Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 23 November 2010

Video : Ada kumpulan pengganas dalam negara kita?





Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub meminta Kementerian Luar memberikan laporan lengkap mengenai peranan pusat serantau Asia Tenggara yang diwujudkan bagi mencegah keganasan antarabangsa.

Berbahas di peringkat jawatankuasa Kementerian Luar di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, rakyat hanya diberitahu kononnya wujud beberapa kumpulan pengganas di rantau ini namun tidak pernah dinyatakan maklumat lengkap.

"Adakah benar-benar berlaku dalam negara kita ada kumpulan pengganas dalam erti kata yang sebenar?

"Kita hanya mendengar kononnya ada kumpulan Al-Qaeda, JI, Kumpulan Abu Sayaf dan sebagainya jadi kita mahu dapat maklumat yang terperinci daripada Kementerian Luar Negeri tentang peranan pusat ini," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Salahuddin turut berkata, kementerian seharusnya memberikan penjelasan mengenai segala aktiviti pusat itu dan sejauh mana kejayaan yang telah dicapai.

"Kita ingin dapat perkembangan daripada pusat ini. Apakah aktiviti yang telah dijalankan dan sejauh mana kerja pengintipan yang telah dilakukan dan sejauh mana rekod-rekod boleh didedahkan," katanya.

Selain itu, beliau juga meminta kementerian menjelaskan dasar umum yang disepakati kerajaan berhubung jenayah rentas sempadan yang semakin kritikal membabitkan Malaysia dan luar negara.

Jenayah itu, ujarnya melibatkan pengedaran dan penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan kes rakyat asing yang melakukan jenayah bersembunyi di negara ini dan sebaliknya.

"Apakah dasar-dasar umum yang telah disepakati dan sejauh mana perkembangan terhadap penyelesaian jenayah-jenayah rentas sempadan yang semakin kritikal dan memerlukan komitmen keselamatan kedua-dua negara," katanya.

Turut disentuh beliau mengenai isu hak asasi dan sosial pekerja Indonesia di negara ini yang belum selesai.

Menurutnya, penyelesaian isu ini memerlukan iltizam yang kuat daripada kedua-dua negara.

"Masih terdapat isu-isu yang belum dapat mencapai kata sepakat seperti mana yang diharapkan.

"Saya minta menteri dapat menjelaskan mengenai perkara ini supaya negara kita tidak mempunyai masalah untuk menerima kehadiran mereka untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu di negara ini," katanya.Hrkh

Nama Baru Pakatan Rakyat ???


PETALING JAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) mencadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia sebagai nama rasmi gabungan pembangkang bagi mencerminkan imej nasional.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution (gambar) berkata, syor itu dinyatakan ROS semasa pertemuan beberapa bulan lalu bagi membincangkan cadangan permohonan pakatan pembangkang PKR-PAS-DAP.

"Itulah kali terakhir kita bertemu mereka dan sehingga kini kita belum menerima apa-apa maklum balas daripada ROS. Kali terakhir kita bertemu ROS beberapa bulan lalu, mereka cadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah dengan perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia bagi cerminkan imej nasional.

"Tapi sampai sekarang kita tunggu... belum ada apa-apa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan kepada ROS untuk menjadi gabungan rasmi pada November tahun lalu bagi menggunakan satu lambang.

Bagaimanapun semalam BERNAMA melaporkan Ketua Pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil berkata, pihaknya belum menerima permohonan pakatan pembangkang untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat menghadapi masalah dari segi ideologi parti komponennya, Saifuddin berkata pihak gabungan itu tidak menghadapi masalah sedemikian sebaliknya hanya berkaitan soal taktikal.

"Apa yang disuarakan ialah kebimbangan jika kita gunakan satu lambang untuk bertanding pada pilihan raya iaitu kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman.

"Apa yang mereka faham apabila disebut pilihan raya (pertandingan) antara BN (Barisan Nasional) atau Umno lawan PAS... itu sahaja. Mereka kenal lambang dacing untuk BN dan lambang bulan untuk PAS.

"Apabila kita adakan satu simbol, lawan politik boleh kata PAS tak bertanding tahun ini sebab tak ada (lambang) bulan. Ini satu contoh yang kita dikautiri akan sebabkan kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman," katanya.TMI

Isnin, 22 November 2010

Video : Panas!!! Kekecohan Ceramah Mat Sabu Di Felda Taib Andak




http://lutfimj2006.blogspot.com/

Kes Liwat : Mahkamah halang Anwar dapatkan laporan perubatan

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinafikan akses kepada nota-nota klinikal disediakan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), yang peguam-peguamnya berhujah bahawa diperlukan bersama kesemua bukti lain dalam perbicaraan kes liwat.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa pasukan pembela gagal untuk memberikan sebab-sebab mengapa ia harus membenarkan Anwar akses kepada nota-nota klinikal.

Mohd Zabidin berkata di Malaysia hak untuk tertuduh dibekalkan dengan dokumen-dokumen yang perlu bergantung pada Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan juga pasukan pendakwaan.

Anwar memohon bagi mendapatkan nota klinikal yang direkodkan oleh tiga pakar HKL semasa pemeriksaan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan mendapatkan nota klinikal itu timbul selepas pakar bedah am HKL, Dr Mohd Razali Ibrahim memaklumkan mengenai nota tersebut di mana pihak pembelaan sedar bahawa mereka tidak dibekalkan dengan dokumen berkenaan.

Dr Mohd Razali merupakan saksi kedua pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar yang sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.TMI

Zambry Menang Saman RM100 Juta

Dr Zambry Kadir

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menang kes saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain.
Penolong Pendaftar Kanan, Noordura Mohamed Din hari ini menerima permohonan Zambry bagi memasukkan penghakiman terhadap empat defendan.
Peguam Zambry menyifatkan keputusan itu sebagai “judgment on liability” mengambil kira tuntutan anak guamnya terhadap para defendan.
Pada 25 Februari lepas, Zambry memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009-5 Januari 2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas — Gagal masuk ke Amerika Syarikat” mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

AJK Masjid Umno Ditangkap Khalwat Tapi Tidak Didakwa

Baru -baru ini seorang pengadu datang bertemu DS Nizar meminta pertolongan agar kes isteri beliau yang didakwa ditangkap duduk berdua-duaan dengan AJK Masjid Daerah Kg Jambu cepat diadili oleh Mahkamah Syariah Taiping.Pengadu turut menyertakan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Simpang atas kes tersebut.

Dakwa pengadu kerana yang terlibat juga merupakan Naib Ketua Cawangan UMNO dalam bahagian ,jadi kes isteri beliau bersamaAJK Masjid Daerah Taiping dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan.

Menurut pengadu yang tinggal dalam DUN Pokok Assam itu ,AJK Masjid yang juga Naib Ketua Cawangan UMNO itu memang "kaki perempuan" dia suka duduk bersama isteri orang.

Pengadu menjelaskan isteri beliau ditangkap di rumah sewa berdekatan Taman Ria,dalam Dun Changkat Jering.Jadi pengadu mahu DS Nizar membantu menyelesaikannya.Dikatakan isteri AJK Masjid itu turut serta dalam tangkapan duduk berkhalwat bersama itu pada pukul 9.20 malam.Kini difahamkan Naib Ketua Cawangan itu telah dilucutkan jawatan AJK Masjid ,hasil bantahan jemaah.

Dia tidak mahu si lelaki tadi dibiarkan begitu sahaja tanpa dihukum.Bagi pengadu dia sudah memfailkan perceraian talak satu ,di pejabat agama.

Sementara itu DS Nizar meminta semua pihak perlu diadili dan didakwa jika cukup bukti .Bagi Nizar keadilan perlu untuk semua tanpa pilih kasih.


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....