Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 1 Ogos 2010

Menteri Indonesia: Ajaran Ahmadiyah sesat

JAKARTA, 1 Ogos — Menteri Agama Indonesia Suryadharma Ali berkata ajaran Ahmadiyah sesat kerana menyimpang dari al-Quran dan tidak mempercayai Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Suryadharma di Madura, Jawa Timur semalam ketika merasmikan Madrasah Aliyah Al-Hamidiyah, Desa Senasen, Bangkalan.

“Setelah dilakukan musyawarah akhirnya kami memutuskan bahawa ajaran Ahmadiyah itu memang sesat,” katanya.

Suryadharma menjelaskan, kerajaan kini sudah membuat keputusan bersama bahawa ajaran Ahmadiyah dilarang keras dan menyebarkan ajaran ini di Indonesia adalah dilarang.

Sehubungan itu kerajaan meminta polis bertindak tegas jika mendapati ajaran Ahmadiyah yang berkembang di kalangan masyarakat.

Beliau juga meminta rakyat tidak menggunakan kekerasan jika mendapati wujudnya penyebaran ajaran Ahmadiyah, melainkan dengan melaporkannya ke polis.

“Jangan berbuat kekerasan. Sebab agama Islam tidak menyukai kekerasan,” kata Suryadharma dipetik Antara.TMI

Sabtu, 31 Julai 2010

Misteri wajah manusia di planet Marikh terlerai


SATU siri gambar menunjukkan perubahan kualiti imej yang dirakamkan dari sebuah bukit di Marikh dari Julai 1976 hingga 2001.

HOUSTON - Sekeping gambar yang menunjukkan wajah manusia di permukaan planet Marikh yang dirakamkan kapal angkasa Viking 1 Amerika Syarikat (AS) pada Julai 1976 lalu sebenarnya sebuah bukit berbatu besar di tengah padang pasir, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu mencetuskan teori konspirasi kononnya Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) merahsiakan bahawa Marikh sudah memiliki tamadun tersendiri.

Namun, gambar wajah manusia itu dirakamkan kembali oleh sebuah kapal angkasa peninjau pada 25 Julai lalu dari jarak 1,873 kilometer dengan menggunakan kamera definisi tinggi HiRise.

Gambar terbaru itu mendedahkan wajah asal tersebut disebabkan sudut pantulan cahaya matahari yang membentuk lengkok kawah permukaan. - Agensi

Selepas Liong Sik,Dua Lagi Bekas Menteri Perlu Dihadap Ke Mahkamah?

Oleh Mohd Sayuti Omar
KATA Muhyiddin Yassin pendakwaan bekas Presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik, 67 menandakan perundangan negara ini telus dan saksama. Pendakwaan itu menunjukkan undang-undang negara ini tidak memilih bulu. Semalam Liong Sik bekas menteri era Mahathir Mohamad itu dihadap ke mahkamah atas tuduhan kerana menipu kerajaan berhubung skandal PKFZ.Semasa menjadi menteri, beliau didakwa menipu kerajaan berhubung pembelian tanah di Pulau Indah.
Liong Sik didakwa memperdaya Kabinet supaya bersetuju dengan terma yang dipersetujui antara syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDBS) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berhubung pembelian tanah yang dengan curang menyembunyikan fakta mengenai penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kemteri Kewangan ke atas tanah berkenaan.Semalam Liong Sik hadir ke mahkamah sekeyen untuk menghadapi pertuduhan berkenaan.
Baguslah. Rakyat suka melihat peristiwa itu. Jarang para kaloi atau jerung negara ini dapat ditangkap dan dihadapkan ke mahakmah. Rakyat suka kalau melihat vvip berada di kandang orang salah dan bukan saja penjenayah seluar dalam ataupun ragut. Tetapi apakah dengan tindakan itu ia boleh diterima perundangan dan mahkamah kita telus dan saksama?Imbang Penuh
Mungkin rakyat yang sudah lupa beberapa perisitwa sebelum ini akan menelannya macam menelan biji selasih dalam air batu campur. Tetapi bagi mereka yang kuat ingtan dan mengetahui luar dan dalam kerajaan sukar untuk menerima kata-kata Muhyiddin itu.

Perbicaraan ke atas Anwar Ibrahim mengenai tuduhan liwat yang sedang berlaku sekarang di mana banyak soal-soal teknik dilihat meragukan. Apakah itu juga ketelusan dan kesaksamaan seperti dikatakan Muhyiddin. Keteluasan dalam perundangan negara ini tidak akan absah kalau hanya kerana pendakwaan Liong Sik sebaliknya tidak dilihat licin dan telus dalam perbicaraan lain termasuk kes berprofile tinggi seperti ke Anwar itu.

Fitnah : Adun Pas Dapat Gantirugi RM 55 000

KLANG, 30 Julai: Mahkamah Sesyen Klang hari ini merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus ekoran berita yang disiarkan akhbar itu tahun 2004 lalu.

Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus (gambar) sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan.

Defendan adalah Datuk Fatah yang membuat kenyataan itu dengan diwakili oleh firma Datuk Salahuddin Saidin serta Berita Harian yang menyiarkan berita itu dan Datuk Kalimullah Hassan yang mewakili NSTP Press.

Selepas pilihan raya umum 2004 lalu, akhbar Berita Harian menyiarkan satu berita yang bertajuk "Tikam dari belakang - calon PAS".
Ekoran itu, Dr Ahmad Yunus yang kini timbalan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor memfailkan saman kepada pihak-pihak berkenaan menuntut gantirugi itu.

Pada 29 Julai 2004, Dr Ahmad Yunus Khairi telah memfailkan saman ke atas Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad di atas berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 20 Mac 2004 bertajuk “ Fatah ‘ditikam dari belakang’ calon PAS” di mana antara lain berita tersebut menyatakan:
“Ahmad Yunus rapat dengan saya, dia ikut hampir setiap ceramah dan majlis yang saya hadiri. ..Sebelum penamaan calon, saya ada terdengar nama dia akan dicalonkan. Saya tanya dia berkali-kali sama ada dia hendak bertanding, tapi dia nafikan akan melawan saya.’.. Abdul fatah menyifatkan tindakan Dr. Ahmad Yunus sebagai “menikamnya dari belakang” kerana persahabatan mereka begitu rapat. Saya yakin pengundi tahu memilih yang mana calon yang boleh membawa pembangunan dan yang mana calon yang hanya berjuang berdasarkan emosi.” Katanya. .. Abdul Fatah menyifatkan perkembangan Pas menampilkan Dr Ahmad Yunus menjadi calon sebagai parti yang terdesak kerana mereka tidak mempunyai calon yang cukup.”

Hebat !!! Di Terengganu Budak Umur 23 Tahun Dapat Kontrak RM 50 Juta




DUNGUN - Siapakah seorang 'budak' dari negeri Terengganu, berumur 21 tahun ketika menubuhkan sebuah syarikat dan dua kemudiannya, berjaya memperolehi tender-tender kerajaan bernilai lebih RM50 juta ?
Imbang Penuh
Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, sudah pastilah, dia adalah seorang kroni kepada mana-mana pimpinan Umno dan Barisan Nasional Terengganu.

(Gambar - Tony Pua ketika menyampaikan ucapan dalam majlis makan malam bersama masyarakat Tionghua Dungun, di Batu Enam)

Beliau berkata, beberapa bulan lalu, beliau telah memeriksa laman web pemerolehan kerajaan pusat dan mendapati satu tender di Hulu Terengganu yang agak pelik.

"Di Hulu terengganu, asrama bagi 200 penuntut. Jumlah harganya ditulis kat sana (laman web), RM77 juta kontrak, saya kira. RM77juta kalau dibahagikan kepada 200 bilik, setiap bilik harganya RM340 ribu.

"kalau (begitu) setiap penuntut kita beli banglo cukuplah (dengan harga sebegitu),"katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Uda, disini Khamis 29 Julai.

Menurutnya, selepas beliau dedahkan maklumat tersebut di parlimen, menteri kata, maklumat dalam laman web tu salah dan meminta maaf.

"(Menteri kata) Bukan RM77juta. Tapi RM7.7 juta,"kata Tony.yang kemudian mendedahkan syarikat tersebut adalah Rafa Sepakat Sdn Bhd

Tony berkata, beliau merasa curiga keatas syarikat tersebut dan membuat semakan

"Saya pun ada sikit curious (curiga). Saya nak check (semak), siapa ni Rafa Sepakat."katanya.

Menurutnya, setelah membuat semakan, beliau mendapati bahawa syarikat tersebut adalah satu syarikat yang baru ditubuhkan pada tahun 2008, tetapi tidak menjalankan apa-apa perniagaan.

Namun, kata Tony, pada bulan oktober 2009, syarikat tersebut mendapat kontrak daripada (tender) kerajaan.

"Beberapa kontrak yang jumlahnya lebih kurang RM50 juta. Kontrak-kontrak pembelian, di semua tempat, termasuk pembinaan asrama yang bernilai RM7.7 juta itu. So, jumlahnya RM50 juta. Nampaknya besar juga. Siapa pemiliknya?,"soal Tony.

Semakan buletinonline mendapati perincian syarikat tersebut adalah seperti link dibawah;

Rasa Sepakat 1

Rasa Sepakat 2

Jumaat, 30 Julai 2010

Sultan Brunei miliki 7,000 kereta berprestasi tinggi



BANDAR SERI BEGAWAN: Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com semalam.

Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).

Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.

Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.

Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.

Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan. -Agensi

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....