Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 8 Oktober 2012

PRU13 tahun ini ???

GOPENG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan PRU13 akan diadakan pada tahun ini.

Menurutnya, beliau optimis dengan jangkaan tersebut berdasarkan situasi politik ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Sg Raia, Simpang Pulai, Gopeng baru-baru ini.

Ketua pembangkang itu menegaskan, Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang katanya paling sengit akan berlaku.

“Saya yakin pilihanraya akan diadakan tahun ini dan Insyaallah Pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya,” tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh daripada lebih 1000 hadirin. 

Takut
Mengulas lanjut, beliau mengecam Datuk Seri Najib yang takut untuk hadir ke perbahasan bajet.

Katanya, Najib takut berhadapan pemimpin pembangkang sebaliknya lari daripada situasi tersebut dengan tidak menghadirkan diri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan sepatutnya mementingkan kawalan harga barangan keperluan harian berbanding pemberian rebat rm200 untuk anak muda membeli telefon bimbit pintar.

Menurutnya, Najib pada masa yang sama mengumumkan kenaikan harga gula yang menjadi keperluan harian rakyat dinegara ini.

“Kenaikan tersebut telah membebankan rakyat dan mengkayakan kroni yang kita tahu syarikat gula tersebut adalah milik orang mereka,”  ujar beliau.

Penguguman tersebut menggambarkan tidak memahami naluri dan kehendak rakyat.

Turut hadir ialah Ketua PKR Negeri, Dr Muhd Nur Manuty; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien (gambar kanan); Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan pimpinan Pakatan Rakyat.Hrkh

1 ulasan:

Unknown berkata...

berani ke BN buat pru tahun ni? belum cukup pemberian utk bodek undi.. wakaka

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....