Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 14 Oktober 2009

Untuk berlaku adil pada semua,undi pos wajar di hapuskan



KUALA TERENGGANU
– PAS
Terengganu masih mengharapkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dapat menjadi ’pengadil’ yang betul sehingga pilihanraya terlaksana diatas ’padang yang sama rata’.

Beberapa kekacauan yang dilakukan oleh pemuda-pemuda UMNO keatas program PAS dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang baru-baru ini masih menunjukkan bahawa SPR berat sebelah dalam tindakannya.

”Contohnya UMNO kacau markaz-markaz, ceramah hatta program yang kita atur berikan rawatan percuma pun diganggu oleh pemuda-pemuda UMNO,

”laporan dibuat tetapi tidak ada tindakan (oleh SPR),”kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib.

Menurutnya, walaupun keadaan ini telah berterusan sekian lama, PAS akan terus menggunakan saluran diplomasi untuk berunding dengan pihak SPR.


Sehubungan itu, katanya, undi pos turut dikendalikan dengan keadaan tidak telus dimana pihak tentera hanya mendengar penerangan dari sebelah pihak sahaja.

”Saya fikir (tentera) tidak diberi peluang mendengar penerangan dari pihak parti lawan, tapi parti kerajaan mempunyai saluran tertentu untuk menyampaikan maklumat dan kempen mereka,”ujarnya dalam sidang media yang diadakan di pejabat PAS Trengganu semalam.

Bagaimanapun, Ustaz Harun menolak tohmahan yang mengatakan PAS selalu menyalahkan SPR apabila kalah tetapi menyenangi SPR sekiranya menang.

Katanya, PAS tidak menyalahkan SPR sekiranya menjalankan tugas dengan baik dan adil, sebaliknya PAS menegur dimana SPR tidak berlaku adil.

”Contohnya di Teluk Kemang kerana pengundi pos begitu ramai, kita tidak diberi peluang untuk berkempen,”katanya memberi misalan.

Oleh yang demikian, katanya, PAS Terengganu akan memohon untuk masuk ke pusat mengundi untuk berkempen dan meletakkan wakil ejen pengundian (polling agent) di Kem Seberang Takir, kawasan yang paling ramai pengundi pos di negeri ini.

”Ataupun pengundi pos dihapuskan, biar masing-masing kembali mengundi ditempat masing-masing,

”baik jadi pengundi biasa semua,”cadangnya, supaya pilihanraya itu akan dilihat lebih telus dan adil.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....