Kagum dengan sikap yang dipamirkan
Sultan Brunei, bila beliau sendiri mengawal lalu lintas apabila salah
seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang
sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring
bermotosikal yang lain selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju
seorang wanita.
Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke
hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah
bertentengan, menurut laporan Brunei Times.
Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong
semalam. Kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan
mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan
rawatan kecemasan.
Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat
kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka
ketika memandu melalui jalan berkenaan.
Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan,
manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma
dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu
seorang wanita.Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan ~ Sumber