Selamat Umar bapa kepada salah seorang penumpang MH370 Mohd
Khairul Amri Selamat, 29 Jurutera Penerbangan menceritakan layanan MAS
terhadap semua keluarga penumpang MH370. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
BERA - Belum reda dengan kesedihan berikutan kehilangan anaknya Mohd
Khairul Amri dalam tragedi MH370, Selamat Omar, sekali lagi diuji
apabila rumahnya di Felda Bukit Mendi, di sini dipecah masuk dua lelaki
bersenjatakan parang awal pagi ini.
Bagaimanapun semasa kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Selamat, 60 tidak ada di rumah kerana menginap di sebuah hotel ibu negara bagi menunggu perkembangan misi mencari pesawat itu yang hilang sejak 8 Ogos lepas.
Hanya isterinya Rosila Abu Samah, 50, dan anaknya Kaiyisah Adibah, 8, yang baru pulang dari ibu negara petang Ahad lepas berada di rumah ketika kejadian.
Menurut Rosila, semasa kejadian dia dan anaknya sedang tidur di salah sebuah bilik dan tersedar apabila lampu tiba-tiba terpasang.
"Saya tersedar dan terpandang dua lelaki bertopeng berdiri di sebelah katil meminta saya supaya jangan berbuat bising dan mengikut apa yang diarahkan sambil mengacukan parang ke arah saya.
"Mereka meminta saya menanggalkan barangan kemas saya seperti gelang dan subang selain bertanyakan di mana saya menyimpan wang. Disebabkan khuatir diapa-apakan, saya hanya menyerahkan barangan kemas saya serta menunjukkan di mana saya menyimpan wang dan alhamdulillah saya serta anak tidak diapa-apakan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Menurutnya dua lelaki berkenaan yang turut bersenjatakan pemotong besi dipercayai warga Indonesia berdasarkan pertuturannya.