Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 28 November 2010

PRU 13 : Pakatan Rakyat Mungkin Tewas Di Selangor ??



PETALING JAYA, 28 Nov — Lim Kit Siang memberi DAP Selangor amaran bahawa Pakatan Rakyat (PR) kemungkinan akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak bersatu padu sambil mengingatkan konvensyen kepimpinan negeri agar belajar daripada pengalaman Terengganu pada 2004.
Penasihat DAP itu juga meminta perwakilan barisan menyokong kepimpinan negeri yang menganggotai kerajaan negeri Selangor sebagai tanda perpaduan.
“Bolehkah Umno dan Barisan Nasional (BN) menang balik Selangor dalam pilihan raya umum akan datang? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak boleh ditembusi dan tidak dapat dikalahkan?” kata Lim (gambar) ketika berucap membuka Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini.
“Saya tahu ada orang yang percaya bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh hilangan kawalan dan kuasa di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.
Lim memberikan amaran ini di sebalik persaingan sengit antara kem diketuai oleh Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dan kem pimpinan Speaker Dewan Undangan Negeri Teng Chang Khim.
Beliau mengingatkan para perwakilan konvensyen bahawa PAS tidak menjangkakan ia akan kehilangan Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 selepas memperoleh kemenangan tidak disangkakan sama sekali pada 1999.
“Pada pilihan raya umum 1999, PAS tidak pernah menjangkakan kuasa menang di Terengganu tetapi menyapu bersih 28-4 di Dewan Undangan Negeri,” kata Lim.
“Pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menjangkakan akan kehilangan kuasa di Terengganu tetapi tewas dengan keputusan terbalik 4-28, disapu oleh Umno dan BN,” kata beliau.

Gambar : Rumah Termahal Di Dunia ??

Another view of Antilia building
Antilia - Elevators in the lobby floor
Antilia's Ballroom
Antilia's bathroom
Antilia's tradtional lounge

Ketua Umum: Kalau PAS punyai Nik Aziz, kita ada Anwar, kata perwakilan PKR


PETALING JAYA, 27 Nov – Perwakilan PKR meneruskan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya terus mengetuai parti itu dengan meminta jawatan ketua umum tidak perlu melalui proses pemilihan sebagaimana dicadangkan oleh sayap Wanita semalam.
Anwar sebelum ini menolak untuk bertanding bagi jawatan presiden PKR yang kini disandang isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 11 tahun lalu.
“Terdapat pihak yang mempersoalkan Anwar untuk membuat keputusan-keputusan, yang membuat kami meragui kepimpinannya. Ada juga yang mempersoalkan kecekapannya untuk menjadi ketua umum.
“Beliau tidak lantik diri sendiri untuk menjadi ketua umum. Kita yang melantik beliau,” kata perwakilan PKR Selangor Faris Musa ketika membahaskan usul dasar ucapan presiden pada hari pertama kongres.
Faris kemudian meminta supaya 1,200 perwakilan berdiri untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar selaku ketua umum.
“Mari kita berikan sokongan tidak terhingga kepada Anwar,” kata timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan ini.
Sementara itu, perwakilan Srikandi Siti Aishah Shaik Ismail berkata, tindakan memaksa Anwar bertanding bagi jawatan presiden parti akan mengehadkan peranannya.
“Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Seri Anwar menolak untuk bertanding jawatan presiden. Saya kata itu adalah naif kerana kita tidak sepatutnya mengehadkan peranan Anwar untuk berkhidmat kepada parti.

Sabtu, 27 November 2010

Kongres Nasional PKR: Wan Azizah Tolak Syor Lantik Anwar Ketua Umum

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak cadangan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum parti itu.

Beliau menegaskan, hingga kini belum ada sebarang keperluan melantik suaminya dengan jawatan baru berkenaan.

Menurut beliau peranan yang dimainkan oleh Anwar sebagai penasihat PKR sudah memadai untuk menggerakkan pentadbiranparti."Buat masa ini tidak ada keperluan untuk lantik ke jawatan berkenaan.

"Sehingga kini pun beliau sudah menjalankan tugasnya sebagai Penasihat parti dengan baik, lantikan itu hanya sekadar jawatan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR Ketujuh di sini, Sabtu.

Semalam, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencadangkan agar parti melantik Anwar sebagai Ketua Umum.

Sehubungan itu Zuraida berkata pindaan serta-merta dalam Perlembagaan parti itu perlu dilakukan bagi merealisasikan kewujudan jawatan berkenaan.

Katanya, Anwar merupakan pemimpin paling sesuai untuk memegang jawatan berkenaan kerana beliau terlibat sejak dari awal sejarah penubuhan PKR.

Selain itu, Wan Azizah menambah bahawa berdasarkan hirarki parti ketika ini, semua pemimpin sudah berada di tempat masing-masing.Mstar

Video : Penyokong Kottapan buat kecoh luar Kongres PKR



PETALING JAYA: Penyokong bekas Ketua Cabang PKR Kota Raja S Kottapan hari ini mengadakan protes penganjuran Kongres Nasional PKR kali ketujuh di luar Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kira-kira 50 penyokong Kottapan hadir sejak awal pagi tadi membawa sepanduk dan kain rentang bagi menunjukkan bantahan terhadap salah laku Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan campur tangan pemimpin tertinggi PKR sepanjang pemilihan parti diadakan.

Namun kehadiran mereka di luar pintu masuk utama MBPJ bagaimanapun tidak disenangi jawatankuasa keselamatan PKR yang bertugas sehingga menyebabkan timbulnya berlaku perang mulut dan provokasi dengan penyokong Kottapan.

Jawatankuasa keselamatan PKR mula bertindak merampas sepanduk dan kain rentang dan mula menggesa penyokong Kottapan agar meninggalkan perkarangan MBPJ, manakala pihak media dan perwakilan lain yang memerhatikan suasana itu digesa masuk ke dalam dewan.

Keadaan menjadi tegang sehingga ada petugas media dikasari dan ditolak oleh jawatankuasa keselamatan PKR.

FMT difahamkan, wartawan portal berita Agenda Daily yang menjadi mangsa kekecohan itu membuat laporan polis kerana dikasari petugas Kongres.

Pertikaman lidah juga berlaku antara Kottapan dan penyokong PKR lain yang mengikuti Kongres dengan kata-kata "Kottapan sudahlah, awak bukan ahli PKR lagi!"…"Saya masih ahli lagi selagi saya belum terima surat!".

Sementara itu, Kottapan ketika ditemui pemberita berkata, beliau kecewa dengan JPP dan pemimpin tertinggi yang sehingga kini masih mengendahkan aduan yang dikemukakannya mengenai kepincangan pemilihan peringkat Cabang.

"Sehingga sekarang saya masih tidak serima respon. PKR tidak mampu memberi keadilan kepada ahlinya sendiri. Bagaimana mahu yakinkan rakyat PKR mampu memberi keadilan kepada rakyat yang lain?

"Kalau begini caranya PKR menganggap partinya sebagai demokrasi, tidak mustahil selepas ini mungkin ramai yang akan keluar PKR," katanya.

Kumpulan protes itu kemudiannya bersurai kira-kira sejam kemudian, sejurus sebelum perasmian Kongres bermula.FMT

Zaid Tubuh Parti Baru Januari Ini

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan.

Bercakap pada sidang akhbar di kediamannya di sini Jumaat malam, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan pada Januari ini.

Beliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama 'Keadilan' atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak.

"Nama itu (keadilan) biarlah mereka sahaja yang pakai begitu juga nama AKIM," katanya ketika ditanya pemberita kemungkinan beliau akan menggunakan nama itu seperti mana yang diandaikan beberapa penulis blog.

Ditanya sejauh mana keyakinannya untuk menubuhkan parti baru itu, Zaid berkata: "Saya ingin memberi keyakinan kepada kawan-kawan bahawa kita akan ada parti baru dalam negara...saya beri keyakinan bahawa kita bukan parti kecil...kita akan jadi kuat dan besar.

Mengenai sokongan kepada parti baru itu, Zaid berkata, walaupun tidak akan mendapat sokongan seratus-peratus, namun beliau yakin akan mendapat sokongan besar bukan sahaja daripada bekas anggota PKR tetapi juga UMNO dan PAS.

Sebelum sidang akhabr itu, Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengadakan majlis untuk meraikan para penyokongnya daripada Johor, Kedah, Perak dan Melaka.

Ditanya sama ada dengan penubuhan parti baru itu sekaligus membuktikan dakwaan bahawa beliau sememangnya 'kemaruk' untuk menjadi presiden parti, Zaid sinis berkata,"kalau saya tidak buat parti baru pun memang sudah dituduh sebegitu, jadi biarlah saya menjayakan harapan mereka itu."

Zaid menyifatkan perjuangan politiknya masih belum selesai apabila beliau membuat keputusan untuk keluar daripada PKR.

Pada 8 November lalu, Zaid yang menyertai persaingan untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan kali ini, bertindak keluar dari parti itu. - BERNAMA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....