Rosmah Mansur turut hadir di Perhimpunan Agung Umno 2013
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin
Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana “jasanya” kepada negara.
Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.
“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah
seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik,
isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak)
dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.