Sekurang-kurangnya 1,000 Orang Asli dijangka berhimpun di Putrajaya esok untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah. Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak. Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil. Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara. "Dalam konvensyen bersama JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) di Cheras baru-baru ini, mereka gagal jelaskan mengenai isu-isu tanah dalam dasar ini sebab itu kita hendak bantah," katanya Jenita ketika dihubungi petang ini. Jelasnya lagi, dasar berkenaan juga tidak memihak kepada Orang Asli dan tidak mewakili kemahuan golongan itu.
Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Selasa, 16 Mac 2010
Orang Asli berhimpun di Putrajaya esok
Sekurang-kurangnya 1,000 Orang Asli dijangka berhimpun di Putrajaya esok untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah. Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak. Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil. Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara. "Dalam konvensyen bersama JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) di Cheras baru-baru ini, mereka gagal jelaskan mengenai isu-isu tanah dalam dasar ini sebab itu kita hendak bantah," katanya Jenita ketika dihubungi petang ini. Jelasnya lagi, dasar berkenaan juga tidak memihak kepada Orang Asli dan tidak mewakili kemahuan golongan itu.
Gagasan 1 Malaysia Najib Diuji Di Sidang Parlimen
Perbahasan sidang Parlimen bermula jam 10 pagi hari ini bermula dengan pertikaian terhadap gagasan 1 Malaysia yang dicanangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selain beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) juga bertanyakan Najib mengenai keberkesanan gagasan itu.
Suasana hangat apabila Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mempersoal sama ada gagasan 1 Malaysia itu selari dengan pelaksanaan kerajaan.
Pengerusi DAP Kebangsaan itu merujuk kepada kenyataan bekas pegawai khas Perdana Menteri, Nasir Safar yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah 1 Malaysia di Melaka, baru-baru ini.
Nasir Safar dalam ceramahnya ketika itu membuat kenyataan bahawa rakyat India yang datang ke Malaysia adalah pengemis manakala wanita Cina menjadi pelacur.
Najib apabila diasak persoalan itu, sebaliknya cuma menjawab pegawai yang membuat kenyataan bertentangan dengan prinsip 1 Malaysia telah dikenakan tindakan tetapi tidak menjelaskan bentuk tindakan tersebut.Greenboc
Tidak dibenar bahas usul, MP Pakatan keluar dewan
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat (PR) bertindak keluar dewan hari ini selepas tidak dibenarkan membahaskan usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membentangkan usul mengarahkan ketua polis negara supaya memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa tanpa sebarang halangan kepada ahli parlimen.
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar kemudian bangun dan meminta usul tersebut dibahaskan kerana mendakwa berlaku kekeliruan berhubung status jawatan ketua polis negara yang didakwa akan berlaku perubahan dalam masa terdekat.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee bagaimanapun kemudiannya meluluskan usul tersebut selepas mendapat sokongan majoriti sewaktu pengundian lisan, tanpa membukanya untuk dibahaskan.
MP Pakatan mengadakan satu sidang media di luar dewan berhubung perkara itu.
MP Bachok, Nasaruddin Mat Isa menegaskan tindakan tidak membahaskan usul tersebut mengesahkan ketidakwibawaan ketua polis negara meneruskan tugas yang dijangka tamat kontrak perkhidmatannya tahun ini.
Manakala Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang melahirkan rasa kecewa kerana tidak diberi masa untuk usul tersebut dibahaskan.
Turut serta dalam sidang media itu, MP Kuala Krai Dr. Hatta Ramli, Datuk Johari Abdul (Sungai Petani) dan ahli parlimen pakatan yang lain.Erapakatan
Aduan ‘Tulang Besi’,Ulasan Datuk Mustaffa Ali
Ketua Polis Berucap Atas Pentas Pas
DUNGUN – Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Mohd Dahlan Mohd Nor mengucapkan terima kasih kepada penganjur Panduria 2010 kerana telah menjemputnya untuk memberikan taklimat dalam majlis perasmian program tersebut yang diadakan baru-baru ini.
(Gambar kiri - Ustaz wan Hassan menyampaikan cenderahati kepada Supt. Mohd Dahlan Mohd Nor)
Dalam ucapannya, beliau telah menyentuh soal kejadian jenayah yan telah menurun sebanyak hampir 10% pada tahun lalu.
“Untuk tahun lepas, kejadian ataupun statistik jenayah untuk daerah Dungun pada tahun 2009 menurun sebanyak 9.8%.
”Bermakna masyarkat di Dungun ini peka sehingga penjenayah dah kurang hampir 10 %, manakala untuk Januari tahun ini, kadar jenayah berjaya dikurangkan sebanyak 19.8 %,”ujarnya ketika berucap di Majlsi Perasmian Panduria 2010 anjuran Pemuda DUN Sura baru-baru ini.
Menurutnya, bagi kejadian jenayah yang berlaku pada bulan Februari pula, tidak meningkat, sama dengan kejadian yang berlaku pada Fbruari tahun lalu.
Oleh itu, beliau berharap, kejadian jenayah akan terus menurun dengan berkat doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan dan bantuan para pemuda PAS.
“Dan kita harap pada bulan Mac ini, dengan berkat doa YB Ustaz, maka kita harap jenayah ini terus turun dengan bantuan pemuda-pemuda Pas. Boleh?!,”laungnya, lalu dijawab boleh oleh para peserta Panduria 2010.
Justeru, Supt. Mohd Dahlan mengucapkan terima kasih dan katanya, dengan pegakuan tersebut dapat memberi galakan kepada anggotanya untuk terus membasmi atau mengurangkan kadar jenayah di daerah Dungun.
Sehubungan itu, beliau mendedahkan, jumlah saman yang dikeluarkan pada tahun lalu bernilai hampir RM1 juta.
Manakala pada dua bulan yang lalu, katanya, sebanyak 1355 saman dengan kutipan saman sebanyak RM211,000.00
”Statistik saman untuk tahun 2009 sebanyak 9917 saman telah dikeluarkan dan jumlah kompaunnya hampir RM1 juta iaitu RM953,000.00. (Gambar kanan - walaupun gementar nampak ceria)
”pada bulan Januari-Februari tahun ini, kita telah mengeluarkan sebanyak 1355 saman dengan kutipan saman sebanyak RM 211 000.00,”jelasnya.
Walaupun dapat memberikan ucapan dengan baik, Supt. Mohd Dahlan mengakui, beliau merasa sedikit kelainan kerana kali pertama berdiri dan memberikan ucapan diatas pentas PAS.
”Saya rasa sedikit kelainan, di atas pentas yang lain, gementar juga, kali pertama ya di atas pentas ini, tapi alhamdulillah, saya kenal YB ini agak lama, sudah hampir 5 tahun, dan saya anggap YB sebagai rakan kepada saya,”katanya yang disahut dengan laungan takbir.BO