JASIN 11 Sept
ember: Seorang samseng Umno yang terlibat dalam insiden simbah cat ke bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka Sabtu lalu berjaya dikenal pasti oleh peserta rombongan semasa proses kawad cam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, petang tadi.
Seramai 11 suspek dipanggil menjalani proses tersebut dan pengecaman itu dikesan oleh beberapa kakitangan KEADILAN yang mengikuti konvoi Merdeka Rakyat.
“Saya sahkan seorang individu iaitu pemuda bernama Sharidan yang memakai topi berwarna merah semasa insiden itu.
“Polis kemudian mengambil keterangan berhubung kawad cam, dan memberitahu bahawa saya ada mengambil gambar (Sharidan ketika insiden itu),” katanya.
Demikian kata beberapa kakitangan itu ketika ditemui selepas selesai menjalani kawad cam kira-kira jam 4.00 petang tadi.
Kakitangan itu juga difahamkan, kes yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 247 Kanun Keseksaan (merosakkan harta benda awam) ditukar kepada Seksyen 248 untuk membolehkan tangkapan dibuat.
Kakitangan itu diiringi dua orang peguam iaitu Damian Yeo dan Goh Han Koon.
Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka.
Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.
Kedua-dua mereka telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut pada hari kejadian.
Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.
Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat.KD