Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 3 Februari 2010

Royalti Minyak:UMNO bebas ambil tindakan ke atas saya- Ku Li

SHAH ALAM – UMNO bebas mengambil apa sahaja tindakan yang mereka ingin terhadap saya,” kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, beliau tidak gentar terhadap desakan sesetengah pihak dalam parti itu yang mahu beliau dikenakan tindakan disiplin kerana menyampaikan ucapan mengenai hak Kelantan mendapat royalti minyak di Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, baru-baru ini.

Menurutnya, isu itu bukan berkaitan dengan beliau, tetapi membabitkan ketetapan undang-undang mengenai royalti minyak dan hak Kelantan dan Terengganu.

“Undang-undang ialah Akta Pembangunan Petroleum yang membawa kepada kelahiran Petronas dan memberi Kelantan dan Terengganu hak perundangan kepada lima peratus hasil minyak yang ditemui di pesisir (pantai),” Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata melalui Astro Awani, semalam.

Pilihanraya Kampus:7 pelajar UPM dilucut kemenangan ke mahkamah?

PETALING JAYA, Feb 3 — Tujuh pelajar, yang dipercayai dari kumpulan Pro-Mahasiswa, yang dilucutkan kemenangan tidak sampai 24 jam selepas memenangi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM), dijangka akan ke mahkamah untuk mencabar keputusan itu.
Jika tindakan itu diambil, ia dilihat sebagai kali pertama keputusan pilihan raya kampus bakal dicabar di mahkamah.
Ketujuh-tujuh pelajar berkenaan yang sedang mengadakan perbincangan peguam masing-masing dijangka membuat keputusan muktamad mengenainya selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah.
“Usaha untuk menemui Naib Canselor belum berhasil dan kemungkinan kami akan menemui beliau dalam waktu terdekat.

Video: Eksklusif,Datuk Sri Nizar Menyanyi Lagu "Seroja" Versinya


Perbicaraan Anwar:Rintihan Hati Nurul Izzah Anwar

Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi Umno dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.

Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.

Sewaktu kes dibicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!

Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yang menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.

Gambar Sekitar Perbicaraan DS Anwar Dari Lensa Minag Jinggo






Selasa, 2 Februari 2010

Pegawai Khas Najib Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar akan melepaskan jawatannya berikutan dakwaan yang mengatakan beliau telah mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dalam satu forum di Melaka awal pagi ini.
Bagaimanapun satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri lewat petang ini menyebut, komen yang dibuat oleh Nasir ketika berucap pada majlis itu tidak sama sekali dalam apa keadaan sekalipun mencerminkan pandangan Perdana Menteri.
"Datuk Nasir sendiri tidak pernah terniat untuk membuat sebarang kenyataan atau komen-komen yang bersifat menghina.
"Sebaliknya, beliau telah bercakap secara panjang lebar mengenai sumbangan yang telah dibuat oleh semua kaum dalam membangunkan negara ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....