Konsert Kembalilah 12/3/2012 Batu 5, Dungun.Ali XPDC , Mael XPDC, Mel WINGS, Empy SPRING, Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman.
Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Khamis, 15 Mac 2012
Video : Bersama Ust Azhar Idrus Di Konsert Kembalilah
Konsert Kembalilah 12/3/2012 Batu 5, Dungun.Ali XPDC , Mael XPDC, Mel WINGS, Empy SPRING, Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman.
Bubar Parlimen selepas pertabalan Agong ?
KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi
Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan
Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April nanti.
Beliau berkata ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu.
"Banyak intepretasi undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lepas telah tamat.
"Ada yang berpendapat apabila Agong belum ditabalkan, jadi tak boleh bubar Parlimen. Pada saya ini adalah pandangan peribadi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahan pada 11 November 2011.
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah satu formaliti dalam proses peralihan kuasa ketua negara.
Beliau berpendapat apabila Yang di-Pertuan Agong baru sudah dilantik dan menduduki takhta berkenaan, satu penyerahan kuasa telah berlaku.
"Sekiranya tidak, Agong yang baru dilantik tidak boleh berada di situ dan tidak boleh digelar Yang di-Pertuan Agong.
"Berkenaan sama ada Perdana Menteri boleh menasihatkan Agong untuk membubarkan (Parlimen), itu tidak timbul masalah," katanya.
Pembubaran Parlimen sebelum Yang di-Pertuan Agong ditabalkan tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Shamrahayu. - Bernama

Video : Ceramah Keibubapaan 'Zuriat Kita Tanggungjawab Kita' oleh Tok Guru Nik Aziz
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan tips istimewa kepada para pemuda untuk mendapatkan zuriat yang baik iaitu mencari isteri yang solehah.
“Isteri yang solehah dapat menerbitkan kebahagiaan rumah tangga di samping dapat mendidik anak-anak menjadi soleh,”ujarnya.
Sambungnya, isteri yang soleh lebih penting dari memilih kedudukan atau kekayaannya kerana apa yang ada itu adalah hak isterinya.
Strategi Umno peralat Hasan Ali serang PAS
Oleh AZIZ MUDA
DISEBABKAN terdesak, Umno- BN kini mempergunakan sepenuhnya khidmat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor
yang dipecat, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali untuk menyerang PAS, bagi
mempengaruhi rakyat agar tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam
PRU13 nanti.
Dalam program-program yang dianjur, Hasan
didapati berusaha keras membangkitkan pelbagai isu yang diada-adakan
untuk mencemarkan imej PAS dan menimbulkan ketegangan kaum, dengan
melakukan serangan pemikiran terhadap orang ramai menerusi kepetahannya
berucap dan bercakap.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib
berkata, usaha tersebut didapati dilakukan dengan begitu tersusun dan
padu oleh Hasan dengan pembantu-pembantu tajaan Umno.
“Antara
strategi yang digunakan termasuklah mendakwa Pakatan Rakyat akan
menjadikan negara ini sebagai republik jika menang pilihan raya nanti.“PAS sekarang sudah hilang matlamat perjuangannya, PAS diperalatkan DAP dan PAS kahwin dengan DAP.
“Benar tak benar apa yang dikatakan oleh beliau dan pembantupembantunya
itu bukan lagi menjadi perhitungan kepada Dr Hasan dan para
pengikutnya.“Yang penting baginya, orang ramai tak sokong PAS pada PRU13 ini, tapi sokong Umno,” katanya
Selain mengadakan program, menurut Saari, bekas Pengerusi Jawatankuasa
Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan
Awam Negeri Selangor itu juga didapati turut ke kedai-kedai kopi bagi
menyempurnakan matlamatnya, dengan tumpuan utamanya sekarang di kawasan
Dun Gombak Setia, Hulu Kelang, di kawasan Dun-Dun PAS lain serta kawasan
Melayu.
“Bagi PAS Selangor, apa yang dilakukan oleh Dr Hasan itu tidak boleh dipandang mudah.Jadi, PAS Selangor juga terpaksa turut mengadakan program, ceramah dan
majlis penerangan khas bagi menjelaskan perkara sebenarnya kepada orang
ramai agar tidak terpedaya dengan apa yang dikatakan Hasan itu,” tegas
beliau yang juga Adun Hulu Kelang.
Untuk tujuan itu, tambah Saari
lagi, PAS Gombak telah pun menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau
ceramah, ucapan dan segala isu yang dibawa oleh Hasan pada setiap
program dan pertemuannya dengan orang ramai, bagi memudahkan PAS
memberikan penjelasan kembali kepada akar umbi, kelompok tertentu dan
orang ramai.Detikdaily
Malek Noor Sokong Hudud
KOTA BHARU Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.
Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.
Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam ucapan sembangnya diawal majlis yang mengutuk kekejaman manusia mendera kanak-kanak termasuk ibubapa sendiri yang mencampak anak dari bangunan yang tinggi.
Ketika mengulas penderaan kanak-kanak, beliau tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.
Malek seterusnya berkata, kerana undang-undang yang ada dalam negara begitu longgar menyebabkan pesalah termasuk orang lain tidak pernah berasa insaf dengan hukuman yang dikenakan.
“Setakat hukuman setahun, dua tahun kemudian lepas, tidak akan menginsafkan mereka.
Kenyataan Najib kelirukan rakyat Selangor
SHAH ALAM - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa
usaha transformasi gagal kerana Kerajaan Negeri Selangor merampas tanah
Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) amat tidak bertanggungjawab yang
bertujuan mengelirukan rakyat Selangor khususnya.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, pengambilan tanah YBK adalah jalan terakhir yang terpaksa diambil Kerajaan Negeri selepas banyak peluang diberikan kepada pengurusan YBK kerana tidak membayar cukai tanah dan melanggar syarat-syarat tanah yang ditetapkan.
"Kerajaan Negeri perlu bertindak adil kepada semua pihak hatta melibatkan anak syarikat milikan penuh atau agensi di bawah Kerajaan Negeri. YBK yang diberikan tanah secara percuma sepatutnya melunaskan tunggakan cukai tanah dan menggunakan tanah-tanah yang diberikan itu untuk program kebajikan bukan membangunkan dengan projek pembangunan untuk keuntungan kroni-kroni.
"Kerajaan Negeri telah mendedahkan senarai syarikat yang mendapat manfaat daripada projek pembangunan tanah yang diberikan kepada YBK dan akibatnya, Kerajaan Negeri telah disaman tetapi kemudian ditarik balik oleh YBK. Jika dakwaan ini salah, sudah tentu YBK tiada alasan menarik semula saman ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam .
Menurutnya, Kerajaan Negeri telah membantu banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan mendermakan dana atau bantuan lain dan akan sentiasa menyokong usaha-usaha murni mereka.
"Ini amat berbeza sekali dengan YBK yang mendapat banyak bantuan termasuk pemberian tanah percuma tetapi tiada impak besar kepada golongan sasar sebaliknya golongan kaya yang mendapat faedah," katanya.SH

Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009