Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 3 Disember 2013

Dr Ridhuan Tee Akan Disiasat

Kementerian Pertahanan akan menyiasat dakwaan bahawa ahli akademik pro kerajaan Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) mengajar subjek “pembersihan etnik” di Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata walaupun beliau tidak mempunyai maklumat lengkap, beliau mempertahankan Profesor Madya tersebut kerana tidak salah untuk menyentuh isu itu jika ia berdasarkan fakta.

“Kita mesti berlaku adil, kita perlu melihat sama ada subjek tersebut untuk mendidik pelajar atau dibuat dengan hasutan,” katanya menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Menyatakan bahawa ahli akademik UPNM berpengetahuan dan berpengalaman, Abdul Rahim berkata sekiranya subjek itu diajar secara fakta, ia tidaklah merbahaya.

"Namun, kami akan menyiasat dan akan memberitahu anda akan keputusan lanjut nanti," katanya.Ridhuan yang juga seorang kolumnis bagi akhbar Umno Utusan Malaysia, pernah menidakkan tuduhan plagiarisme yang beliau hadapi dengan mengatakan pengkritiknya hanya mahu menghapuskan beliau.

Kok membuat aduan bahawa Ridhuan meniru satu artikel yang ditulis oleh pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Dr Airil Yasreen Mohd Yassin.

"Jika anda bandingkan kedua-dua artikel itu, anda akan mendapati bahawa Ridhuan meniru hampir keseluruh kandungan artikel Dr Airil, termasuk kesalahan tatabahasa di dalam artikel asal tanpa memberi sebarang kaitan kepada penulis asal," kata Kok.

Bekas rakan setugas Ridhuan, Senator Dr Ariffin S. M. Omar mengatakan bahawa Ridhuan telah menerima kenaikan pangkat walaupun berdepan tuduhan plagiarisme.

"Siasatan telah bermula tetapi Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor bahagian akademik waktu itu tidak ambil sebarang tindakan ke atas Ridhuan malahan dia dinaikkan pangkat," kata Ariffin, lalu menambah bahawa kenaikan pangkat Ridhuan tidak dipersetujui ramai pensyarah di UPNM.

"Kami telah memberhentikan pelajar-pelajar yang didapati meniru dalam kertas tugasan mereka. Tetapi mengapakah tiada tindakan diambil terhadap pensyarah? Adakah kita mengatakan tiada masalah jika pensyarah melakukan kesalahan yang sama?" soal beliau.TMI

Terima Kasih Kerajaan Barisan Nasional !!!

Tahniah kepada Umno-BN kerana menepati slogannya “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Terkini ialah kejayaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik pula. sebelum ini, Umno-BN telah menaikkan harga petrol dan diesel sebagai hadiah segera kepada rakyat yang memberinya mandat memerintah Malaysia sekali lagi.

Tahniah juga kepada rakyat Malaysia khususnya yang mengundi Umno-BN pada pilihan raya yang lalu. Kepada yang marah-marah kerana tarif elektrik naik, anda boleh guna lampu minyak tanah atau yang setara dengannya.

Nasihat ini sama seperti yang ditujukan kepada penentang kenaikan harga ayam sebelum ini. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam. Jika marah harga minyak naik, jangan guna minyak – gunalah basikal atau kereta lembu.

Saya juga berpandangan bahawa pak menteri tidak perlu susah-susah memikirkan alasan kenaikan tersebut. Hal ini kerana kami sedia maklum bahawa jawapannya – harga tersebut lebih rendah berbanding negara jiran atau anda boleh pindah ke negara lain.

Kini, saya juga tidak sabar-sabar pula menunggu pelaksanaan penuh Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau ringkasnya CBP – tetapi Umno-BN lebih suka guna bahasa Inggeris iaitu GST, ringkasan kepada Goods, Services and Tax – apa kelas guna bahasa Melayu, tak glokal langsung.

Bagi saya, inilah masa yang paling cun untuk menaikkan segala macam cukai. Maklumlah, Pilihan Raya Umum ke-14 masih jauh lagi. Kepintaran pimpinan Umno-BN membaca mood rakyat sukar disangkal, mereka amat faham jika kenaikan ini dilakukan kurang dari setahun PRU, tentunya rakyat akan marah.

Dan saya amat kagum dengan bangsa saya sendiri kerana memiliki sifat pemaaf dan muda lupa. Sifat terpuji ini mungkin tiada pada bangsa lain. Walaupun tanah air mereka sedikit demi sedikit tergadai kepada warga dan bangsa lain, mereka bersedia memaafkan Umno-BN apabila mendapat sedikit imbuhan seperti BR1M atau seumpamanya – benar seperti yang dikatakan Tun Mahathir, “Melayu mudah lupa”.

Selain itu saya memuji sifat sabar dan pemurah sebahagian rakyat Malaysia. Walaupun laporan audit negara menyatakan bahawa dana awam digunakan untuk “menderma” kepada pembekal peralatan jabatan kerajaan dengan membayar lebih dari sepatutnya.

Laporan audit menyatakan bahawa kerajaan telah membeli Marine Binocular  dengan harga RM 56,350 berbanding pasaran RM 1,940. Nah, terbukti sifat pemurah jabatan kerajaan yang diterajui oleh Umno-BN. Itu laporan audit 2012 sebelum PRU13! Kemenangan Umno-BN membuktikan rakyat memang sayangkan Umno-BN kerana sifat pemurahnya dalam membelanjakan dana awam.

Isnin, 2 Disember 2013

Terbaik !!! Sultan Brunei Kawal Lalu Lintas Ketika Pengiringnya Kemalangan


Kagum dengan sikap yang dipamirkan Sultan Brunei, bila beliau sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.

Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam. Kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.

Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan ~ Sumber

Senarai Penuh Jawatan Lantikan Kepimpinan PAS Pusat Dan Pesuruhjaya Negeri Sesi 2013-2015

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut :

1. Setiausaha Agung PAS - Dato’ Hj Mustafa Ali
2. Bendahari - YAB Dato Ahmad Yaakob
3. Ketua Penerangan - YB Dato’ Mahfuz Omar
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah

1. Kelantan - YAB Dato Ahmad Yaakob
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Pahang – Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
4. Johor - YB Tn. Hj Aminulhuda Hassan
5. Melaka – Sdr Adly Zahari
6. Negeri Sembilan - Sdr Mohd Taufek Abdul Ghani
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad
8. Perak - Tn Hj Razman b. Zakaria
9. Kedah - YB Dato’ Mahfuz Omar
10. Perlis - YB Mohd Shukri bin Ramli
11. W Persekutuan – Tn. Hj Mohammad Noor Mohammad
12. Sabah - Sdr Mohd Aminuddin Aling
13. Sarawak – Tn. Haji Adam Ahid

Al Fatihah..Datuk Fauzi Shaari Kembali Ke Rahmatullah

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Fauzi Saari (gambar) meninggal dunia pada jam 8.17 malam tadi di Hospital Selayang akibat daripada penyakit buah pinggang dan hati.

“Sah Datuk Fauzi meninggal dunia,” kata seorang aktivis PAS apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Fauzi menyertai PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dan menjadi calon parti Islam itu bagi kerusi Parlimen Larut di Perak.

Jenazah beliau dijangka akan dibawa ke rumahnya di Shah Alam sebentar lagi.Fauzi memecahkan rekod dalam dunia kepolisian dan politik apabila menjadi bekas anggota paling kanan yang menyertai Pas.TMI

Sabtu, 30 November 2013

Kenyataan Terkini Ust Kazim Elias Selepas Dilantik Ahli MT Umno

Ustaz Kazim Elias antara sembilan orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik, tambahan kepada 25 yang dipilih menerusi pemilihan UMNO baru-baru ini. Ia diumumkan oleh SU Agung Umno, Tengku Adnan semalam. Perlantikan kerana `budi` selalu mempertahankan Umno sebelum ini.

Kenyataan terkini beliau setelah dilantik ke jawatan tersebut.

“Subhanallah.. Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa2 dah kena maki.. Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada,jgnlah tuduh tanpa melihat secara halus..Apa yg kita sangka ttg orang lain kadang2 itulah dlm jiwa kita.Berhati2 la dlm berbicara.

Apa tuan2 ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat?Apa salahnya doakan yg terbaik, bila takde org agama dikata teruk bila org agama dijemput pun dikata teruk, sy tak faham.Kalau tak tau apa2 alangkah baik kalau diam.

Esok saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dgr penjelasan saya..Dlm hal ini sepatutnya bg pandangan atau nasihat bukan maki hamun fitnah n cacian..Bab bersara dr ceramah, berkali2 sy cakap bila masa saya nak berhenti berdakwah, dakwah sgt luas cuma saya kata sy nak tumpu pd sekolah dan berdakwah dgn media spt tv radio dll.

Salah ke sy nak berdakwah di sekolah?Bc la sampai habis apa sy ckp dlm cd, ceramah dn fb saya..Terlalu banyak yg jemput ceramah malah ada yg booking bertahun, semua kena kira termasuk kesihatan saya.

Bab lantikan MT UMNO ni baru sgt sy dijemput, diminta bantu apa yg patut utk Islam..tu pun jadi masalah., jd isu?Saya ada prinsip saya, tak pernah dgr ceramah saya tp nak komen lebih2,,Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yg diberi pd saya n saya jugak kena jaga byk perkara dr keluarga, sekolah, kuliah2 saya, anak murid saya, pengikut kuliah sy dll.

Bagi anda yg betul ikhlas dlm memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang spt yg saya sebutkan tadi.. 30hb jam 9mlm di PPR Setapak.Semoga Allah merahmati kita semua,terima kasih atas kata2 yg sgt manis dlm komen anda sebelum ini.Jgn lah menilai hati org,kita tak tahu apa dlm hati org, Allah yg menilai bukan kita. Wassalam.” – FB Ustaz Kazim Elias

Kita lihatlah peranannya nanti nak membetulkan Umno dan kita harap beliau taklah ‘hanyut’ diulit Umno selepas ini. Juga janganlah mula tergagap-gagap nak bertegas terhadap sesuatu isu yang melibatkan Umno nanti! ~ Sumber

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....