KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong semalam mengisytiharkan keluar Parti Keadilan Rakyat(PKR) kerana kesal dengan kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.
Katanya beliau setakat ini tidak bercadang menyertai mana-mana parti dan akan menjadi anggota Parlimen Bebas.
"Saya mengumumkan keluar parti dan meletakkan jawatan dalam PKR setelah kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR dan pakatan rakyat yang gagal mengambil tindakan sewajarnya berkenaan isu pasir di Dengkil.
"Saya merasakan saya tidak boleh lagi menyumbangkan khidmat dalam keadaan sebegini terutamanya isu-isu yang saya sendiri tidak boleh percayai," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.