Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 21 Mac 2010

Kelantan sudah lama sedari Petronas mungkin tak sah-Husam Musa

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata, pihaknya memang sudah lama menyedari penubuhan Petronas kemungkinan besar tidak sahih tetapi tidak mengambil berat soal tersebut.
Sebaliknya beliau yang bertanggungjawab terhadap soal membawa tuntutan mendapatkan royalti minyak berkata, kerajaan negeri mahu memberi fokus terhadap pertikaian itu berbanding soal status Petronas semata-mata.
“Sebenarnya, semasa peguam-peguam penasihat Kerajaan Negeri berbincang sebelum ini, isu seperti ini ada dibangkitkan.
“Termasuk sudut lain bahawa perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Petronas adalah tidak sah dan tidak terpakai berasaskan sebab-sebab yang lain.
“Namun, kami mengambil pendirian mengenepikan sementara waktu pandangan seperti itu kerana ia akan merosakkan Petronas,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.
Semalam profesor undang-undang Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata kewujudan firma minyak negara Petronas kemungkinan tidak sah kerana undang-undang penubuhannya telah diluluskan sebelum ia menandatangani perjanjian dengan semua negeri.

Tian Chua dedah surat ....




Tian Chua dedah surat MP lompat Bayan Baru Dato Seri Zahrain supaya meletak jawatan dan bertanding atas nama dirinya. [18 Mac 2010 ]


Mahkamah diberitahu Sultan Kelantan berkemampuan lafaz talak kepada isteri kedua


KOTA BAHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra didakwa berkemampuan membuat keputusan termasuk melafazkan perkataan cerai talak tiga terhadap isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad.

Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar yang berhujah di hadapan Hakim Syarie Abdullah Man di Mahkamah Tinggi Syariah di sini berkata, ini berdasarkan keterangan tiga doktor pakar dari Hospital Mount Elizabeth, Singapura melalui surat bertarikh 1 Februari lalu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra.

"Berdasarkan kepada surat itu, Baginda Sultan berkemampuan membuat keputusan sendiri," katanya sewaktu berhujah menafikan dakwaan defendan melalui peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan.

Zainul Rijal berkata Sultan Kelantan didakwa telah menjatuhkan talak itu kepada Elia Suhana pada 12 Februari lalu.

Beliau juga turut membacakan satu perenggan daripada surat itu yang berbunyi "His Royal Highness (HRH), Sultan of Kelantan Sultan Ismail Petra is currently capable of making his own decision".-Bernama

Dr Mujahid cabar Zahrain letak Jawatan




Perbahasan Titah Diraja pada 18 Mac 2010

MP PAS Parit Buntar cabar Zahrain letak Jawatan – Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS Parit Buntar) yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bayan Baru mencabar MP lompat Bayan Baru Dato’ Seri Zahrain meletak jawatan dan bertanding atas nama dirinya. [18 Mac 2010 ]

Perkasa Bawa Politik Primitif

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Datuk Zaid Ibrahim membidas Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pimpinan Datuk Ibrahim Ali yang didakwa sengaja mencetuskan ketakutan di kalangan orang Melayu sambil menyifatkan bentuk politk yang di bawa pertubuhan itu sebagai 'primitif'.
Bercakap pada persidangan Kepimpinan Anak Muda 2010 anjuran Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Selangor, Zaid menyelar pertubuhan bukan kerajaan tersebut yang berulang kali menyuarakan kebimbangan terhadap kehakisan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sabtu, 20 Mac 2010

‘Tuhan Allah’ di Sabah, S’wak wujud selepas Al-Kitab Indonesia

.KUALA LUMPUR: Nama 'Tuhan Allah' yang diganti dengan ungkapan 'Lord' dan 'God' dalam Bible oleh para penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sebelum ini, hanya wujud selepas terjemahan Al-Kitab versi Indonesia masuk ke Malaysia Timur.

Pendakwah bebas Shah Kirit Kakulal Govindji berkata demikian dalam suatu sidang ceramah di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PDDP) di sini, hari ini
Hal itu beliau utarakan selepas kerap menerima hujah sesetengah pihak khasnya daripada penganut Kristian berhubung keharusan menggunakan nama Allah dalam upacara keagamaan mereka.

"Bible hari ini bukanlah mewakili kitab Injil yang sebenar. Bible hari ini tidak ditulis semasa Nabi Isa a.s masih hidup. Ia ditulis selepas kira-kira 70 atau 80 tahun selepas Nabi Isa a.s dipercayai diangkat ke langit.

"Oleh sebab itu, hal penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian ini masih didebatkan lagi," kata beliau.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....