Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 24 Julai 2009
1 000 Petugas Pas Kawal Demo Anti ISA
Seribu petugas Unit Amal PAS akan dikerahkan 1 Ogos ini bagi mengawal keselamatan peserta demonstrasi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) agar tidak bertembung dengan kumpulan penyokong akta tersebut."Bagi saya, kita sama-sama bertanggungjawab. Kita sudah bincang cara mengawal disiplin (peserta kita). "Kawalan Unit Amal seramai seribu orang telah dikerah untuk mengawal (aspek) keselamatan sahaja," kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh.Beliau diminta mengulas pendekatan keselamatan GMI, sebagai penganjur, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dengan ribuan pendukung ISA yang dikepalai oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).GMI juga akan mengeluarkan panduan kepada peserta Himpunan MANSUH beberapa hari lagi supaya bersedia menghadapi sebarang provokosi yang mungkin timbul pada hari tersebut, tambahnya."Kita juga minta kerjasama polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam bagi memantau perhimpunan ini. "Kita mesti bertanggungjawab terhadap kumpulan masing-masing. Kalau di pihak mereka (Pewaris) juga, merekalah yang kena bertanggungjawab," kata Syed Ibrahim kepada Malaysiakini.Diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali, yang tentang kemungkinan timbul huru-hara, beliau berkata:"Kita tidak boleh kata huru-hara. Persoalan sebenarnya, apa motif mereka (kumpulan pro-ISA) mahu berhimpun pada masa itu juga?"Demonstrasi serentak dua kumpulan berlawanan pendirian itu dibimbang boleh "menimbulkan huru-hara"."Bila GMI dan Pewaris – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara," kata Ibrahim kepada Malaysiakini.Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.
Kenduri Bagi Mengisi Tabung Pilihanraya Pas Besut
.Hari ini sedang berlangsung Majlis Kenduri bagi mengutip derma bagi mengisi Tabung Pilihan Raya Umum yang akan datang serentak di 4 dun. DUN Kuala besut berlangsung di Markaz Tarbiah Beris Baru, DUN Kota Putera di Gong Bayor, DUN Jerteh di Masjid Padang Landak & DUN Hulu Besut di MTD Lubok Kawah.Bagi menjayakan jamuan rakyat sebanyak lapan ekor lembu akan dikorbankan iaitu dua ekor bagi setiap Dun.Pada sebelah malam nanti, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh akan menyampaikan ceramah di Pusat Tarbiyah Darul Ridwan Kampung Baru.Manakala pada keesokan hari pula Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ceramahnya di Belakang Masjid Bandar Jertih bersama ahli Majlis Tertinggi KeADIlan, Dr Badrul Amim Baharom.
SUMBER:Pemuda Besut
Demo serentak Pro-Anti ISA mungkin huru hara
Demonstrasi serentak dua kumpulan berlawanan pendirian, penentang dan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), pada 1 Ogos ini dibimbang boleh "menimbulkan huru-hara", kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
"Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara," kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Beliau diminta menjelaskan kenyataannya semalam seperti dipetik Berita Harian bahawa Perkasa dan NGO lain akan berarak mempertahankan akta itu "walaupun boleh menimbulkan huru-hara."
Jika kumpulan penentang akta itu meneruskan Himpunan MANSUH ke Istana Negara, Ibrahim menegaskan, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.
"Kerajaan sudah umum akan kaji ISA, apa perlu perhimpunan ke Istana Negara.
"Tunggu sehingga kerajaan pinda atau bagaimana (keputusannya), baru boleh kemuka bantahan," katanya melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini hari ini.

SUMBER:Malaysiakini
Pegang lilin tidak haram-Tok Guru Nik Aziz
Jumaat Julai 24, 2009: Nik Aziz akui pegang lilin meragukan tetapi bukan haram
KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.
Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.
"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.
"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed KeIV, di sini, semalam.
Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.
Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anakanak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.
"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.
Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud. BERNAMA
Tindakan pelik Pewaris sokong ISA
.fullpost{display:inline;}
Email Oleh : Topeng Perak® Unmaskedby pemudawilayahTindakan Pertubuhan Pewaris untuk berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini bagi menyatakan sokongan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA suatu tindakan yang pelik. Ini kerana kebiasaannya, pihak yang menghantar memorundum ini merupakan kumpulan yang membantah. Manakala kumpulan yang menyokong sesebuah undang-undang tersebut tidak perlu berarak, kerana undang-undang ISA tersebut telah pun berjalan dan sedang dilaksanakan.Keduanya, tindakan Pewaris untuk berarak di jalan raya bagi menyatakan sokongan kepada ISA dilihat ramai pihak seolah-olah sudah menjadi kegemaran mereka berdemonstrasi. Hal ini berlaku kerana apabila diminta untuk berdebat secara terbuka dengan wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) beberapa bulan yang lalu, mereka tidak hadir dengan pelbagai alasan. Sepatutnya Pewaris bersedia untuk berhujah secara ilmiah dan fakta bagi mempertahankan ISA.Namun setakat yang berlaku, ramai pihak melihat Pewaris lebih kepada mengambil tindakan ‘tidak matang’ menggertak, memberi amaran dan berdemonstrasi dalam menghadapi sesuatu isu. Budaya ini jauh tersasar daripada kesopanan rakyat Malaysia dan ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini. Walaupun seseorang itu penyokong kerajaan, namun dizaman serba canggih dan peredaran maklumat begitu cepat ini, masyarakat mahukan justifikasi yang sarat dengan fakta dan hujah-hujah yang benar untuk menyokong atau membangkang sesuatu.Oleh itu mana-mana pihak yang mengambil tindakan di luar batas-batas keilmuan dan fakta, malah gagal menghadirkan diri di pentas debat terbuka dilihat sebagai golongan ketinggalan zaman dan takut berhadapan dengan realiti. Hal ini berbeza dengan Gerakan Mansuhkan ISA yang tidak meletakkan demonstrasi sebagai satu-satunya jalan menyatakan penentangan. Sudah berbelas tahun penentangan terhadap ISA ini dibuat dengan rundingan, mahkamah, memorundum, dialog dengan Perdana Menteri, penulisan, kempen tanda tangan, wacana ilmiah, debat (walaupun sebelah pihak) namun ianya tidak berhasil. Maka berdemonstrasi sebagai pilihan terakhir.Ketiganya Pewaris mewar-warkan tema mempertahankan hak istimewa orang Melayu pada perhimpunan ini juga mendatangkan tanda tanya. Sejak bila pula ISA ini dikira sebagai hak istimewa orang Melayu. Apakah istimewanya orang Melayu dengan adanya ISA. Walhal majoriti yang ditahan ISA sejak zaman berzaman itu adalah orang-orang Melayu. Ulama-ulama Melayu seperti Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Pak Nik Lah Arshad itu juga pernah ditahan ISA. Adakah dengan menahan orang tanpa dibicarakan ini sebagai hak istimewa orang Melayu.Adakah memenjarakan orang tanpa diberikan hak membela diri di mahkamah, dipisahkan secara paksa dengan anak isteri, disiksa di dalam tahanan ini dikira hak istimewa orang Melayu. Sedangkan hal yang berlaku ini jelas bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Tidak malukah kita dihadapan Allah Taala esok apabila di dunia mempertahankan undang-undang yang bercanggah dengan Syariat Allah swt? Inikah hak istimewa kita? Melawan syariat Allah!
SUMBER: http://idhamlim.blogspot.com/

USRAH MINGGUAN PAS BERIS PAK ABU...
Minggu ini Usrah diteruskan di rumah saudara Zulkifli Jusoh,Setiausaha Pemuda Cawangan kami.
Usrah dimulakan dengan tahlil yang ringkas diketuai oleh Ust. Abd Aziz Abas kemudian sesi pembacaan oleh saudara Zulkifli Jusoh yang kemudian di ulas oleh Naqib kami disusuli dengan sedikit ulasan oleh Ust Pakurrozi M.Nor dan Hj Ismail Hj Hussain.
Usrah diteruskan dengan sesi ehwal semasa yang mana saudara Aris Muhammad mencadangkan
supaya unit usrah menziarahi mereka yang uzur dan sakit sambil memberi mereka sedikit imbuhan dari tabung usrah kami..Kami sebulat suara bersetuju dan memilih untuk melakukan ziarah pada hari Sabtu selepas isyak.Sementara itu saudara Ismail Mat Ali membangkitkan tentang masalah projek batu bata kami yang setakat ini permintaan melebihi pengeluaran.Beliau menyeru kepada ahli usrah agar memberi lebih komitmen pada projek ini.Usrah kami berakhir jam 10.50 mlm.
P/S: Minggu depan Usrah di rumah Saudara Aris Muhammad.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009