Datuk Lajim Ukin
KOTA KINABALU: Pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Lajim Ukin
dilantik sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah bagi
menggantikan Ahmad Thamrin Jaini, kata Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Beliau berkata Majlis Pimpinan Tertinggi PKR telah menyokong pelantikan Laji.Beliau yang juga Adun Klias dipilih untuk menerajui kepimpinan parti
di Sabah selepas PKR memenangi tujuh kerusi pada pilihan raya umum
baru-baru ini.
"Saya akan bercakap dengan pemimpin PKR Sabah mengenai pelantikan
Lajim," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka PKR
Sabah di sini pada Sabtu.
Thamrin, yang turut hadir pada majlis berkenaan, menyatakan kepada
pemberita bahawa beliau menyokong penuh keputusan melantik Lajim sebagai
Pengerusi PKR negeri.Mstar