Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 9 November 2012

Video : Umno Dan Perkasa Berdemo Bantah Anwar Di Terengganu




KERTEH 9 November: Kira-kira 20 ahli Perkasa biadap dan tidak menghormati agama apabila melakukan demontrasi ketika azan berkumandang di Masjid Sultan Mizan di sini, tengah hari ini.

Mereka membawa kain rentang dan berkumpul depan balai polis Kerteh sambil terjerit-jerit menghambur kata kesat kepada rombongan bas Jelajah Merdeka Rakyat yang singgah untuk solat Jumaat.

Namun, gangguan itu tidak menghalang jemaah masjid menyambut kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun kedudukan lokasi demontrasi berkenaan hanya dipisah dengan  jarak 50 meter.

Keadilan Daily yang turut menyertai siri Jelajah Merdeka Rakyat, difahamkan kumpulan ahli Perkasa yang mengadakan demontrasi itu, bukan penduduk tempatan.

Mengikut jadual, Anwar bertemu rakyat dalam jamuan di Kampung Gelugor, Kerteh, selepas solat Jumaat.

Jam 4.30 petang pula, Ketua Umum KEADILAN itu mengadakan ceramah dan bersantai di Syahbandar, Kuala Terengganu.

Selepas solat dan tazkirah Maghrib di Surau Ladang Sekolah, Kuala Terengganu, Anwar dijadual berucap pada ceramah perdana di Markas KEADILAN, Kampung  Kubang Palas, Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Beliau juga berceramah di ceramah  di tapak pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir, antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Selain Anwar, antara penceramah lain yang dijangka berucap ialah Datuk Saifuddin Nasution; Azan Ismail; Dr Alias Abdul Razak; Rafizi Ramli; Abdul Rahman Yusof;, Mahyuddin Abdul Rashid dan Ng Chai Heng.KD

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....