Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 11 Oktober 2011

Ganggu Ceramah Mat Sabu : Mat Rempit ' Terkantoi ' Mengaku Diupah RM 10

"Saya diupah RM10, dan isi minyak motorsikal penuh oleh Ayub" jawab mat rempit ini.

Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat. Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.

Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che'guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula.

Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah. Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama. Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM. Ketika semakin ramai orang membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola.

Kerana persediaan dan kawalan yang lebih rapi, maka kali ini tidak ada seorang pun mat rempit daripada kumpulan pertama ini terlepas. Dengan keadaan mabuk dan mulut berbau arak akhirnya mereka mengaku menerima upah dan arahan daripada Ayub (dipercayai ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat) sebanyak RM10 dan minyak motor yang diisi penuh. Menurut anggota Unit Amal yang bertugas di Labis tempoh hari, mereka mengecam kumpulan mat rempit ini adalah kumpulan yang sama bertanggungjawab membaling objek ke muka seorang anggota Unit Amal ketika program ceramah Sdr Tn Hj Md Sabu.

Bagaimanapun apa yang mengecewakan, polis meleraikan kepungan dan memberikan arahan untuk melepaskan kumpulan mat rempit ini sebaik saja nama 'Ayub' disebut. Atas dasar menghormati arahan daripada pihak berkuasa, kumpulan mat rempit ini akhirnya dilepaskan dengan selamat tanpa cedera walau sedikit pun!.

RM1 juta untuk Najib ke Kazakhstan


KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kerajaan membelanjakan RM1,072,213.22 untuk lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan Jun lalu.

Dalam satu jawapan bertulis hari ni, kerajaan memaklumkan lawatan 5 dan 6 Jun itu di atas jemputan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazabayev.

Najib kemudiannya juga mengetuai deligasi negara ke Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-7 di Astana pada 7 hingga 9 Jun.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah perbelanjaan yang digunakan bagi lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Kazakhstan adalah sebanyak RM1,072,213.22," jawapan itu dipetik.

Penjelasan itu diberikan kerajaan bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan Menteri Luar Negeri, apakah matlamat utama rombongan Perdana Menteri ke Kazakhstan pada Jun dan Perth pada Hari Merdeka serta kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk rombongan itu.

Dalam jawapan itu juga turut menjelaskan Perdana Menteri juga turut ke Turkmenistan pada 11 hingga 12 Julai 2011 juga atas jemputan presiden negara itu.

Untuk lawatan itu pula, kerajaan memaklumkan telah membelanjakan RM323,268.19.Hrkh

Panas !!! Bob Lokman Ceritakan Pengalamannya Ditahan JAIS

Bob memulakan ceritanya :

Menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya). seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob."Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut.

Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3"

Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya."Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.

Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!

U-Turn Dari Zainal Keling,Dakwa Penjajahan Berlaku Di Tanah Melayu

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Ahli Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Zainal Kling menegaskan, penjajahan tetap telah berlaku di Tanah Melayu walaupun kehadiran kuasa penjajahan adalah melalui perjanjian-perjanjian dengan Raja-raja Melayu sejak Perjanjian Pangkor pada 1874, yang terpaksa menerima nasihat British dalam pelbagai bidang pentadbiran.
Sebelum ini beliau dan beberapa profesor didakwa mengeluarkan pandangan bahawa negara ini sebenarnya tidak dijajah, sebaliknya menjadi wilayah naungan British.
Dalam kenyataan terkini, Zainal berkata, perjuangan kemerdekaan bukan sekadar mengembalikan kedaulatan negeri-negeri Melayu dan mengiktiraf tuntutan rakyat seluruhnya dari dominasi kolonialisme British bahkan menentang ancaman keganasan, penindasan dan kekejaman daripada gerakan penderhakaan Parti Komunis Malaya (PKM) dengan penentangan militan dan bersenjata mereka di Tanah Melayu.
Pendirian itu dikeluarkan susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat Rabu lalu bahawa Malaysia pernah dijajah — respons yang bercanggah dengan penegasan beberapa profesor bulan lalu bahawa negara hanya menjadi naungan British.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyatakan pendirian tersebut sekali gus menafikan pandangan MPN bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.
“Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya. Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah,” kata beliau.
Tambah beliau, “kalau kita kaji sejarah, kita tahu bahawa kita sambut kemerdekaan setiap tahun, takkanlah sia-sia... tapi kerana kita tahu kita dijajah. (Selama) 54 tahun kita menyambut perayaan ini mestilah ada signifikannya.”
Pun begitu, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tetap mempertahankan pendirian bahawa Malaysia tidak pernah dijajah sambil menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu seperti “orang kebanyakan yang tidak faham undang-undang.”
Kata Khoo, hanya negeri-negeri Selat yang pernah menjadi tanah jajahan British sementara negeri-negeri Melayu yang lain telah berada di bawah naungan British.
Sebelum ini, Zainal menegaskan, Tanah Melayu tidak pernah terjajah walaupun kesan pentadbiran British merupakan satu bentuk “penjajahan”.
Malah kata beliau, adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun melibatkan kuasa Eropah dan Jepun.
Dalam penjelasan terperinci menerusi satu e-emel, Zainal memberitahu The Malaysian Insider bahawa, status negeri-negeri Melayu sebagai negeri-negeri naungan terutama Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu dan tidak sama kedudukannya dengan tanah jajahan seperti Singapura, India, Burma, Rhodesia atau Kwazulu di Afrika, apalagi jika dibanding dengan Kanada dan Australia.
“Namun, persaingan hebat bangsa-bangsa Eropah merebut tanah jajahan di seluruh dunia mendorong berlakunya kolonialisme di Tanah Melayu,” kata beliau dalam respons kepada The Malaysian Insider.
Ahli akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini menambah, penjajahan membawa kesan-kesan yang berlainan di antara negeri-negeri Melayu, namun terdapat pemeliharaan sistem kerajaan Melayu, adat Melayu dan agama Islam melalui Durbar atau Mesyuarat Raja-raja meskipun Raja-raja Melayu hanya merupakan pemerintah pada nama dan tidak dinasihati mahupun dirundingi dalam hal-hal pentadbiran dan hubungan luar.
Menurut pegawai British R.O. Winstedt, jelas Zainal, kedaulatan raja Melayu masih berterusan dengan kuasa pengampunan di tangan mereka.
“Dalam keadaan inilah, maka British terpaksa memaksakan penghapusan kedaulatan raja itu walaupun sekadar ‘legal fiction’ tatkala menubuhkan Malayan Union,” kata beliau lagi.
Zainal seterusnya menjelaskan bahawa penjajahan yang semakin menular dan mendalam di tangan pentadbiran British selepas penubuhan Negeri-negeri Bersekutu pada 1896 maka raja-raja Melayu yang tidak setuju berbuat demikian dan kekal sebagai Negeri-negeri Tidak Bersekutu.
“Namun, Raja-raja Melayu sedar akan kehilangan kuasa itu dan menuntut dikembalikan kuasa kerajaan Melayu pada dekad 1920-an melalui proses terkenal sebagai pemencaran yang cuba memujuk Negeri-negeri Tidak Bersekutu masuk ke dalam Persekutuan Negeri-negeri Melayu.
“Proses itu gagal dengan penentangan pegawai British dan para pedagang British dan China,” katanya.
Jelas Zainal, selepas Perang Dunia II, British berusaha menjadikan seluruh Tanah Melayu sebagai “koloni” melalui rancangan Malayan Union 1946 atas alasan kecekapan pengurusan, kuasa pemerintahan langsung Malayan Union ialah oleh seorang gabenor.
Rancangan itu ditentang hebat sepenuhnya oleh seluruh orang Melayu kerana menghapuskan kedaulatan Melayu dan menyamaratakan status kerakyatan semua penduduk Tanah Melayu.
Rancangan itu telah gagal dan kemudian Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948 yang menyatukan semua negeri kecuali Singapura.
“Sejak awal kurun ke-20 orang Melayu telah amat sedar akan kesan buruk penjajahan terutama dengan imigrasi melimpah pendatang asing yang menjadi kaya-raya di Tanah Melayu.
“Dengan demikian muncul nasionalisme Melayu yang kemudian para pejuangnya berusaha menuntut kemerdekaan melalui Indonesia Raya sebelum Perang Dunia II,” tambah beliau.

Terbaru..Hina Al-Quran Lagi!!!!


Sebuah foto berjudul "Koranic Inlay" yang memperlihatkan ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran yang dipancarkan menggunakan projektor pada tubuh seorang artis yang bogel. Lelaki yang berbangsa Perancis/Morocco ini telah menyebabkan kemarahan umat Islam menjelang pameran seni di Marrakesh.

Karya seni yang menampilkan Mehdi-Georges Lahlou (27 tahun) sebagai artisnya dijadualkan akan dipamerkan di pameran seni rupa moden pada 30 September - 3 Oktober.
"Koranic Inlay" adalah potret bogel di mana ayat-ayat Quran dpancarkan pada tubuh Lahlou, termasuk di alat kelaminnya. Akhbar tempatan dan juga blogger di Morocco telah menyuarakan kemarahan mereka diatas kehadiran artis tersebut dan juga perbuatannya yang menghina umat Islam dan ayat-ayat suci Al-Quran.

** BANYAK LAGI CARA UNTUK MENUNJUKKAN KEINDAHAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN...

Panas !!! Bob Lokman Ditahan JAIS ???

Dipetik dari Facebook Ustaz Riduan Mohd Nor...

Bob LoKman mlm ini diseret ke Balai Polis di Hulu Langat oleh JAIS,,berlaku perang mulut yg dasyat ....ditahan krn menyampaikan tazkirah di surau..aduh bro..bukan ajak org buat maksiat,ajak anak muda balik beragama...nampaknya ini akan jd isu panas..zakat kita hancur sehingga fakir miskin cari gereja,surau kita lengang krn tiada majlis ilmu....sakitnya tanahairku..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....