari segi undang-undang pilihan raya, mengundi memang sangat rahsia.
Beliau berkata, melalui laporan yang diterima, Umno melanggar etika dengan menyalahgunakan premis kerajaan dalam program simulasi yang diadakan itu.
"hari ini seluruh negeri dia (Umno) pasang bendera dan sebahagaian besar dia menggunakan premis kerajaan sama ada sekolah ataupun balai raya, sebahagian besar mereka guna sekolah-sekolah seperti sekolah kerajaan persekutuan, mahupun kalau kerajaan negeri, tapi ini (simulasi) adalah program parti (Umno),"ujarnya.
Oleh itu, beliau berkata, pihaknya akan melaporkan penyalahgunaan tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan menghebahkan pemylewengan Umno itu kepada media massa dan orang ramai.BO
Ahad, 27 November 2011
Video : Audit Negara Akui Pentadbiran Pakatan Rakyat Lebih Baik Dari BN
KLANG, 27 NO
V : Pentadbiran kewangan yang baik di empat negeri Pakatan Rakyat (PR) di akui oleh jentera kerajaan pusat sendiri menerusi laporan Ketua Audit Negara.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang dan Selangor mengungguli dari segi pengurusan kewangan dengan menduduki dua kedudukan teratas.
Ini secara tidak langsung, katanya, memberi pengiktirafan kepada PR yang mentadbir negeri dengan jayanya di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan berbanding negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional.
"Jangan dengar ucapan pemimpin PAS memuji pemerintahan Kelantan dan Kedah, jangan dengar ucapan pemimpin DAP memuji Pulau Pinang, sudah tentu pemimpin parti Keadilan memuji Selangor di sudut jaga kewangan jaga duit tetapi laporan orang tengah iaitu Audit Negara memberitahu bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik menjaga wang rakyat daripada Barisan Nasional.
"Laporan Audit Negara meletakkan di antara negeri yang terbaik jaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor," katanya dalam Majlis Makan Malam DAP ke-45 yangg memnghimpunkan lebih 10,000 orang di Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam tadi.
Selama ini katanya, PAS yang mentadbir Kelantan lebih 20 tahun telah melakukan pelbagai perubahan yang sering dikritik BN. Tetapi akhirnya, kerajaan pusat yang ditadbir BN mengikut apa yang dilakukan PAS.
"Kelantan dihentam begitu dahsyat oleh BN terutama bila memulakan pembaharuan misalnya cuti bersalin 60 hari waktu itu bekerja pegawai kerajaan cuti dua hari.
"Di dalam parlimen kami dihentam, mereka kata PAS mengajar rakyat menjadi malas bekerja tetapi sekarang kerajaan pusat sendri kerajaan BN sendiri mengikut apa yang dibuat di Kelantan," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor akan terus menjalakan pentadbiran yang mengutamakan kepentingan rakyat bersesuaian dengan program "Merakyatkan Ekonomi Selangor".
Katanya, tanggungjawab dan amanah itu perlu dipraktikkan setelah rakyat memberi mandat kepada PR dalam mengetuai Kerajaan Negeri.
"Kita di Selangor mahu tunjukkan bahawa kita boleh buat kerja kerana rakyat pilih kita bukan kerana hanya cakap sahaja tetapi rakyat pilh kita untuk kita buat kerja tunjukkan hasil kepada rakyat. Inilah yang kita laksanakan.
"Bajet kita untuk rakyat di Selangor. Hasil negeri untuk rakyat. 54 tahun kita tak ada slogan hasil negeri untuk rakyat, (yang ada) hasil negeri untuk Umno, hasil negeri untuk MCA dan hasil negeri untuk MIC," katanya.TVS
Simulasi Pilihanraya : Umno Guna Sekolah Dan Masjid
Tinjauan di Dun Hulu Besut pada sebelah pagi tadi mendapati pihak umno telah memaksa pihak pengurusan sekolah supaya membenarkan premis tersebut diganakan sebagai tempat mengundi olok-olok.
Di Kampung Belao Hulu Besut, Umno bukan sahaja menggunakan sekolah Kebangsaan Keruak sebagai tempat menggundi tetapi sanggup menggunakan Masjid sebagai barong atau tempat semakan pendaftaran pemilih.
Mereka selalu melaung-laungkan supaya masjid tidak dipolitikkan tetapi apa yang jelas pada hari ini tanpa segan silu mereka menggunakan masjid sebagai tempat urusan simulasi pilihanraya.
Lebih dahsyat lagi Umno telah mengarahkan anggota rela untuk bertugas dalam pilihanraya olok-olok tersebut. Di SK Keruak dan beberapa sekolah sekitar kelihatan anggota rela telah dikerah untuk bertugas di muka pintu sekolah tempat mengundi tersebut. Sudah tentu elaun dibayar kepada mereka menggunakan peruntukan kerajaan.
Inilah contoh bagaimana Umno sanggup menggunakan apa saja kaedah atau cara yang tidak bermoral untuk meraih undi daripada rakyat.
Video : Tindakan Majlis Syura Tolak Pencalonan Zul Nordin Sebagai Calon Pas Betul
Walaupun ketika itu, beliau merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan, namun Majlis Syura melihat beberapa kriteria yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi oleh Zulkifli.
"Pengalaman dlam Majlis Syura, kita pernah tolak beberapa orang calon, antara yang kita pernah tolak (ialah) Zulkifli Nordin, Syura pernah tolak dia sebagai calon PAS,
"waktu itu dia pegang jawatan YDP Kawasan. Syura buat keputusan bahawa untuk jadi calon PAS beberapa kriteria kena ada, yang kebetulan pada waktu itu kita melihat, tidak ada pada beliau,
"dan sekarang tuan-tuan tengok apa yang berlaku (kepada Zulkifli),"ujar Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
[Gambar - Dato' Tuan Ibrahim memperkatakan sesuatu kepada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat]
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program Gempur Penerangan PAS Terengganu pada Sabtu 26 November di Markaz tarbiah Kuala Ibai dekat sini.
Oleh itu, katanya, PAS akan menampilkan calon-calon yang berwibawa pada pilihanraya akan datang berdasarkan peribahan 'mood' rakyat yang menjadi pengundi.
Beliau yang juga Ahli Majlis Syura berkata, PAS perlu bersama dengan perubahan tersebut yang antaranya melihat faktor calon adalah faktor yang penting.
"Pengundi (sebagai contoh) Kelantan, dia boleh tukar pada bila-bila masa, dari menang 36 kerusi pada 1990 PAS hanya tinggal satu kerusi (majoriti) dalam pilihanraya berikutnya,
"maknanya (dengan) perubahan ini, kita kena bersama dengan mood rakyat yang nak lihat, faktor calon adalah faktor penting,"jelasnya.
Menurutnya, Majlis Syura pada mesyuaratnya yang akan datang akan meniliti semua bakal-bakal calon pilihanraya umum ke-13 akan datang, yang dihantar oleh pihak negeri-negeri.BO
