Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 17 April 2010

Penamaan Calon Hulu Selangor:Samy Vellu,Dua Pembantu Cedera

R. Ganesan menunjukkan tangan kanannya yang cedera terkena kawad duri ketika hendak selamatkan Samy Vellu. - Gambar oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 17 April — Tiada kekecohan besar pada peringkat awal proses penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru dekat sini pagi ini.
Bagaimanapun dua orang kuat Datuk Seri S. Samy Vellu cedera apabila cuba menyelamatkan Presiden MIC itu daripada terjatuh pada kawad berduri yang dipasang oleh pasukan polis.
Sekatan kawad itu dipasang di kedua-dua laluan utama ke pusat penamaan calon.
Rombongan BN juga nyaris terlewat untuk memasuki pusat penamaan calon disebabkan banjiran ribuan penyokong mereka.
Kehadiran ribuan penyokong menyebabkan situasi tolak-menolak di kalangan mereka sehingga ada yang hampir terjatuh pada kawad berduri dipasang polis.
Speaker Dewan Undangan Negeri DUN Perak, Datuk R. Ganesan dan Setiausaha MIC Wilayah Persekutuan Datuk P. Panchamorthy cedera pada tapak tangan sebelah kanan dalam usaha mereka mengelak Samy Vellu daripada jatuh pada kawad yang dipasang.

Gambar Sekitar Penamaan Calon PRK Hulu Selangor





Saingan empat penjuru di Hulu Selangor


KUALA LUMPUR, 17 April — Pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor — pilihan raya kecil pertama di Selangor selepas Mac 2008 — menyaksikan saingan empat penjuru.
Pakatan Rakyat (PR) yang turun untuk mempertahankan kerusi itu, yang dimenangi pembangkang itu buat julung kali pada 8 Mac 2008, menghadapi saingan Barisan Nasional (BN), dan dua calon Bebas.
BN diwakili oleh Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan manakala PR pula Datuk Zaid Ibrahim.
Dua calon Bebas pula terdiri daripada Johan Mat Diah dan S. Chandran — kedua-duanya masing-masing ahli Umno dan MIC.
Walaupun pilihan raya kecil ini tidak akan membawa kesan signifikan termasuk impak ke atas barisan kerajaan BN atau PR, tetapi dari segi moral ia dilihat sangat penting bagi kedua-dua ikatan berkenaan.
Jumlah empat calon bertanding ini jauh lebih kecil berbanding 37 set borang penamaan calon dikeluarkan oleh SPR setakat semalam. Seorang guru, J. Anuradha mendakwa gagal menyerahkan borang penamaan calon atas alasan dihalang kononnya lewat tiba di pusat penamaan calon.

Himpunan Bantah APCO 1 Malaysia Di Terengganu


KUALA TERENGGANU – Penglibatan syarikat Yahudi Aco Worlwide dalam menentukan halatuju Negara dibantah oleh lebih 500 orang dalam satu himpunan aman yang diadakan di hadapan Masjid Pengadang Baru disini, 16 April.

Himpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) dimulakan sebaik selesai jamaah masjid menyemprnakan solat Jumaat.

Antara yang berucap dalam himpunan tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah, Setiausaha, Wan Faizul Abas, Ketua Penerangan, Sheikh Hanafi dan Exco DPPNT Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi

Himpunan tersebut turut membakar bendera Negara Israel, menjadi lambing syarikat Apco Worldwide yang telah dibayar sebanyak RM77 juta oleh kerajaan Malaysia bagi menasihatkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Antara program yang dikaitakan dengan perundingan Apco adalah program 1 Malaysia yang telah dipopularkan oleh Najib.BO

Jumaat, 16 April 2010

Abang Teoh Beng Hock Fail Usul Nazri Aziz Dikenakan Tindakan Hina Mahkamah

SHAH ALAM 16 Apr - Teoh Meng Kee, abang kepada mendiang Teoh Beng Hock pada Jumaat memfailkan notis usul agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dipenjarakan bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung kenyataannya yang mendakwa pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand "pembohong".
Notis usul itu difailkan melalui firma guaman Karpal Singh & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Majistret di sini pada pukul 11.30 pagi.
Permohonan itu dibuat mengikut Perkara 26 Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948.
Dalam afidavit yang diikrarkan untuk menyokong permohonan itu, Meng Kee, 34, menyatakan Mohamed Nazri pada 11 April lepas memberi kenyataan di media elektronik berkenaan dengan keterangan Dr Pornthip dalam prosiding inkues kematian adiknya iaitu: "She is a liar! She lied in the inquest."
Mohamed Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pakar patologi itu sebelum ini bahawa beliau tidak akan hadir memberi keterangan pada inkues yang akan disambung pada 20 April ini kerana menerima 'tekanan politik' daripada sesetengah pihak.

Lawatan Kebajikan Unit Usrah Pas Beris Pak Abu

Adik Mohd Afiq

Sumbangan dari Tabung Kebajikan Usrah di sampaikan S/U Caw. saudara Saperi Muda


Unit Usrah Pas Beris Pak Abu telah membuat satu lawatan Kebajikan mengunjungi adik Mohd Afiq yang patah peha kiri.Di fahamkan adik Afiq yang juga anak kepada ahli Usrah,saudara Norazmi said mengalami kecederaan tersebut akibat terjatuh dari tangga rumahnya.Sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan Usrah turut di hulurkan.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....