Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Isnin, 13 September 2010
Isu Tabal Tengku Faris,Penjelasan Oleh The Kelantan Insider

2. Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Julai 2010.
3. Perkara 23A ini berbunyi:
“Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat
23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.”
4. Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)
5. Perkara 3(2) ini berbunyi:
“Syarat-syarat mengenai -
(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja,
bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.”
Ahad, 12 September 2010
Penjelasan isu tabal Tengku Faris pada jam 12 tengah malam ini

Menurut satu
kenyataan yang dibuat oleh blog separa rasmi istana Kelantan itu, adalah diharapkan agar penjelasan, yang turut akan melampirkan dokumen-dokumen tertentu akan membolehkan rakyat yang mungkin sedang tertanya-tanya mendapat maklumat yang tepat mengenainya.
Kenyataan ini dipercayai dibuat ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusana Malaysia semalam yang melaporkan berita spekulasi kononnya mereka men dapat makumat Tengku Faris akan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan Isnin esok.
Laporan sensasi ini mengejutkan banyak pihak kerana kerajaan negeri sendiri tidak tahu menahu hal ini.Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak tahu menahu hal ini.
Blog yang selalu menyiarkan berita dan pandangan dari pihak Tengku Faris ini juga melahirkan rasa terkejut mereka dengan laporan muka depan akhbar itu.Hrkh
Kes Sosilawati: Suspek dibawa ke tempat kejadian di Tg Sepat

Tujuh ditangkap, jutawan Sosilawati dan tiga lagi dibunuh?
MPUR, 12 Sept — Polis yang semalam mengakui berhadapan dengan jalan buntu, dipercayai telah dapat menyelesaikan misteri kehilangan jutawan produk kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki ekoran tertangkapnya tujuh suspek termasuk seorang peguam bergelar ‘Datuk’ dipercayai terlibat dalam kehilangan mereka. Blog pro istana Kelantan kesal laporan Utusan

"Kami faham bahawa memperolehi “scoop” adalah satu keutamaan kepada mana-mana media, tetapi perlulah diingat bahawa di dalam keghairahan berbuat demikian tata susila juga perlulah sentiasa dijaga, lainlah jika media itu memang memiliki agenda tertentu.
"Jika pada hari ini anda memilih untuk menyusahkan pihak lain, janganlah pula anda menyalahkan pihak itu jika anda berhadapan dengan kesusahan untuk mendapatkan apa-apa berita pada hari esoknya. Setiap yang berlaku tentulah ada sebab-musababnya," tulis blohg itu hari ini.
Utusan hari ini menyiarkan berita kononnya, Pemangku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra akana ditabalkan sebagai Sultan Kelantan hari ini.
"Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak setahun lalu.
"Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal dilangsungkan di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.



