Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 31 Disember 2010

Nasruddin : Sokong Pendirian Teo Terus Lawat Masjid, Tegur Isteri Pemimpin Negara Tidak Tutup Aurat



SHAH ALAM 31 DIS :Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan(gambar) menyokong pendirian Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching yang mahu meneruskan amalan melawat masjid biarpun dikritik hebat media Umno BN.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Nasrudin memberitahu bahawa beliau yakin, pendirian Teo itu dibuat kerana telah mula tertambat hati dengan rumah Allah di kala sebahagian umat Islam sendiri ada yang tidak lagi berminat ke masjid atau surau.
"Saya mengalu - alukan ikrar sedemikian sekaligus menunjukkan Teo Nie Ching telah mula tertambat hati dengan rumah Allah samaada surau atau masjid dalam keadaan ada sebahagian ummat Islam sendiri rasa tidak berminat untuk mengunjungi surau dan masjid apalagi untuk duduk bersimpuh di dalamnya demi mendalami agama atau i'tikaf mendekatkan diri kepada Allah swt," katanya.
Tambah Nasruddin lagi, ikrar itu sebagai permulaan untuk beliau melihat dari dekat bagaimana akhlak dan cara hidup Islam yang murni serta menghakis saki baki rasa keliru terhadap agama Islam . Memahami Islam dari sumbernya yang betul adalah menyelamatkan seseorang daripada keliru setelah melihat sebahagian ummat Islam sendiri tidak mematuhi hukum -hakam Islam .
Nasruddin juga berkata penganjur atau Imam dan AJK masjid - masjid yang bakal dilawati oleh Teo nanti mestilah mengambil langkah pro aktif untuk memberi penjelasan dan gambaran yang tepat mengenai Islam kepada beliau. Bukan hanya kehadhiran Teo untuk menyelesaikan tugasan politik beliau sebagai wakil rakyat atau ahli parlimen tetapi juga sebahagian dari tugas beliau sebagai pemimpin ialah memahami agama dan budaya rakyat yang diwakilinya.

"Masjid mestilah peka dan aktif menjadi sebuah institusi untuk menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia samaada muslim atau non muslim .Justeru masjid bukan hanya tempat untuk mengerjakan solat tetapi mestilah menepati sebuah institusi ummah yang lengkap dengan aktiviti atau gerak kerja menyebarkan risalah suci agama Islam yang diwahyukan oleh Allah swt," Katanya.

Nasruddin juga menegur pemimpin - pemimpin ummat Islam , tidak kira dari mana parti dia wakili terutama parti pemerintah kerana mereka pemimpin negara agar tidak mendedahkan aurat atau menjaga agar isteri dan anak - anak mereka tidak mendedahkan aurat serta menjebakkan diri dalam kancah maksiat dan mungkar.

"Barulah ia menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan orang ramai seperti Teo Nie Ching . Kalau isteri pemimpin negara sendiri tidak menutup aurat , maka bagaimanalah pemimpin itu mahu menegur Teo Nie Ching ? tentu ia suatu yang sangat memalukan ," katanya.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....