Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 1 Julai 2010

Tiada tindakan disiplin terhadap Khalid Samad

SHAH ALAM – Pas tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung kenyataannya bahawa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuasa di Selangor dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanyalah ‘jeneral’ beliau sahaja.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan Khalid adalah pandangan peribadi dan tidak menjejaskan mana-mana pihak termasuk hubungan Pas dengan parti komponen PR.

“Saya tidak fikir (kenyataan) itu ganggu hubungan PR, itu hanya pandangan peribadi sahaja, tiada masalah dalam kenyataan tersebut.

“Mungkin beliau anggap Anwar sebagai penasihat PKR, oleh yang demikian kenyataan seperti ini dikeluarkan dan ia tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas kenyataan Khalid di sebuah akhbar berhubung isu pelantikan Naib Presiden PKR Azmin Ali menggantikan Abdul Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor. SH

Timbalan Ketua Cabang Kuala Selangor Digantung Keanggotaan

PETALING JAYA 1 Julai - KEADILAN memaklumkan bahawa Jawatankuasa Displin parti telah mengambil tindakan menghantar surat tunjuk sebab bertarikh 29 Jun 2010 serta menggantung keanggotaan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, sehingga selesai satu pendengaran dan keputusan aduan disiplin terhadap beliau.

Aduan adalah mengenai kenyataan ahkbar Arshad yang tersiar di dalam Utusan Malaysia yang menyerang kepimpinan parti secara terbuka dan melanggari displin parti terutamanya Fasal 27.7 Perlembagaan parti.

"Beliau dilarang menjalankan apa-apa aktiviti parti atau membuat kenyataan sebagai anggota parti mahupun memegang apa-apa jawatan dalam parti sehingga selesai pendengaran dan keputusan muktamad oleh Jawatankuasa Displin," kata Ketua Penerangan, Latheefa Koya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu Arshad dalam kenyataan medianya mengatakan laporan Utusan Malaysia bertarikh 29 Jun 2010 yang mendakwa beliau mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Dengan ini saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang telah memutuskan perlantikan Azmin Ali, Naib Presiden KEADILAN sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor dan mengekal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar adalah tepat dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan perlu disokong oleh semua pihak," kata Arshad.Abdul Khalid adalah Ketua Cabang Kuala Selangor.SK

Empat ADUN PKR Selangor letak jawatan?

Oleh Haniza bt. Mohamed Talha

Saya dengan ini melahirkan rasa terkilan kerana nama saya telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada empat ADUN KEADILAN Selangor yang akan mengosongkan kerusi, kononnya kerana membantah kepimpinan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Selain saya (gambar kiri), Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia), Amirudin Shari (ADUN Batu Caves), dan Shuhaimi Hj Shafiei (ADUN Sri Muda) juga turut dikaitkan dengan isu ini.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Pandangan ini turut dikongsi tiga rakan YB saya yang turut dikaitkan dengan isu ini. Penyebaran berita palsu ini menggambarkan begitu terdesaknya pihak musuh yang cuba menimbulkan kekacauan dan keraguan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya meyokong penuh kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Negeri Selangor. Beliau merupakan seorang yang banyak berjasa kepada negeri Selangor dari segi ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor. Peralihan Majlis Pimpinan Negeri Selangor merupakan satu langkah yang baik bagi membolehkan Khalid Ibrahim memberi tumpuan yang penuh kepada pentadbiran negeri.

Saya ingin melafazkan taat setia dan tidak akan mengkhianati perjuangan rakyat yang saya dokong. Saya minta seluruh pendokong perjuangan rakyat supaya tidak mempercayai berita palsu ini.

*Kenyataan media oleh Haniza bt. Mohamed Talha selaku ADUN Taman Medan Negeri Selangor.

Rabu, 30 Jun 2010

Adun Sri Muda, Batu Caves beri keterangan pada SPRM esok

SHAH ALAM, 30 Jun — Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor menerima notis pemeriksaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok.

Pengarah Penerangan Selangor bagi pihak kerajaan negeri, Dr Badrul Amin Baharom (gambar) dalam satu kenyataan hari ini berkata dua ADUN terbabit ialah Suhaimi Shafie (Sri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves).

Badrul Amin berkata kedua-dua ADUN berkenaan menerima notis itu pada Isnin meminta mereka untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 iaitu memberi dan menerima suapan.

“Kedua-dua mereka akan hadir esok ke pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul 3 petang bagi membantu dan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada SPRM,” katanya.

Sementara itu, Suhaimi ketika dihubungi mengesahkan beliau menerima notis itu dan akan memberikan keterangan esok namun tidak tahu mengenai siasatan yang akan dijalankan.

“Ya, saya ada menerima notis itu dan akan memberi keterangan bersama peguam esok dan perkembangan lanjut mengenai tujuan saya dipanggil akan diumumkan kemudian kerana saya sendiri tidak pasti ia berkenaan kes apa sebenarnya,” katanya. — Bernama

Ulama sertai UMNO sebagai ‘ulama sekular’-Tok Guru Nik Aziz


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggelar 40 ulama yang menyertai UMNO sebagai ‘ulama sekular’ kerana mereka tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar dan menolak perjuangan Islam yang dibawa Pas.

Beliau berkata, di dalam al-Quran golongan ulama yang tidak berpegang kepada ajaran Islam dan orang yang menentang Rasulullah SAW dianggap sebagai golongan munafik.

“Munafik ini gelaran al-Quran. Al-Quran bahagikan manusia ini kepada tiga kumpulan iaitu mukmin, munafik dan kafir. Kalau nak gelar (ulama itu) munafik... saya tidak berapa suka.

“Ia boleh menimbulkan naik darah... tak payah gelar munafik, gelar sekular sudahlah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak merasa pelik dengan apa yang berlaku kerana sewaktu zaman Rasulullah juga perkara yang sama berlaku.

Kerenah PKR Selangor Memeningkan Kepala Anwar

Oleh:Mohd Sayuti Omar
DALAM politik begitulah, jika ada berita spekulasi ianya akan dinafikan sekeras-kerasnya. Dalam masa sama musuh politik dijadikan kambing hitam dikatakan pengacau. Semua isu yang timbul semuanya dicampakkan kepada pihak musuh yang punya kerja. Mereka sengaja menimbulkan untuk mengeruhkan keadaan, itulah ayat yang biasa didengar. Sumpah mati mereka tidak akan mengaku. Mereka akan menafikan sampai timbul urat semereh di leher
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor - kata mengatakan antara Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali. Kedua mereka nampaknya saling cuba menafikan dan menjaga apa yang ada dalam kain masing-masing. Sikap mereka seakan melindungi apa yang berbau di dalam dari dihidu orang di luar.
Azmin menafikan yang beliau sedang bergerak untuk menjatuhkan Khalid sebagai MB Selangor. Manakala Khalid pula mengatakan beliau masih steday, tidak ada apa-apa yang berlaku. Sokongan kepadanya masih kuat, katanya. Persetiaan dibuat oleh 17 dari 22 ketua bahagian PKR Selangor yang diadakan di rumahnya dijadikan hujah mengatakan beliau masih mendapat sokongan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....