Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Selasa, 2 November 2010
Kenali Soberi Shafii,Tokoh Umno Kelantan Yang Istihar Keluar Parti Semalam
Di samping itu jika diperhatikan tulisan dalam blognya "DISINI",beliau sebenarnya sudah lama mengkritik Umno walaupun tidak secara direct.Disini ambo kongsi sedikit maklumat tentang jawatan yang pernah beliau sandang dalam NGO dan Umno :
"
Harga Petrol Naik 5 Sen Mulai Esok

N 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini ialah RM2.15 per liter, demikian menurut laporan. . Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.
Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.
Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan.
Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adalah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.
Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.Malaysiakini
Isnin, 1 November 2010
Info : Senarai 10 Raja Terkaya Di Dunia

- Raja Bhumibol Adulyade (Thailand) – US$30 bilion
- Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Brunei) – US$20 bilion
- Raja Abdullah bin Abdul Aziz (Arab Saudi) – US$18 bilion
- Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan (UAE) – US$15 bilion
- Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum (Dubai) – US$4.5 bilion
- Putera Hans-Adam II (Liechtenstein) – US$3.5 bilion
- Raja Mohammed IV (Maghribi) – US$2.5 bilion
- Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani (Qatar) – US$2.4 bilion
- Putera Albert II (Monaco) – US$1 bilion
- Putera Karim Al Hussein Aga Lhan – US$800 juta
Terkini : Pemilihan PKR,Azmin Pintas Zaid

mbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Selepas menyaksikan situasi peratusan keluar mengundi yang rendah sepanjang tiga hari pertama, pemilihan kali pertama menggunakan sistem pemilihan langsung ini berhadapan kesilapan keputusan rasmi awal.
Azmin, Ahli Parlimen Gombak, memperoleh 3,051 undi manakala Datuk Zaid Ibrahim diumumkan hanya menerima 2,529 undi manakala seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub, yang juga Naib Presiden PKR, mengumpulkan 1,149 undi.
Mengumumkan perkara itu tengah hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, perubahan kedudukan adalah ekoran kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan.
“Ia kesilapan manusia,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Perubahan kedudukan termasuk yang diumumkan Saifuddin adalah yang ketiga sejak pagi tadi.
Keputusan yang diperoleh dari laman web PKR sekitar 10 pagi menunjukkan Azmin mendapat 3,051.
Ketika itu, Zaid mendapat 3,683 undi manakala Mustaffa pula 1,241 undi.
Kira-kira setengah jam selepas keputusan itu disiarkan, jumlah undi diperoleh Mustaffa meningkat 30 menjadi 1,271.TMI





