Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar
dipertanggungjawabkan ke atas kematian A. Kugan ketika berada dalam
tahanan polis, kerana didera secara fizikal semasa soalsiasat polis
empat tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V. T. Singham mengatakan, Khalid yang pada ketika itu merupakan ketua polis Selangor, cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.
Keputusan hakim ini dijangkakan akan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.
Singham, dalam membenarkan saman kecuaian itu berkata, beliau juga percaya kecederaan yang berlaku ke atas Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang pegawai.
"Mahkamah juga mendapati beberapa percanggahan ketara antara Khalid dan lain-lain saksi berkenaan dengan penyiasatan ke kematian si mati," katanya.
"Tiada seorang pun dalam mana-mana kedudukan atau pangkat apabila memberi keterangan di mahkamah mengambil mudah mahkamah ini dan cuba menutup kebenaran untuk melarikan diri."
Singham juga memuji peguam hak asasi manusia, N. Surendran yang membawa kes ini dan membantu untuk bedah siasat kedua dilakukan."Jika tidak kerana dia, perkara itu telah disapu di bawah karpet."
Beliau juga berkata terdapat keperluan segera untuk mempertimbangkan cadangan suruhanjaya diraja itu dalam menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana peningkatan kematian dalam tahanan.
Singham juga memberikan pampasan sebanyak RM851,700 kepada N. Indra di atas serangan terhadap Kugan, penahanan salah, kecuaian dan pampasan kecederaan dan penderitaan.