Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 15 November 2009

Rakyat tetap sokong Tok Guru Nik Aziz



SHAH ALAM – :Keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan terhakis walaupun kebelakangan ini beliau dihujani pelbagai tohmahan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Nik Abdul Aziz tetap disegani dan dihormati oleh rakyat.

Menurutnya, dua isu hangat iaitu berhubung tajaan haji dan pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, adalah isu kecil yang ditangani dengan baik oleh Nik Abdul Aziz.

“Isu berhubung tajaan haji menjadi mainan media, sehinggakan beliau (Nik Abdul Aziz) membuat keputusan membatalkan hasratnya itu.

“Keputusan itu sedikit sebanyak menggambarkan sikap sebenar Menteri Besar Kelantan itu yang bersedia menerima pandangan, kritikan dan nasihat daripada semua pihak.

“Memang jika diukur dari sudut kecewa, ternyata Tok Guru kecewa kerana beliau rindu untuk beribadat di sana, tetapi apa nak buat, demi memenuhi kehendak semua pihak yang tidak putus-putus menghangatkan isu ini, (Nik Abdul Aziz) membatalkan hasrat tersebut,” katanya ketika dihubungi: Sinar Harian: semalam.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pas Kubang Kerian berkata, kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nik Abdul Aziz di taja, disambut baik oleh Mursyidul Am Pas berkenaan.

“Kalau pemimpin lain, sudah tentu takut dan sogok macam-macam pada SPRM tetapi tidak pada beliau, inilah menyebabkan imej dan kredibiliti Nik Abdul Aziz terus bersih,” katanya.

Beliau juga berkata, apa yang berlaku pada Nik Abdul Aziz adalah perkara biasa yang berlaku pada mana-mana pemimpin di dunia ini.

“Ini adalah cabaran dan ujian buat Tok Guru, saya yakin dan percaya dengan apa yang ada pada Tok Guru ini, beliau mampu mengendalikan semuanya dengan baik,” :katanya. SH

Curi Duit Kerajaan Melalui ‘Indent’ Isi Minyak Kereta




KUALA NERUS – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj Mohd AbdulWahid Endut mendedahkan, terdapat terdapat kebocoran, ketirisan, pengkhianatan, salah guna duit dan salah guna kuasa dalam kerajaan Umno dan Barisan Nasional daripada atas hingga ke bawah.

Menurutnya, antara yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara adalah kes curi minyak yang berlaku di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu dan Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu.

”Tapi yang digambarkan dengan jelas lagi oleh Ketua Audit Negara, di negeri Terngganu (adalah) kes curi minyak,

”pejabat SUK ada nombor kereta sekian-sekian, pejabat JKR pun begitu di negeri Terengganu,”katanya ketika berucapa dalam majlis ceramah sempena sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kuala Nerus, di Pekan Batu Enam, dekat sini, semalam.

Katanya, ditulis dalam Laporan tersebut, kapasiti tangki minyak Proton Perdana boleh diisi penuh adalah 64 liter, tetapi ia diisi sehingga 102 liter.

”Kereta Proton Perdana, penuh tangki minyak 64 liter, tapi isi hingga 10 liter, harga sampai RM102.00 sekali isi,

”maknanya lepas isi penuh (kereta Perdana) dia isi (minyak) kereta lain pula, tapi kerajaan bayar pakai ‘indent’ yang sama,”jelasnya.

Beliau berkata, terdapat satu lagi kes curi duit kerajaan melalui ‘indent’ dikesan dalam laporan itu adalah dengan cara yang tidak munasabah, iaitu mengisi minyak RM200.00 dalam masa tiga minit sahaja.

”Ada satu lagi (di) pejabat SUK pukul 3.05 isi (minyak) RM150, nombor kereta yang sama (pada pukul) 3.06, seminit kemudian isi pula RM100,

” (pada pukul) 3.07, seminit kemudian isi pula RM50, nye baham (dia curi) RM300 dalam masa 3 minit,”kata Wahid yang juga ADUN Wakaf Mempelam dan Timbalan Pesuruhjaya Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Katanya, itu dilaporkan Ketua Audit Negara yang berlaku di pejabat SUK, dipejabat-pejabat lain turut berlaku demikian.

Semakan yang dibuat Buletinonline perkara tersebut terdapat dibawah perkara 4.5 dibawah tajuk Penemuan Audit, pada mukasurat 51, Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Kerajaan/ Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2008, sebagaimana jadual yang dipaparkan.

Turut hadir dalam majlis ceramah tersebut adalah Naib Presiden PAS, Haji Salahudin Ayob dan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, ustaz Abu Bakar Abdullah. SM Noor

Pakatan Rakyat Perak contoh terbaik-Anwar Ibrahim

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf bahawa Pakatan Rakyat Perak adalah yang terbaik sekali dalam menjalin hubungan. Demikianlah di antara yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah dalam majlis perasmian pejabat baru PKR di Medan Istana, Ipoh, Perak. Hubungan PR sangat intim dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira fahaman agama, bangsa dan ideologi politik, ini dibuktikan semasa PR memerintah Perak selama 11 bulan, semua parti sekalipun diwakili oleh majoriti Melayu (Islam) atau Cina namun perjuangan mereka tetap adil kepada semua bangsa. Sekalipun kerajaan PR dirampas oleh BN, namun keintiman dan semangat kesetiakawanan tetap konsiten dalam memperjuangan hak rakyat yang dirampas oleh BN.Dalam ceramah tersebut, Anwar juga menyebut ketokohan pimpinan PR pusat yang sentiasa berkerjasama dan bermuafakat dalam menyelesaikan apa sahaja isu nasional walaupun media arus perdana yang dikuasai oleh UMNO BN cuba memberi persepsi yang buruk kepada mereka.Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz disifatkan seorang pemimpin terbilang yang sangat sederhana kehidupannya, UMNO BN sangat biadab apabila cuba mengaibkan Tok Guru dengan rasuah apabila beliau ditaja untuk mengerjakan haji ke Mekah tahun ini, akibatnya dengan rasa rendah diri Tok Guru terpaksa membatalkan hasratnya menunaikan haji ke Mekah kerana tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh UMNO BN.

Turut hadir dalam majlis perasmian Pejabat Baru PKR YB Dato' Seri Hj Nizar, YB Nga Khor Ming, adun-adun PR dan pimpinan ketiga-tiga parti PR negeri Perak.

Dengan terasminya Pejabat Baru PKR di Medan Istana, kini lengkaplah Medan Istana dengan kesemua parti-parti PR mempunyai pejabat masing-masing yang berdekatan. Ada suara orang ramai yang hadir menjerit supaya ditukar Medan Istana kepada Medan Pakatan Rakyat sambil disambut dengan laungan takbir, reformasi dan hidup rakyat.misbahulmunir

PAS bukan organisasi diktator-kata Nasharudin Mat Isa


KOTA BHARU – Laporan media dan komen penganalisis politik kononnya PAS kini berada di ambang perpecahan ekoran siri krisis dalaman sejak sebulan dua ini hanya satu persepsi ataupun telahan semata-mata.

Malah ia tidak berasas dan meleset sama-sekali, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Nasharudin menyifatkan cetusan gelombang politik seperti digembar-gemburkan sebelum ini adalah proses ke arah mematangkan lagi PAS dalam pelbagai aspek termasuk kepimpinan, pemerintahan dan berkerajaan.

“Apa yang berlaku di luar itu cuma perbezaan pandangan ataupun pendapat sahaja, tidak lebih daripada itu.

“Persepsi yang mengatakan PAS sedang menuju kehancuran itu memang saya tidak nafikan, ada... tetapi itu kerja media sejak dulu-dulu lagi,” katanya.

Beliau menafikan berlakunya keretakan di dalam PAS, katanya kepada The Malaysian Insider semasa ditemui pada majlis kemasyarakatan di Bachok dekat sini tengah hari tadi.

“Buktinya, hingga ke hari ini ukhwahnya terus utuh walaupun terdapat cerita-cerita seperti mana masyarakat sedia maklum sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan politik PAS mutakhir ini setelah dicengkam pelbagai isu sehingga baru-baru ini dituntut diadakan Muktamar Agung Khas (EGM), Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat dan Seminar Pengukuhan Parti.

Rentetan beberapa peristiwa tersebut membawa kepada persepsi PAS umpama ‘retak menanti belah’.

Pada masa sama, Nasharudin memberitahu pengalamannya selama lebih kurang 10 tahun bersama kepimpinan tertinggi partinya, PAS bukan sebuah organisasi diktator di mana orang lain tidak boleh memberikan pandangan atau pendapat.

Bahkan PAS dengan sikap terbukanya sentiasa meraikan pandangan serta pendapat termasuk kritikan, dan segalanya itu akan digabungjalinkan untuk dinilai bagi penambahbaikan parti.

“Kalau saudara lihat di muktamar, seminar, forum atau sebagainya kita memberi ruang secara terbuka kepada ahli mahupun pakar runding melontarkan pendapat atau kritikan,” katanya.

Katanya juga, PAS tidak akan lemah dengan sebarang telahan mahupun ugutan mana-mana pihak kerana cetusan sesuatu isu yang timbul dalam PAS, kaedah penyelesaiannya tidak berakhir dengan teori sebaliknya disusuli bersama kajian dengan mekanismenya yang tersendiri.

“Semuanya demi keutuhan parti,” tegasnya. - themalaysianinsider

Sabtu, 14 November 2009

Presiden PAS disenaraikan Pengganas Oleh Israel


Nama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang disenaraikan dan disiarkan oleh TV Israel sebagai penggans oleh Negara Haram Israel.trgkini

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI BESUT KALI KE -5

Besut, 14 Okt- Majlis Konvokesyen dan Ihtifal PASTI Kawasan Besut Kali ke-5 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis itu dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad. Majlis kali ini lebih meriah dengan adanya beberapa cabutan bertuah untuk ibu bapa , guru dan murid.Disamping itu, ada anugerah yang baru diperkenalkan iaitu anugerah PASTI Cemerlang. Anugerah ini berdasarkan prestasi pelajar yang terbaik. Anugerah ini dirangkul oleh PASTI An-Naziha, Padang Luas, Jertih.


Ustaz Kaspi, Pengarah PASTI Kaw. Besut menyampaikan ucapan alu-aluan.

para ibu bapa sedang mendengar ucapan alu-aluan

Pelajar-pelajar PASTI sedang menunggu giliran untuk menerima hadiah.


YDP PAS Kawasan Besut menyampaikan hadiah untuk pelajar 6 tahun beserta sijil.
sumber:http://islamitutinggi.blogspot.com/

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....