Catatan Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik MB Kelantan.
Sehari sebelum Tuan Guru Nik Abdul Aziz ke tanah suci menunai ibadat umrah, saya mengunjunginya di rumah Pulau Melaka. Sempat berjamaah zohor di masjidnya. Turut bersolat ialah Alwi mantan Setiausaha Sulitnya dan rakan Alwi bernama Aziz. Tak perasan saya, bila masa Alwi sampai.
Selepas solat, kami bertiga dijemput naik ke rumah. Tuan Guru menghidangkan makan tengahari dan kami makan semeja.
Selepas makan, kami semua duduk di settee. Masing-masing kami bertukar-tukar membuka cerita. Sambil itu, minum teh O panas.
Sedang kami berempat bercerita, tiba pula Hj Razak Abas. Dia hadir untuk menyampaikan bekalan ubat-ubatan untuk Tuan Guru sepanjang di tanah suci.
Hebatnya Tuan Guru….dalam kami asyik bercerita, Tuan Guru sempat melontarkan pandangan tentang pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 17-25 April nanti.