MPUR, 6 Mei — Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan keluar parti itu dan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam waktu terdekat.Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 6 Mei 2011
Chegubard Keluar PKR Sertai Komponen Pakatan Rakyat ???
MPUR, 6 Mei — Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan keluar parti itu dan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam waktu terdekat.Bunuh Osama : Amerika Didesak Mohon Maaf
UR, 6 Mei: Solidariti Ummah terdiri daripada wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) memberi tempoh seminggu kepada Amerika Syarikat (AS) untuk meminta maaf secara terbuka kaepada seluruh umat Islam di atas pembunuhan kejam Osama bin Laden. Sekiranya permohonan maaf itu gagal dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, gabungan itu akan mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah tindakan AS itu.
Perkara tersebut ditegaskan Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (Shura), Azmi Abdul Hamid selepas menyerahkan memorandum bantahan di Kedutaan AS, dekat sini hari ini (gambar).
"Media sudah menyaksikan memorandum itu diterima wakil AS, jadi kami beri tempoh seminggu kepada Barack Obama untuk minta maaf secacara terbuka kepada umat Islam.
"Jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran membantah tindakan ini," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Kedutaan AS dengan dikawal kira-kira 50 anggota polis beruniform.
Memorandum yang diserahkan kepada wakil Kedutaan AS, Greg Chapman itu antaranya mengecam tindakan tentera AS membunuh Osama bersama isterinya dengan kejam, di hadapan anak-anak mereka.
Selain itu, memorandum yang diwakili 21 NGO itu turut membantah tindakan Presiden AS, Barack Obama mengarahkan tenteranya menceroboh Pakistan bagi memburu 'pengganas' yang dianggap musuh ketat AS.
Mereka mendesak tentera AS agar segera keluar dari Pakistan dan berhenti menyeksa rakyat Pakistan.
Azmi yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) turut menyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kematian Osama akan menjadikan dunia lebih aman.
"Perdana Menteri kita sendiri menerima secara positif kematian Osama.Kami membantah keras dan sebab itu bantahan di kedutaan AS ini juga sebagai tanda kami membantah kenyataan Perdana Menetri itu," katanya.
Sementara itu, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi yang turut serta dalam penyerahan memorandum itu turut membantah keras pembunuhan Osama dalam keadaan tidak bersenjata.
Muslimat katanya, tidak dapat menerima kekejaman tersebut apatah lagi pembunuhan itu dilakukan di hadapan anak-anak Osama.
"Bagaimana Amerika Syarikat yang mendakwa mereka memperjuangkan hak asasi manusia termasuk kanak-kanak sanggup bertindak kejam begitu?
"Kami mendesak AS membebaskan ahli keluarga Osama kerana mereka bukan musuh AS," katanya.Hrkh
Khamis, 5 Mei 2011
Pemimpin Pas Tegur Mufti Perlis
UR, 5 Mei – Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam. Sehubungan itu Salahuddin (gambar) menambah, tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.
Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.
“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.
“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.
Malah kata beliau, perpecahan tidak berlaku tetapi cuma wujud perbezaan politik.
“Kita tidak memutuskan silaturrahim sehingga membawa kesan yang besar kepada umat Islam,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau juga berkata, perpaduan atau penyatuan tidak semestinya perlu berada di bawah satu bumbung dan kenyataan Juanda semalam sama sekali tidak praktikal dan tidak wajar.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.
“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya.
Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.
“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.
“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.
Beliau berkata, sebagai seorang mufti, sepatutnya sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan perlu memahami tentang gambaran sesuatu hukum tersebut.
“Dia kenal ke siapa Umno yang sebenarnya? PAS menolak tentulah ada sebab. Jangan disebabkan Juanda makan gaji dengan Umno, dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu (pengkhianat Islam).
“Adakah dia (Juanda) nak kita bersekongkol dengan parti yang terbukti banyak melakukan pengkhianatan terhadap amanah rakyat, dengan soal rasuah yang banyak melibatkan orang di dalam parti itu,” katanya.TMI
Sultan Kelantan Bakal Bertemu Jodoh ??
KOTA BARU:
Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.
Pada satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang Rabu bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, menjawab: "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul."
Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.
"Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insyallah berjaya," titah baginda.
Sultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lepas, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
Baginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah( gambar kiri ), adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.
Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata. - BERNAMA
Kenapa Amerika Enggan Dedah Foto Bedah Siasat Osama ??

Kematian Osama dilihat sebagai konspirasi
SHAH ALAM – Keengganan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bukti kematian Osama Laden dilihat sebagai konspirasi untuk menunjukkan kejayaan memburu beliau.
Pensyarah Program Hubungan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Mohd Nor Yazid berkata, sehingga kini, AS masih menyiarkan gambar lama Osama. ”Adakah beliau tidak dimamah usia? Keputusan DNA (Asid Deoksiribonukleik) pula diperolehi terlalu cepat.
Kisah aktivis UMNO,pecacai yang tidak dihargai
dih kerana kami dulu adalah penyokong kuat UMNO dan sanggup mengeluarkan wang demi semangat tinggi untuk membina pejabat UMNO Pendang. Tetapi sekarang UMNO buat kami seperti pariah dan jika kami tidak mempunyai pilihan lain, kami sanggup untuk bawa tikar bantal untuk tidur di pejabat UMNO yang dibina menggunakan wang kami," ujar Mohamad Said, seorang dari mangsa kezaliman UMNO itu.