Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 30 November 2012

Naib Ketua Wanita Umno keluar parti

PETALING JAYA 30 November: Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Semporna hari ini meletak jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Kalasahan Abdul Salam berkata, tindakannya itu kerana hilang sepenuhnya keyakinan terhadap pemimpin Umno.

“Saya mengambil keputusan ini kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Umno, khususnya terhadap Ketua Umno Bahagian Semporna yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal.

“Terlalu banyak ketidaktelusan, skandal membabitkan wang rakyat dan moral serta budaya fitnah dalam pentadbiran Umno Bahagian Semporna,” katanya pada pengumuman itu dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini disaksikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Menurut Kalasahan, kepimpinan Umno Semporna juga gagal membawa perubahan sebaliknya banyak masalah asas gagal ditangani.

“Lihat saja kebanjiran pendatang asing tanpa izin, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, jalan raya yang berlubang dan berlopak, malah paling teruk, pencapaian pendidikan sekolah yang tercorot di Sabah,” jelasnya.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan luar bandar, Shafie gagal secara total dalam melaksanakan tanggungjawabnya memajukan Semporna,” tegas Kalasahan yang sedang mempertimbang untuk menganggotai KEADILAN.

“Peletakan jawatan beliau di kala Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung merupakan tindakan berani. Kita mengalu-alukan kebersamaan beliau dalam menolak Umno bersama Pakatan Rakyat,” kata Azmin.KD

PPerhimpunan Umno sekadar belasah Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: “Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan Umno kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat. Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, menggelupur seperti lembu yang hendak mati,” kata AJK PAS Puat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan agama walau pun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah.

Umno sekarang, ujarnya sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan dan ereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama.

“Cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, oemimpin Umno tahu bahawa Melayu akan mengundi dengan emosi, maka ini yang menjadi strategi Umno.

“Ucapan pemimpinnya penuh dengan emosi bahawa Melayu akan hilang jika Umno tumbang. Pada hal yang mengkhianat sesama Melayu ialah Umno,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, mereka diberi kuasa, dengan kuasa mereka menindas Melayu yang terlalu banyak jika hendak disenaraikan dosa Umno kepada Melayu.

“Tetapi Umno membaling batu sembunyi tangan atau pun seperti pencuri menjerit pencuri,” katanya.

Katanya lagi, Umno fikir dengan bersandarkan Melayu maka ia boleh menipu rakyat.

“Andaiannya Umno boleh membuat  apa sahaja kerana dia Melayu. Seolah-olah Melayu maksum, walaupun perasuah, penindas sesama Melayu, asalkan daripada kelompok Umno,” ujarnya.

Beliau berkata, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca doa ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri agar jauhkan Umno daripada menjahanamkan sesama sendiri walau pun hakikatnya Umno hanya pandai berdoa, tetapi pemimpin merekalah menjahanamkan sesama bangsa dan agama.

Katanya lagi, penafian hak kepada Kelantan, mematikan institusi masjid dengan melantik mereka yang bukan ahli masjid, menukar guru yang tidak sokong Umno contoh suami Cikgu Normala Sudirman, menyekat projek kepada orang tidak sealiran dengan Umno.

“Apakah ini bukan menjahanam sesama sendiri?” tanya Idris.Hrkh

Khamis, 29 November 2012

Abby Abadi Mengaku Tidak Pernah Mengundi

 Abby menjadi juri pertandingan memasak bersempena program Bicara Hijrah Selebriti, semalam.

Selebriti Abby Abadi mengakui tidak pernah mengundi sebelum ini kerana golongan artis tidak pernah diberi kesedaran mengenainya walaupun sering kali terlibat dengan program anjuran Umno dan Barisan Nasional.

Abby berkata, penglibatan artis dalam program parti hanya untuk memeriahkan majlis dan menarik ramai hadirin.

Ketika itu katanya, beliau tidak berasa bersalah tidak mengundi kerana tidak memahami kepentingan politik.

Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti katanya, beliau akan rasa bersalah sekiranya tidak mengundi kerana sudah sedar kuasa politik amat penting apatah lagi kepada perjuangan Islam.

“Pada saya, Pas merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di negara ini dan saya tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan sokongan penuh kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

“Kuasa politik penting kerana melaluinya dasar atau hukum Islam dapat ditegakkan dan saya kini memahami bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan,” katanya pada program Bicara Hijrah Selebriti Bersama Abby Abadi di Cherang Ruku dekat sini, semalam.

Turut hadir, Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim serta isteri, Bidah Abdul Kadir, Adun Limbongan, Zainuddin Awang Hamat dan penceramah jemputan, Khairul Ikhwan.

Kenyataan Shahrizat boleh cetus huru-hara

PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat, kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.

"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.

"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.Hrkh

Rabu, 28 November 2012

Bekas KPN dakwa menteri campur tangan siasatan Polis

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekarang... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.

Musa (gambar) kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.

“Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO (Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?

“Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan.”
Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik.

“Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

Umno sanggup tikam kawan, apatah lagi rakyat


KUALA LUMPUR: Kalau kawan sendiri pun para pemimpin Umno sanggup tikam, apa lagi rakyat biasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menyifatkan percubaan Tun Dr Mahathir Mohamad menghempas semua beban kesalahan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bukti sifat sebenar para pemimpin Umno yang suka menikam kawan untuk kepentingan sendiri, Mahfuz mengingatkan rakyat supaya bersedia dan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sifat jijik Umno itu.

"Kalau kawan sendiri pun ketua-ketua Umno sanggup tikam, rakyat tentulah mereka sanggup kerjakan hingga hancur berkecai," katanya.

Mahfuz menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku itu.

Dalam temubual dengan RTM menjelang Perhimpunan Agung Umno, Dr Mahathir menyalahkan pemimpin sebelum Najib sebagai orang yang merosakkan Umno.

Padahal semua bekas pemimpin Umno yang meninggalkan parti itu menyalah beliau (Dr Mahathir) sebagai punca segala masalah yang melanda Umno sekarang.

"Najib gunakan RTM untuk menemubual Dr Mahathir yang diketahui umum akan menyalahkan Pak Lah seorang sahaja atas semua perkara buruk yang berlaku ke atas Umno dan pemerintahan negara yang diterajui Umno.

Antara Doa PAS dan Tindakan Umno


Selepas tamat Muktamar Agung PAS ke-55 hampir dua minggu lalu, Umno agak kecewa kerana dua isu yang diharap akan memerangkap parti Islam itu tidak mengena.

Isu tersebut mengenai Hudud dan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung murtad.

Tindakan bijak perwakilan PAS yang lebih memberi tumpuan untuk menguatkan jentera dalaman dan media parti Islam itu dalam menghadapi PRU13 nanti langsung tidak menarik minat mereka.

Usaha untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang membabitkan PAS-PKR di lihat ruangnya apabila seorang perwakilan memberikan pandangan supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di lantik menjadi Perdana Menteri sekiranya PR berjaya kuasai Putrajaya.

Malangnya isu tersebut tidak mendapat respon dari PR samaada dari PAS-PKR-DAP termasuk dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu tersebut tenggelam apabila PAS dan Abdul Hadi sendiri menyatakan setiap perwakilan berhak meluahkan pandangan bagi membuktikan PAS sebuah parti yang menerima pandangan dari semua pihak.

Begitu juga dengan Anwar yang membuat kenyataan bahawa perkara tersebut boleh dibincang dan belum diputuskan.

Sebelum ini hampir dalam setiap ceramah yang dihadiri pemimpin DAP dan PAS pun kenyataan untuk melantik Anwar menjadi PM bukanlah suatu polimik yang besar.

Selasa, 27 November 2012

Scorpene: Najib, Razak Baginda mungkin disapina

SINGAPURA: Peguam kes Scorpene di Perancis menegaskan mahkamah negara tersebut bakal memanggil dua orang kenamaan terkemuka di Malaysia, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Abdul Razak Baginda sebagai saksi kes tersebut.

Mereka adalah di antara tujuh orang yang bakal dipanggil sebagai saksi, antaranya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev, penyiasat Balasubramaniam dan seorang korporat Lodin Wok Kamaruddin.Bagaimanapun belum dapat dijelaskan, bilakah tarikh mereka akan dipanggil mahkamah.

Maklumat tersebut dijelaskan dalam taklimat mengenai kes Scorpene yang sepatutnya diadakan di Parlimen hari ini, terpaksa dipindahkan ke Changi, Singapura.

Taklimat disampaikan peguam, Apolene Cagnat  yang juga rakan kongsi peguam William Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes Scorpene yang didakwa membabitkan penyelewengan ratusan juta ringgit.

Hadir sama mendengar wakil kedutaan Malaysia di Singapura. Cagnat ditemani peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri.Taklimat dihadiri ahli-ahli Parlimen daripada PAS, PKR dan DAP, mewakili Pakatan Rakyat.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikr Amin Mulia menolak permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus melarang taklimat peguam yang dibawa khas dari Perancis.Sebelum ini Bourdon tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Sementara itu Sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel kesal, taklimat tepaksa diadakan di Singapura kerana Kerajaan Malaysia berusaha keras menghalang maklumat sebenar mengenai Scorpene diketahui rakyat.Hrkh

Isnin, 26 November 2012

Kejahilan Pencacai Umno Terserlah

 Gambar Print Screen dari FB ahli Umno tegar yang mempertikai tindakan Hj Hadi solat di Kubur. (Sila klik untuk lebih jelas)

Terserlah kejahilan berliau kerana mempersenda tindakan presiden Pas ini dengan mengatakan "Pas semua BOLEH.... tanam dulu baru solat jenazah."

Ini akibat malas mengaji ilmu agama, memang bagi orang yang jahil tentang agama mereka akan merasa pelik melihat orang bersolat di kubur kerana benda seperti ini memang jarang2 orang melakukanya. itu yang menyebabkan mereka merasakan ianya janggal dan pelik .

Untuk merungkaikan permasalah yang di bangkit oleh saudara jahil dari Umno tergar ini di bawah ada jawapan yang saya petik dari FB ustaz azhar Idrus mengenai solat ghaib .

Moga dengan ini kita dapat sedikit manafaat ilmu dari permasalahan ini.Isu solat jenazah dikubur. Ustaz Azhar Idrus jawab..

Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan.

Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali.

(Shahih Muslim No.1586) Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya).

Pegawai bank sahkan anak Taib belanja RM782,520.88 dalam tempoh enam bulan

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Pegawai bank mengesahkan anak kepada Ketua Menteri (KM) Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM782,520.88 dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) hari ini.

“Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank hari ini.

Bukti penyata bank dikemukakan oleh peguam plaintif menunjukkan perbelanjaan yang digunakan oleh Mahmud Abu Bekir daripada Januari hingga Jun tahun ini berjumlah RM782,520.88.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membuat keputusan mengejut apabila membenarkan saksi pegawai bank memberikan keterangan dalam perbicaraan kes tuntutan bekas menantu KM Sarawak  hari ini.

Dalam laporan The Malaysian Insider pagi tadi, Hakim Syarie Datuk Muhammad Abdullah menolak permohonan peguam Shahnaz Abdul Majid untuk mengemukakan saksi pegawai bank kerana tidak memberikan notis awal.

“Saksi pegawai bank boleh beri keterangan kerana plaintif sudah memberikan persetujuan membenarkan saksi untuk disoal balas seperti yang dituntut oleh pihak defendan,” kata Hakim semasa perbicaraan bersambung selepas berhenti untuk makan tengah hari.

Dalam penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah menggunakan kad American Express sebanyak RM166,332.37 pada Januari; RM148,763.88 pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada April; RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM880,958.91.

Selepas keterangan saksi pertama tersebut, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili pihak defendan memohon kepada Hakim untuk menangguhkan perbicaraan pada hari ini supaya memberinya peluang menyediakan soal balas.

“Saya pohon kepada yang arif untuk menangguhkan perbicaraan hari untuk saya menyoal balas kemudiaannya,” kata Zainul Rijal.

Kerusi Selamat BN : Dr Agus Sanggah Kenyataan Dr Shamsul

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) setakat ini hanya selamat di 96 kerusi manakala Pakatan Rakyat (PR) pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kerajaan pemerintah dan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata seorang lagi ahli akademik pusat pengajian tinggi tempatan.

Jangkaan itu bermakna kedua-dua BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, berdasarkan hasil kajian yang dilakukannnya yang bermula beberapa hari sebelum pembentangan Bajet 2013 dan impaknya selepas itu.

Sambil menghormati pandangan Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, juga dari UKM, yang menjangkakan BN akan memperoleh lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan sekarang, Agus berka ta, beliau yakin dengan hasil penemuannya itu.

"Itu kajian dia. Biarkan. Saya juga buat kajian dan saya mendapati fakta yang berbeza, daripada segi kerusi memang berbeza tetapi dari segi pencapaian, hasil kajian menunjukkan lebih kurang.

"Kalau dia kata 120 kerusi, saya tidak mendapat begitu. Saya mendapati 96 kerusi bersih untuk BN dan 68 kerusi selesa kepada Pakatan Rakyat. Manakala selebihnya menjadi persaingan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian Khamis lalu, Shamsul berkata, kemenangan akan memihak kepada BN meskipun dengan majoriti yang semakin mengecil.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012.

Mengulas lanjut, Agus memberitahu, berdasarkan pemerhatian dan kajiannya yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, tidak ada mana-mana parti pun yang akan menang selesa kali ini.

"Tidak ada siapa-siapa pun lagi yang akan membentuk kerajaan dan menang tipis. Nak menang tipis kena ada 112 kerusi. Kalau kerusi yang lebih itu, BN menang, maka BN akan menang besar," katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, strategi dan kerja kuat di saat-saat akhir ini amat penting kepada kerajaan dan pembangkang dalam meraih sokongan pengundi menjelang ibu kepada segala pilihan raya ini.

Blogger diarah bayar ganti rugi kepada Husam Musa

KOTA BHARU: Seorang blogger, Salahuddin Hisham diarah Mahkamah Tinggi di sini membayar gantirugi kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berhubung satu artikel yang diangggap memfitnahnya.

Tulisan tersebut dimuatkan dalam blog www.anotherbrickinwall.blogspot.com yang bertajuk “Husam: A moral for PAS delegates” diterbitkan pada l Jun 2011, yang mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tak berasas dikaitkan terhadap plaintif.

Penghakiman tersebut dikeluarkan setelah blogger terbabit gagal hadir pada perbicaraan kesnya.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, blogger berkenaan gagal hadir walaupun saman dan tuntutan ke atas beliau telah diserah dengan berbagai cara termasuk melalui iklan dalam suratkhabar harian.

Husam dalam tuntutan samannya menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta, bagaimanapun mahkamah mengarahkan agar gantirugi ditaksirkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Salahuddin, 52 yang tinggal Taman Setiawangsa merupakan pemilik dan penulis ruangan blog  http://anotherbrickinwall.blogspot.com.

Dalam blog berkenaan defendan antara lain menulis, “Husam secara terbuka mengkritik pemimpin-pemimpin parti tertentu dan menyalahkan mereka bagi idea UG. Ini tidak berjalan secara baik dengan perwakilan. Apa-apa pun, UG adalah secara halus subjek perbincangan di Muktamar 2008 dan dalam jawatankuasa parti politik.

“Akibatnya beliau telah dibiarkan di padang belantara politik. Pada tahun yang sama, calon Kelantan sepenuhnya dihapuskan dalam pemilihan parti.”

Husam dalam tuntutannya menyifatkan tulisan tersebut tidak benar sama sekali, bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai pimpinan PAS.Hrkh

Ahad, 25 November 2012

Video & Gambar : 20,000 Aktivis Himpunan Hijau Di Dataran Merdeka




PRU 13 : Risiko Najib jika BN menang tipis

SHAH ALAM - Ramalan Barisan Nasional (BN) hanya akan menang 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sekarang membuktikan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menjadi seteru politik paling digeruni Kerajaan Pusat sepanjang empat tahun ini dan satu risiko kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, realiti itu tambah meyakinkan dengan penemuan kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Dapatan Dr Shamsul Amri itu seolah-olah satu pengakuan bahawa kekuatan Pakatan Rakyat itu tidak boleh dipandang mudah sebab daripada 140 kerusi sekarang ini sudah merosot kepada 120 kerusi," katanya.

Berdasarkan hasil kajian yang mengambil kira prestasi dari pelbagai sudut termasuk pembentangan Bajet 2013 dan insentif yang diumumkan pada September lalu, Shamsul berkata, kemenangan akan memihak kepada BN.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis," katanya yang merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara.

Bagaimanapun Shamsul tidak menolak kemungkinan jumlah kerusi BN akan meningkat naik tetapi tidak akan turun kurang daripada 120 kerusi seperti yang diramalkannya.

“Kemungkinan jumlah kerusi yang akan dimenangi BN naik itu ada... berdasarkan pada apa yang berlaku Oktober dan November,” ujar beliau.

Mengakui bahawa ramalan Shamsul itu munasabah, Dzulkefly berkata, senario politik semasa membuatkan kedua-dua parti tidak dapat membuat telahan yang tepat - parti mana yang akan meraih kemenangan, waima untuk sebuah kemenangan tipis.

Video : Ceramah Anwar Dan Mat Sabu Di Kota Kinabalu Sabah





Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Anwar dan Mat Sabu di Kota Kinabalu, Sabah 24/11/2012

Anak Kristian antara sertai khatan beramai-ramai

Kanak-kanak yang akan dikhatamkan di Kajang Utama. Salah seorang dari mereka adalah anak Kristian- foto Teo Nie Ching
Kanak-kanak ini berpeluang mandi dalam kolah sebelum mereka dikhatamkan - foto Teo Nie Ching

SHAH ALAM: Musim cuti sekolah datang lagi dan aktiviti yang paling popular sepanjang musim ini adalah kenduri kahwin dan berkhatan.

Khatan biasanya majlis biasa untuk orang Islam tetapi sejak adanya Pakatan Rakyat dan kerjasama baik antara PAS dan DAP ia telah menjadi majlis bersama.

Majlis khatan yang selama ini asing bagi orang bukan Islam menjadi majlis yang sangat menarik bagi mereka.

Sabtu, 24 November 2012

Foto Terbaik Dari Gaza


Apabila dari kecik sudah ditanam benih jihad hasilnya DISINI.Berbeza dengan Malaysia, dari kecik ditanam nak masuk nyanyian...

Jumaat, 23 November 2012

Gambar : Ribuan berhimpun bantah Felda jual minyak ke Israel




Nurul Izzah Saman Utusan

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan dan ketua pengarangnya berhubung laporan berkenaan dengan kenyataan menyentuh kebebasan beragama, yang menurut beliau telah diputarbelitkan oleh akhbar terbitan syarikat berkenaan.

Syarikat itu merupakan penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.

Saman itu berhubung empat artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia antaranya bertajuk: "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.

Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan.SH

Kenyataan Media Brigade Al-Qassam Sayap Tentera Hamas


Antara isi kandungan kenyataan media KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (Brigade Al-Qassam) sayap tentera kepada Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) yang menyerang negara haram Israel

Al-Qassam: Setinggi-tinggi penghormatan kepada para syuhadak.Kami mengumumkan kemenangan pejuang Palestin ke atas tentangan yang dilakukan oleh rejim zionis.

Al-Qassam: Kami telah sampaikan mesej kepada musuh yang mana mereka tidak mampu menjangkakan keupayaan roket buatan tempatan.

Al-Qassam: Roket-roket jenis M75 adalah sempena nama komander Al-Qassam yang dibunuh oleh zionis pada tahun 2003, maka akan wujud roket-roket yang akan dinamakan as-syahid Ahmad Al-Ja'bari.

Al-Qassam: Kami telah menghentam setiap penjuru musuh sama ada darat, laut, dan udara.

Al-Qassam: Serangan-serangan balas kami memang telah disusun sebelum ini oleh komander-komander tentera kami.

Al-Qassam: Kami biarkan musuh yang menilai kerugiannya sendiri, ianya terlalu besar dan perkara ini disembunyikan.

Rabu, 21 November 2012

Gambar paling menyayat hati dari bumi Gaza

 
Pernah tak kita terbayang situasi ini berlaku di Malaysia? Ketika anak-anak kita masuk kelas, kawan di sebelah mati syahid di usia muda akibat kekejaman Yahudi.

Inilah yang dilalui oleh anak-anak Palestin di Gaza... Kini Gaza terus menerus di serang oleh tentera Yahudi laknatullah.

Kita sebagai umat Islam wajib membantu setakat mana termampu. Yang paling penting adakan solat hajat, sentiasa baca qunut nazillah dan berdoa bagi kesejahteraan umat Islam di Palestin.

Kepada masjid-masjid di seluruh negara di anjurkan adakan kutipan derma pada solat jumaat bagi membantu rakyat Palestin. Semoga bantuan tak seberapa kita ini di kira sebagai amal ibadah oleh Allah SWT.
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."
~ Ali Imran: 169.

Ahad, 18 November 2012

Bacalah Utusan Dengan Terbalik

Banyak kritikan terhadap Utusan Malaysia kerana akhbar itu memainkan isu-isu untuk memecah belahkan rakyat. Utusan merupakan akhbar untuk UMNO kerana akhbar itu kepunyaan UMNO. Utusan itu merupakan ‘kuda pelejang’ untuk UMNO dan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO itu adalah kerja baik dari sudut pandangan Utusan. Utusan sudah hilang kredibiltinya yang tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.

Tetapi kalau kita pandang dari sudut yang lain ada caranya untuk menganggap Utusan itu akhbar yang mampu untuk memberikan kita berita dan rencana yang baik untuk kita. TETAPI untuk melakukannya ia bersyarat.

Syaratnya hanya satu: iaitu kita mesti ada formula untuk melakukannya. Seperti matematik formula adalah penting untuk mendapat jawapan yang tepat. Formulanya ialah, kita mesti membacanya dengan terbalik. Membaca dengan terbalik adalah jalan terbaik untuk mendapat kebenaran dari Utusan.

Maksud saya jika Utusan mengatakan yang mereka akan dapat merampas Selangor, P Pinang, Kedah dan Kelantan maka yang benarnya ialah ia tidak mungkin tercapai. Jika Utusan kata Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang dan Kota Bharu  itu tidak berjaya ia bermakna himpunan itu telah berjaya.

Utusan pernah berkata yang BN akan mendapat 140 kerusi parlimen dalam pilihanraya nanti, ia bermakna 140 kerusi itu akan didapati oleh Pakatan Rakyat. Kita juga telah melihat Utusan sentiasa mengatakan yang negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat tidak berkemampuan tetapi yang sebenarnya negeri-negeri inilah yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan diakui oleh Ketua Audit Negara.

Utusan mengatakan yang PR tidak berkepimpinan maka yang sebenarnya BN lah yang tiada kepimpinan sehinggakan ahli-ahli UMNO sendiri tertanya-tanya siapa yang akan menjadi MB Selangor jika BN memenangi Selangor. Begitu juga di NS tidak ada siapa yang mampu untuk menggantikan Mohamad Hasan jika BN masih berkuasa dan mendapat mandat sedangkan Mohamad Hasan wajib diganti. Bagaimana Utusan boleh mengatakan UMNO itu sarat dengan kepimpinan. Utusan tidak sedar yang kepimpinan UMNO sudah mula susut sejak Mahathir mengambilalih kepimpinan negara.

Gambar : Panas !!! 213 ahli BN keluar parti sertai PKR


Gelombang perubahan berterusan di Sabah kian sukar dibendung sekaligus menyaksikan rakyat negeri ini kian beralih arah kepada Pakatan Rakyat.

Buktinya, seramai  213 orang ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) merangkumi empat buah parti iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Umno dan Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) telah mengisytiharkan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tenom. 

Mereka telah menandatangani secara TRANSPARENT borang penyeraan tanpa ada paksaan dari sesiapa dalam majlis itu, malam tadi.

Halik Zaman ketika mengalu-alukan penyertaan bekas ahli parti BN ke dalam KEADILAN Cabang Tenom bermakna sudah sebilangan besar rakyat Tenom menolak BN yang mereka anggap parti kuno yang sudah tidak berfungsi membela nasib rakyat khasnya rakyat Tenom dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Sabtu, 17 November 2012

Barisan Nasional tiru Pakatan Rakyat


JIKA benar gambar ini, nampak sangat Barisan Nasional hanya dipenuhi dengan pimpinan yang berotak kosong. Tiada idea, hanya pandai cakap bergegar-gegar, tapi tak mampu menghasilkan idea yang baik.

Mana tidaknya, sampaikan strategi kempen untuk pilihanraya pun mereka terpaksa meniru daripada Pakatan Rakyat. Lihat gambar di bawah, Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim guna lori, treler dan bas untuk kempen pilihanraya melalui program Jelajah Merdeka Rakyat mereka pun nak juga.

Mereka gunakan lori aiskrim sebagai pentas ceramah kah kah kah...

  Ini menunjukkan pimpinan Pakatan Rakyat maju ke hadapan, energetik dan fresh. Memiliki idea-idea yang bernas untuk membangunkan negara. Sedangkan pimpinan BN hanya pandai bercakap dan meniru idea orang lain.

Tidak hairanlah bila idea-idea bernas seperti mansuhkan tol, pendidikan percuma, turunkan harga kereta dan lain-lain diusulkan kepada pemimpin Barisan Nasional, maka jawapan yang biasa kita dengar adalah "Negara akan bangkrap".MiloSuam

Video : Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Di Besut



Jelajah Merdeka Rakyat Anwardi Besut, Terengganu 17/11/2012

Video & Gambar : Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Kota Bharu



Majlis Syura pastikan hala tuju Pas

KOTA BHARU - Majlis Syura Ulama sentiasa peka memantau perjalanan Pas dalam memastikan hala tuju parti itu tidak lari dari landasan perjuangan yang sebenar.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, pemantauan ini termasuk dalam isu berkaitan 'tahaluf siyasi'.

Menurutnya, setiap perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama akan dibincangkan dengan teliti sehingga semua ahli berpuas hati dan bersetuju dengan keputusan yang dibuat.

Bagaimanapun, beliau turut berasa hairan mengapa ada sesetengah ahli yang mengeluarkan kenyataan media seolah-olah tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat.

"Dalam mesyuarat seperti tak ada pertelingkahan tapi dalam media, ada pula terdengar suara-suara sumbang seolah-olah tidak setuju dengan keputusan Majlis Syura.

"Tetapi orang seperti ini tak pernah memberi pandangan begitu dalam mesyuarat, tapi di luar mesyuarat perkara itu timbul," katanya menjawab soalan perwakilan dari Kalabakan, Sabah, pada muktamar tahunan parti di Pusat Tarbiah Islamiah, di sini, semalam.

Perwakilan berkenaan, Kasman Karate dalam soalannya bertanya, mengapa masih terdapat ahli Majlis Syura sendiri yang seakan-akan tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat yang diputuskan oleh Majlis Syura.

Haron berkata, pandangan individu kadang kala terbawa-bawa keluar mesyuarat dan mungkin ada sedikit perbezaan pendapat yang tidak perlu diperbesarkan.SH

Bekas pengarah JAIS sertai PAS

KOTA BHARU: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS.

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini.

Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.

Beliau yang ditemui Harakahdaily berkata, kemasukannya ke dalam PAS didorong kesedaran kuat bahawa parti itu benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam yang sebenar."Saya dah lama nak menyertai PAS, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya.

"Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih PAS," katanya.

Baginya, PAS satu-satunya parti yang mampu memartabatkan Islam di negara ini selepas banyak kerosakan dilakukan pemerintah sekarang.Oleh kerana itu katanya, PAS menjadi pilihannya.

Menurutnya kemasukannya ke dalam PAS diharap mampu menyumbang sesuatu ke arah membina negara yang lebih baik.Hrkh

Jumaat, 16 November 2012

Abby Abadi Mahu Saman Utusan Malaysia RM5 Juta

Baru-baru ini, hasil daripada nasihat peguam, Fadiah Nadwa, pelakon Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan akan memfailkan saman dan tuntutan sebanyak RM5 Juta ke atas akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di Malaysia kerana memfitnah, iaitu Utusan Malaysia.

Abby turut meluahkan kekecewaannya dan mendedahkan bahawa akhbar milik Umno itu sering melakukan fitnah ke atas dirinya meskipun sebelum beliau menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut peguam, pihak Abby Abadi menuntut RM5 juta dan permohonan maaf dalam masa tujuh hari yang mesti disiarkan dalam Utusan Malaysia kerana memfitnah pelakon itu.Grenboc

Perbahasan Ucapan Dasar Wakil PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim

Kita bermuktamar pada kali ini, dalam suasana Pas Terengganu sedang bersiap sedia untuk kembali semula ke Wisma Darul Iman, insyaAllah. Fenomena kehadiran puluhan ribu  rakyat pada setiap Program Himpunan Kebangkitan Rakyat-PGU yang telah kita adakan secara bersiri bermula dari Kemaman, Besut, Kuala Terengganu, Marang dan yang terakhir di Jabi, Setiu. Kejayaan siri himpunan besar ini adalah gambaran gelombang kebangkitan mood rakyat yang sedang diuruskan dengan sebaiknya.

Tuan Pengerusi Tetap,

Selepas kejatuhan kerajaan Pas Terengganu dalam pilihanraya 2004, ramai yang sinis dengan pandangan menyindir apabila Pas Terengganu membentangkan fakta-fakta berkaitan pertambahan bilangan pengundi yang sangat luar biasa, diistilahkan sebagai pengundi hantu di Terengganu, ini antara sebab utama, BN kembali  berkuasa. Kononnya Terengganu kalah sebab dok pandai memerintah. Sekarang, apabila taktik yang sama sedang  berleluasa dipraktikkan di Selangor, barulah ramai yang sedar dan buka mata, betapa jahatnya umno!

Tuan Pengerusi Tetap,

Terengganu, negeri cantik, budaya menarik dan… rakyat pun dah serik! Negeriku…  tempat tanah rakyat kena rampas, rumah rakyat kena roboh, masjid kena sodok, wakil-wakil rakyat umno pakat baham tanah. Bajet 2012, 1.95 billion, paling tinggi di semenanjung, tapi rakyat ke 2 termiskin. Ketika diwar-warkan Pahang akan diberikan royalti, PM jangan pulak buat-buat lupa bahawa royalti Terengganu belum lagi dikembalikan. Apa pun, tahniah orang Pahang sebab akan dapat rasa duit minyak. Saman untuk mendapatkan balik royalti yang difailkan oleh Kerajaan Pas Terengganu dulu, Umno telah tarik balik dengan penuh kebaculan. Tarik balik saman bermakna serah bodo hak Terengganu kepada Pusat. Mana pergi slogan Terengganu hanelang, kalau kerajaan negeri tak berani nak angkat muka dengan kerajaan pusat demi untuk pertahankan hak dan maruah? Nnelang dengan rakyat sendiri, penakut pahit dengan orang luar!

Video : Harakah Dihentam Di Muktamar




Satu usul untuk menghentam lidah partinya, Harakah diluluskan sebulat suara dalam perbahasan Muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini.

Usul berkenaan, yang dikemukakan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad, mendakwa mutu pemberitaan Harakah merosot dan media itu juga "kurang kredibiliti" sebagai lidah parti.

Gaji Guru Pasti Jadi Isu Di Muktamar

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Pusat dibidas kerana dilihat mengambil pendekatan defensif berhubung gaji atau elaun yang diberikan kepada guru-guru Pasti.

Perwakilan Johor Rosnani Jusoh (gambar) berkata, 99.9 peratus tenaga pendidik Pasti adalah muslimat.

Namun, beliau mempersoalkan apakah kebajikan yang diperjuangkan oleh Pemuda PAS terhadap guru-guru Pasti yang terdiri daripada Muslimat.

"Kita selalu ke Pasti, sebahagian besar kita adalah Pasti, kita mendidik tanpa prejudis.

"Adakah imbuhan minima yang diterima guru-guru Pasti selaras dengan gaji minima yang diperjuangkan Pakatan Rakyat!," tegasnya yang diikuti sokongan para perwakilan.

Difahamkan hampir keseluruhan perwakilan Muslimat yang hadir dalam dewan KTC ini adalah warga pendidik.

Rosnani juga melahirkan keluhan walaupun sudah 25 tahun berada di dalam Pasti namun tidak wujud usaha hatta membuat caruman kepada guru-guru Pasti.

"Adakah perancangan serius ke arah itu? Apakah benefit yang diberi? Bertahun-tahun di Pasti dan apakah dan berapakah caruman yang dirancang mereka dengan serius?" soalnya.

Justeru, beliau meminta Pemuda PAS khususnya bersedia bersaing dengan sihat memandangkan tadika Islam yang kini tumbuh bangaikan cendawan.

"Kini banyak tadika Islam tumbuh, jika kita tidak bersedia kita akan dikeluarkan atau tidak disenaraikan dalam senarai kegemaran masyarakat, kita perlu terbuka dan berlapang dada," katanya.

Sementara itu, dalam sesi penggulungan Exco Lajnah Pendidikan DMPP Dr Halimah Ali turut menggesa agar Dewan Pemuda berbuat sesuatu ekoran keluahan dan rintihan yang diutarakan oleh Muslimat ini.

"Muslimat PAS Pusat akan duduk bersama pemuda dan Ajk PAS Pusat untuk membincangkan luahan rasa Muslimat kita yang rata-rata menjadi guru Pasti," katanya diikuti tepukan para perwakilan.

Pengerusi Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan DMPP Dr Najihatussalehah Ahmad menggesa Dewan Pemuda PAS membuat solusi dengan segara dan meneliti semula permasalagan guru Pasti yang diluahkan pada hari ini.

"Berapa kali guru Pasti yang terdiri daripada Muslimat dijemput sebagai pemerhati dalam Muktamar Pemuda? Di mana perjuangan untuk guru Pasti?," soalnya yang diikuti laungan tidak oleh perwakilan.Hrkh

Khamis, 15 November 2012

Video : Aksi Menjolok Mata Rosmah Mansur




Aksi menjolok mata isteri Najib ini berjoget sakan ala ala Hindustan.Apa kata ulama dan media pancacai Umno ?? Takkan nak diam je kot.

Bagaimana agaknya jika yang berjoget itu Dr Wan Azizah atau Nurul Izzah,tentu gegak gempita media pencacai Umno menguar uarkanya seantero Malaya.

Tapi biasalah,ni kan Umno.Aksi Najib dan kroni kroninya pun apa kurangnya DISINI dan DISINI.NuKiLaN ~ Tinta Hijau DKB

Mesir dan Turki digesa bantu Palestin

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengadakan himpunan aman mengecam tindakan Israel melakukan serangan ke atas Gaza, semalam yang mengorbankan tujuh nyawa.

Kumpulan itu berkumpul di hadapan kompleks membeli-belah Sogo, petang ini, sebagai langkah awal menyatakan bantahan kepada kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Presiden Gamis, Mohd Azan Safar, berkata pihaknya mendesak kerajaan Mesir dan Turki untuk menghantarkan bantuan kepada Palestin, selain menuntut Wisma Putra menyatakan pendirian yang tegas berkaitan isu Palestin itu.

Sehubungan itu, katanya Gamis berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan wakil kedutaan Mesir dan Turki bagi tujuan tersebut.

"Tarikh dan masanya belum kita putuskan lagi, tapi kita akan lakukan dalam tempoh terdekat.  Kita juga merancang untuk mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, yang dikaitkan sebagai rakan baik Israel sebagai tanda bantahan kami," tegas beliau di hadapan kira-kira 30 orang mahasiswa.

Dalam pada itu, Gamis turut menuntut agar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) segera bertindak untuk menghentikan kezaliman terhadap Gaza.

Gamis juga akan mendesak Wisma Putra untuk menyatakan pendirian yang tegas berkaitan serangan terbaru Israel itu, memandangkan setakat piket ini dilakukan belum ada respons daripada Wisma Putra.

Selain Azan, turut berucap pada piket tersebut ialah Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Ahmad Afif Zulkifli; dan Setiausaha Sekretariat Pendakwah Muda Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Mohd Hanif Abdul Jalil.Himpunan aman itu berlangsung kira-kira satu jam dan diakhiri dengan bacaan doa.Hrkh

PAS mungkin tambah bilangan calon wanita pada PRU ke-13

KOTA BHARU, 15 Nov — PAS sedang mengkaji untuk menambah bilangan calon wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini.

Beliau (gambar) berkata langkah itu diambil berikutan peranan Muslimat yang sangat menggalakkan berdasarkan pencapaian di peringkat Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-52 di Kelantan Trade Centre di sini.

Terdahulu, dalam ucapannya Abdul Hadi berkata PAS mengiktiraf peranan wanita sejak 59 tahun lalu malah penglibatan wanita dalam parti itu adalah mendahului negara-negara lain.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof dalam ucaptamanya meminta semua Muslimat parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. — Bernama

Rabu, 14 November 2012

Polis Diarah Pulangkan Balik Baju Bersih 2.0 Yang Dirampas

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada plaintif dalam masa 14 hari.

Demikian dimaklumkan Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah di mana Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak Polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada Plaintif dalam masa 14 hari.

Plaintif di dalam kes ini iaitu Musafri bin Abdullah Azmi memfailkan saman terhadap Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan 3 yang lain kerana mendakwa penahanan beliau dan rampasan pihak Polis terhadap baju-baju beliau yang tertera “Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya BERSIH dan Adil” pada 24/6/2011 adalah salah dan tidak sah, mala fide, melanggar hak dan kebebasan asasi manusia serta melanggar Pelembagaan Persekutuan.

Plaintif diwakili barisan Peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) iaitu Mohd Nazruddin Abdullah, Ahmad Termizi Abdullah, Noorazmir Zakaria dan Azizzul Shariman

Perbicaraan adalah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, iaitu Yang Arif Dato’ Hj Zainal Azman bin Ab Aziz.

Panas !! Satu Kampung Keluar Umno ???


Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong di sini, mengancam untuk keluar Umno berikutan parti itu langsung tidak mempeduli keselamatan mereka.

Mengesahkan perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan lokasi pembuangan sampah.

“Sudah dua kali bertemu dengan MDBP dan pimpinan Umno tapi rayuan ditolak sedangkan lokasinya terletak berhampiran tempat tinggal mereka.

“Kalau ikutkan, tempat pembuangan sampah itu di atas bukit, tapi di lereng dan sekitarnya ada penempatan penduduk,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Zaihan berkata, kain rentang yang dipasang di satu persimpangan jalan sejak seminggu lalu dan tersebar di internet, menunjukkan mereka tidak akan berdiam diri dalam isu berkenaan.Beliau percaya bila-bila masa sahaja penduduk kampung itu, akan keluar Umno.

“Ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno kerana kawasan itu  kubu kuat mereka. Setakat yang saya tahu, lebih kurang 30 peratus penduduk kampung itu sudahpun menyokong Pakatan,” katanya.KD

Selasa, 13 November 2012

Panas !!! Umno Dan Maksiat


Pemimpin Umno Dungun & Pemuda BN menjamu hiburan pada malam hari di Hulu Dungun sempena lawatan Mat Said ke Syukur & Pasir Raja pd 2 Nov lalu.

Dah takde orang agama ke dalam Umno untuk tidak memaksiatkan masyarakat Dun Bkt Besi? ~ FB Saiful Bahri

Muktamar : Pemimpin Pas sedia dikritik


SHAH ALAM - Perwakilan Pas bebas membentangkan sebarang usul, walaupun pada tahap mengkritik pemimpin sendiri, pada Muktamar Agungnya, tanpa sekatan.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, sejak awal, Pas tidak pernah menyekat mana-mana perwakilan dalam membentangkan usul, malah menganggap ia perlu bagi memantapkan parti itu.

Menurutnya, sungguh pun ada garis panduan yang perlu diikuti namun ia tidak menyekat kebebasan bersuara setiap perwakilan.

“Mereka bebas membawa apa sahaja usul, termasuklah yang berbentuk kritikan terhadap pemimpin. Ia sudah lama diamalkan dan sehingga kini, tidak pernah wujud sebarang masalah.

“Berhubung isu panas atau kontroversi, sudah pasti perwakilan bijak membezakan isu yang wajar dibahaskan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, perwakilan parti itu pastinya tidak teruja untuk membawakan isu-isu yang sengaja dikontroversikan oleh mana-mana pihak.

“Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak isu yang dibangkitkan Barisan Nasional, tetapi saya yakin perwakilan Pas tidak mahu menyentuhnya kerana ia hanya politik kotor parti tersebut.

“Kita tidak layan isu-isu remeh dan akan lebih fokus kepada (yang berkaitan dengan) Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti,” katanya.SH

Mesti Lihat !! Gambar Tok Guru Nik Aziz Yang Paling Sempoi


Pertama kali aku lihat gambar mana mana pemimpin politik memotong rambut.Bagi aku ini antara gambar Tok Guru Nik Aziz yang paling sempoi dan menarik pernah aku lihat selain DISINI.

Gambar dirakam oleh kakitangan Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan semasa Tok Guru memotong rambut berhampiran Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan pada 6hb. Nov 2012 lalu.

Ada sesuatu yang tersurat dan tersirat dalam gambar diatas.Fikir fikirkanlah ~ Tinta Hijau DKB

Isnin, 12 November 2012

Najib perdaya artis tarik sokongan kepada Umno

KUALA LUMPUR: Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman (gambar) atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.

Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.

“Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi (perhatian) kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.

“Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan,” tempelaknya.

Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.

Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.

“Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka (artis) waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi (muslihat Najib), maknanya mereka tak normal.

“Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu,” tegasnya ketika dihubungi.

Antara artis yang telah menyertai parti politik ialah penyanyi dan pelakon kontroversi Abby Abadi yang mengumumkan penyertaan ke dalam PAS.

Dr Wan Azizah Mungkin Tak Bertanding Pada PRU 13

 Dr Wan Azizah berkata bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk berubah. — Gambar oleh Saw Siow Feng

PETALING JAYA, 12 Nov — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang mengatakan beliau mahu menghabiskan masa berkempen untuk Pakatan Rakyat (PR) daripada untuk dirinya sendiri.

Bekas ahli parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen. 

Akan tetapi beliau masih lagi layak untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri (Dun) sama ada di Pulau Pinang, tempat beliau mendaftar sebagai pengundi atau Selangor dimana beliau menetap sekarang.

“Saya mahu bebas berkempen di semua tempat,” Dr Wan Azizah memberitahu The Malaysian Insider dalam sebuah temubual eksklusif baru-baru ini.

“Jika saya bertanding, saya akan terhad kepada kawasan saya,” tambah beliau, jika dipilih, beliau mahu komited sebaik mungkin untuk memenuhi harapan pengundi, yang memerlukan beliau untuk terus berhubung dengan penduduk di satu kawasan berbanding dengan asas lebih besar di peringkat kebangsaan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....