Pilihanraya umum ke-13 makin hampir.Tanda-tanda kearahnya makin jelas, apabila parti-parti politik kelihatan sedang bersiap sedia mengatur stratiji dan mengemaskini organisasi bagi memenangi hati nurani rakyat terutama para pengundi bagi menentukan untuk menerajui
kerajaan selama lima tahun akan datang.Umno-BN sibuk melakukan baikpuleh setelah mengalami kemerosotan pengaruh dalam pilihanraya lalu yang bermula Mac 2008.Ini diperjelaskan lagi apabila kerajaan mengumumkan pelbagai galakan kepada rakyat untuk memenangi hati mereka supaya mengundi Umno-BN.
Umno-BN juga mendapat galakan dari keputusan-keputusan pilihanraya kecil yang memihak kepada nya dan dengan itu berminat untuk segera mengadakan pilihanraya sebelum pengundi mengubah pendirian untuk menolak parti yang memerintah sejak merdeka hampir 54 tahun lalu.
Penyataan-penyataan politik untuk memujuk rakyat, antaranya yang terbaru mengurangkan kadar tol di Taman Medan dari RM 1.60 kepada RM 1.00.Lebih banyak lagi pengumuman- pengumuman untuk mengula-gulakan rakyat akan dilakukan sebelum pilihanraya ke-13 diadakan.
Semua tindakan dan langkah kerajaan yang diambil mutakhir ini bermotifkan politik termasuk operasi piramid bagi menyelamatkan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang dilanda revolusi kebangkitan rakyat yang menyaksikan tumbangnya pemerintahan diktator Presiden Hosni Mubarak.
Pengangkutan pulang pelajar Malaysia di Mesir yang diangkut berperingkat-peringkat selesai sebaik sahaja keadaan di Mesir mulai puleh.Kerajaan menangung belanja kepulangan dan kini apabila keadaan mulai puleh pelajar-pelajar ini mahu pulang semula keMesir, tetapi kerajaan tidak lagi mahu menanggung belanja kepulangan mereka.





