PERNYATAAN Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus mempertahankan kerusi Chempaka yang disandangkan kini dalam pilihan raya ke-13 nanti satu keputusan tepat dan betul.
Walaupun saya secara peribadi merasakan sudah sampai Nik Aziz cuci tangan dengan tidak bertanding, tetapi perkembangan kini 'meminta' beliau menangguhkan untuk berundur. Ada sesuatu yang belum selesai dan harus diberesi oleh MB Kelantan itu sebelum beliau meletakkan tongkat jihad dari mikrab siasah.
Memang sudah ada hasrat dinyatakan oleh Nik Aziz sendiri yang beliau sudah letih dan mahu melepaskan tanggungjawab memimpin Pas kepada pemimpin lain. Beberapa pemimpin Pas Kelantan dikira sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan menerajui Pas selepas Nik Aziz melepaskan tanggungjawab itu.Walaupun saya secara peribadi merasakan sudah sampai Nik Aziz cuci tangan dengan tidak bertanding, tetapi perkembangan kini 'meminta' beliau menangguhkan untuk berundur. Ada sesuatu yang belum selesai dan harus diberesi oleh MB Kelantan itu sebelum beliau meletakkan tongkat jihad dari mikrab siasah.
Pas tidak 'kasik' dengan barisan pemimpin dan tokoh untuk mengambil alih menjadi kapten bahtera Pas. Nama-nama seperti Ahmad Yaacob yang kini TMB Kelantan, Mohd Amar Abdullah adalah dua nama yang dipanggang atas dapur politik untuk jadi pengganti Tok Guru.
Walaupun sebelum ini ada satu lagi nama juga turut dipanggang tetapi nampaknya nama itu telah hangus dan rentung di bakar bara cinta-cita yang tersangat panas. Ianya rentung sebelum sampai masanya kerana kesilapan diri dan juga persepsi ke atasnya semakin memburuk.
Namun kerana ada keperluan lain, khasnya dari segi pengaruh dan sakti yang ada kepada Tok Guru itu maka beliau diperlukan lagi. Permintaan itu bukan dari dirinya tetapi dari kalangan para penganalisa dan master mind Pas yang melihat Tok Guru masih boleh membantu memenangi Pas di Kelantan. Nik Aziz dilihat masih menjadi 'reng' kepada Pas Kelantan.
Adapun pendapat atau desakan agar Nik Aziz berundur ia dibuat oleh Umno yang gerun dengan pengaruh Nik Aziz. Desakan itu sebenarnya tidak bijak dari pihak Umno dan dengan desakan itu menjelaskan kepada Umno yang Nik Aziz tetap merupakan aset dan bagi diri Umno sendiri mereka kecut perut dengan Nik Aziz. Sebenarnya desakan Umno itu memberi markah tambahan kepada Nik Aziz.
Ada yang memberi alasan Nik Aziz harus berundur kerana Mahathir Mohamad telah pun berundur begitu juga Abdullah Badawi. Orang yang mengguna alasan begitu untuk melihat Nik Aziz berundur ternyata mereka yang dangkal dan tohor tasik politik. Orang yang tidak dapat membezakan di antara buah rambai dengan buah jejentik.