KUALA LUMPUR, 20 Jan:
Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan membebaskan
Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.
Rayuan itu difailkan pada jam 4.30 petang ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu minit terakhir pada hari terakhir kes ini boleh dibuat rayuan.
9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Ini kerana, keraguan mahkamah terhadap intergriti sampel DNA yang diambil polis dari Saiful.
Semalam Saiful menghantar surat rasmi kepada pejabat Peguam Negara agar kes beliau itu dibuat rayuan oleh pihak pendakwa.
"Sehingga
ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan
bapa dari Peguam Negara sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau
tidak. Masa juga semakin suntuk.
"Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya. Saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi dan saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini," kata Saiful melalui blognya berkenaan suratnya kepada pejabat Peguam Negara itu.