Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 3 April 2012

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI PILIHAN TERBAIK LEPASAN SPM/STPM

Untuk besarkan klik imej

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI PILIHAN RAMAI PELAJAR LEPASAN SPM DAN STPM

Berita baik untuk semua pelajar lepasan SPM, STPM mahupun pelajar lepasan Diploma. Kolej Teknologi Bestari merupakan sebuah kolej swasta di pantai timur yang menjadi pilihan ramai pelajar lepasan SPM/STPM/Diploma dari seluruh negara. Kini Kolej Teknologi Bestari antara kolej swasta ternama yang menjalankan program kerjasama dan kawalselia dari universiti awam di Malaysia.

Sejak dari awal penubuhan Kolej Teknologi Bestari(KTB) lagi ianya menjadi antara salah satu IPTS yang menjalankan kerjasama erat antara universiti awam di Malaysia. Antara universiti yang menjalankan program kerjasama dan kawalselia dengan KTB adalah Universiti Putra Malaysia(UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Utara Malaysia(UUM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), dan Universiti Teknologi Malaysia(UTM).

KTB menawarkan program pengajian bermula dari peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah. Sebanyak 19 program pengajian yang ditawarkan oleh KTB antaranya ialah BBA,DSK,DPP,DKJ,BMM,BFIN,DWB,DDZ,DDW,DPH,DKU,DPT,DTM,DPB,SSK,SPP,DIT,MLVK dan FIM.

Full Video : Adam Adli Ditumbuk Dalam Insiden Kekecohan Di Kg Kerinchi




KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.

Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree. Difahamkan Ekhsan ditahan di Balai Polis Lembah Pantai dan kemudian dibebaskan.

Insiden pergaduhan itu bermula apabila wujud provokasi dari kumpulan Pekida terbabit ketika ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di tingkat 3, iaitu salah satu flat yang akan dirobohkan.

Kedengaran kumpulan terbabit menjerit ‘turun Adam Adli’ dan apabila Adam dan tiga rakannya lain turun dari flat itu, mereka diserbu dan tercetusnya pergaduhan.

Adam ditumbuk di bahagian mata sebelah kiri dan keadaan mulai kecoh sehingga dileraikan anggota polis.

Keadaan yang mulai tegang dileraikan polis sehingga beberapa minit kemudian, FRU mulai kelihatan untuk mengawal keadaan sekitar.

Proses pembersihan flat Kerinchi ini sepatutnya dijalankan awal pagi ini, namun mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang masih enggan berpindah atas sebab tertentu.

Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai untuk mereka membuat persediaan untuk berpindah.FMT

Gambar : Pejabat NGO JATI Hasan Ali




Sumber dan artikel berkaitan DISINI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....