Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 9 Januari 2013

Video : Mat Sabu Sahkan Himpunan HKR Dibenar Guna Stadium Merdeka




KUALA LUMPUR, 9 Jan — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengesahkan hari ini mereka menerima kebenaran dari pihak pengurusan Stadium Merdeka untuk menggunakan stadium tersebut bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu,Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan ahli strategi DAP Liew Chin Tong berkata demikian dalam sidang media bersama dan mereka akan menghantar delegasi untuk bertemu dengan pengurusan Stadium Merdeka pagi esok.

“Tak ada syarat-syarat (yang dikenakan oleh Stadium Merdeka),” kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu kepada media di ibu pejabat PAS hari ini.“Bayaran deposit RM75,000. Itu kita akan tunaikan,” katanya lagi.TMI

Laman Facebook Hina Allah dan Rasulullah Dikesan

 Laman Parti Geletek Allah (PGA)

SHAH ALAM - Satu akaun laman sosial Facebook menggunakan nama ‘Parti Geletek Allah (PGA) yang diwujudkan sejak 21 Disember 2012 telah mencetuskan kemarahan dan kebimbangan umat Islam.

Laman terbabit yang menyentuh sensitiviti agama didakwa menghina ALLAH, Rasulullah dan Islam.

Dengan menggunakan nama tersebut di Facebook, PGA mengiktiraf mereka sebagai parti politik dengan menawarkan keahlian percuma kepada orang ramai.

Laman Facebook PGA itu juga mempelawa mempelawa orang ramai yang sudah muak dan penat melayan melayan kerenah parti-parti di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan PKR, menyertai mereka.

Kesemua orang ramai mengutuk tindakan pemilik akaun tersebut kerana tidak menghormati sensitiviti agama di negara ini.

"Bolehkah jangan menghina agama Islam, ko ada kuasakah mahu hina agama orang? Kalau ada post gambar dan video kau ada kuasa syaitan," kata salah seorang warga Facebook, Mohd Firdaus Abdul Lamir dalam akaun PGA.

Nur Amira Syahirah pula berkata, tiada guna bercakap dengan manusia seperti pemilik akaun Facebook itu.SH

P/S : Mohon pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan keatas admin Facebook ini !!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....