Kota Bharu:Dalam ucapannya sempena Himpunan Rakyat Kelantan Menyokong Tok Guru,Husam menyatakan Najib yang perlu meletakkan jawatan bukan Tok Guru.Ini kerana Najibla yang merompak Royalti rakyat Kelantan.Tindakan Najib ini ibarat merompak hak rakyat Kelantan.Thailand yang mendapat 800 juta hasil dari minyak memberi 400 juta royalti kepada Wilayah Songkhla yang hasil minyak di keluarkan dari Wilayah itu.Dalam isu doa Tok Guru pula Husam menyebut bahawa doa tersebut hanya memohon Allah membuka pintu hati Najib supaya menyerahkan wang Royalti kepada rakyat Kelantan bukannya wang ehsan.Husam turut menyatakan sokongan tak berbelah bagi dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.
Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 4 Disember 2009
Video:Ucapan Dato' Husam Pada Himpunan Rakyat Kelantan Menyokong Tok Guru
Kota Bharu:Dalam ucapannya sempena Himpunan Rakyat Kelantan Menyokong Tok Guru,Husam menyatakan Najib yang perlu meletakkan jawatan bukan Tok Guru.Ini kerana Najibla yang merompak Royalti rakyat Kelantan.Tindakan Najib ini ibarat merompak hak rakyat Kelantan.Thailand yang mendapat 800 juta hasil dari minyak memberi 400 juta royalti kepada Wilayah Songkhla yang hasil minyak di keluarkan dari Wilayah itu.Dalam isu doa Tok Guru pula Husam menyebut bahawa doa tersebut hanya memohon Allah membuka pintu hati Najib supaya menyerahkan wang Royalti kepada rakyat Kelantan bukannya wang ehsan.Husam turut menyatakan sokongan tak berbelah bagi dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.
Video:Himpunan Rakyat Kelantan Menyokong Tok Guru Nik Aziz
Perarakan semua kaum utama kelantan dalam himpunan menyokong kepimpinan Tok Guru Nik Aziz yang diadakan di Medan Ilmu Kota Bharu pada 04/12/2009
Tarian Singa oleh kaum Cina Kelantan sebagai tanda sokongan kepada Tok Guru Nik Aziz pada Himpunan Rakyat Kelantan Menyokong Tok Guru pada 4/12/2009 bertempat di Medan Ilmu Kota
Doa Tok Guru Nik Aziz ketika Himpunan Rakyat Kelantan menyokong kepimpinan beliau pada 4/12/2009 bertempat di Medan Ilmu Kota Bharu.
Gambar Sekitar Himpunan Menyokong Tok Guru Nik Aziz-Dari Lensa TINTA HIJAU DKB
Jam 7.30 pagi lagi Ambo bertolak dari Besut ke Kota Bharu,yeahh jom ramai ramai kita bagi sokongan kat Tok Guru kita.Bila lagi,nilah masanya yang mana beliau di asak tanpa belas kasihan oleh Umno.Sampai kat sana uii ramainya orang,jumlahnya?tak terkira beb lu tengok je gambar kat atas tu.Tak terbanding dengan himpunan yang Umno anjurkan.Nampaknya rakyat Kelantan yang menyokong Tok Guru lebih ramai.Terbukti sekarang.Ambo rasa hanya setakat ini sahaja,gambar di atas menceritakan segala galanya.ANDA DI BOLEHKAN MENYALIN GAMBAR DALAM ARTIKEL INI TAPI HENDAKLAH DI SERTAKAN SUMBERNYA,HARAP MAKLUM.
P/S:Video Akan Menyusul.
Perhimpunan rakyat di KB, solat hajat di Mekah
KOTA BARU, Dis 4 — Menjelang perhimpunan rakyat di sini hari ini Kelab Penyokong PAS (BBC) Kelantan akan mengadakan solat hajat di hadapan Baitullah di Mekah al-Mukarramah.
Timbalan Presiden BBC Zainuddin Awang Hamat memaklumkan perkara ini ketika menghubungi The Malaysian Insider.
Perhimpunan Rakyat anjuran barisan kepimpinan PAS negeri dengan sokongan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri itu akan diadakan di Dataran Ilmu dekat sini bagi mempertahan kedudukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, Mursyidul Am dan Pesuruhjaya PAS negeri walaupun ditekan dengan pelbagai isu sehingga ada sesetengah pihak mendesaknya meletakkan jawatan.
“Dan ini adalah sebahagian daripada bukti di mana PAS Kelantan khususnya tetap setia dan menyokong kepimpinan tok guru,” kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim.
Solat hajat di Mekah pula diadakan bagi menyambut seruan Nik Aziz agar para jemaah berdoa minta lembutkan hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membayar royalti minyak kepada kerajaan kelantan.
Nik Aziz membuat seruan itu melalui khutbah Aidiladhanya Jumaat lalu.
Beliau juga berkata akan mendoakan kecelakaan Najib dan Umno sekiranya royalti minyak itu tidak dibayar.
Langsung seruan itu menjadi kontroversi, sekali gus dipergunakan pemimpin Umno untuk menekan Mursyidul Am PAS itu sehingga sanggup mengadakan tunjuk perasaan sebagai tanda protes mereka.
Selasa lepas Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan dipimpin Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa mengadakan tunjuk perasaan di pintu masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di Kota Darul Naim.
Solat hajat tersebut akan diadakan di sepertiga malam ini disertai jemaah yang terdiri daripada puluhan ahli serta penyokong termasuk pimpinan PAS yang berada di tanah suci sekarang ini.
Zainuddin menyifatkan kumpulan terbabit sebagai tidak bermoral dan tidak berilmu kerana mudah diperalatkan Umno menjadi kuda tunggangan mereka.
“Persoalannya di mana pemimpin-pemimpin atasan Umno yang hanya mampu mengguna atau menggadai anak-anak ayamnya yang masih berhingus membuat demonstrasi.
“Kalau betul-betul berani, punya kemantapan dalam ilmu politik, sepatutnya mereka sendiri (pemimpin atasan Umno) tampil kehadapan dengan cara profesional” jelasnya. Zainuddin menambah, tidak salah dari sisi hokum mengenai doa yang disarankan Nik Aziz berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud antara doa yang dimakbulkan ialah doa orang yang dizalimi.
“Maknanya tidak ada larangan bagi orang yang dizalimi itu berdoa di atas kezalimannya. Jadi apakah bukan kezaliman namanya apa yang dilakukan Umno? menafikan hak Kelantan, hak rakyat Kelantan, terutama dalam perkara royalty minyak ini,” soalnya. TMI
Media Arus Perdana Tak Mampu Tumbangkan Nik Aziz
Oleh Mohd Sayuti Omar
MAKIN hari semakin menirus, itulah gambaran yang boleh diberikan kepada usaha pihak tertentu khasnya media arus perdana dan blog liar untuk mengugat dan mengugurkan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari kerusi MB. Pendedahan yang dibuat oleh media dan blog, bunyi hebat tetapi kesan tidak seberapa. Macam meriam buluh tersumbat saja.
Makin lama pendedahan dibuat dengan maklumat-maklumat kononya baru, jadi semakin lemah dan tidak berkualiti. Adakalanya melebih-lebih dan menyebabkan pembaca mula naik muak.
Bahkan tunjuk perasaan itu menguatkan lagi kedudukkan Nik Aziz. Nik Aziz kini mendapat simpati yang melimpah ruah.
Betapa tidak, baik Dewan Pemuda, Dewan Ulama tidak berdiam diri mengenai kedudukan Nik Aziz, bila ada tunjuk perasaan itu mereka bangkit membela tok guru mereka dan masing-masing menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada MB itu.
Sebuah akhbar arus perdana juga hari ini sudah ketiadaan modal, terpaksa memusing rekod lama mendedahkan mengenai rumah, bangunan dua tingkat, stesen minyak dan kedudukan sekolah Darul Anuar di Pulau Melaka. Itu semua cerita lama yang sudah tidak lut!
Di sini saya tidak mahu menafikan kebenaran itu semua, tetapi bagi rakyat Kelantan isu-isu peribadi dan melibatkan keluaraga Nik Aziz tidak berapa membekas. Ia diterima sewajanrya oleh rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan saya yakin tidak akan marah sampai memberontak mengetahui apa yang didedahkan itu. Kewarakan dan keperibadian Nik Aziz mengkaliskan semua itu.
Salahkah kalau Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki dua buah rumah kedai dua tingkat? Hak mendapat dan mencari harta adalah hak semua orang. Harta itu dibeli dengan wang ringgitnya sendiri. Selama 19 tahun suaminya menjadi MB, dan selama 21 tahun suaminya menjadi wakil rakyat, apakah tidak mungkin Tuan Sabariah memiliki rumah kedai sebagai pelaboran? Dia juga tahun suaminya orang politik. Nasib orang politik, akan boleh jadi apa saja. Jadi apa yang beliau lakukan adalah langkah beringat.
Tuan Sabariah juga ada anak, 10 orang. Salahkan kalau beliau kumpul wang pemberian anak dan menantunya, dan suaminya dan ditugukan atas rumah kedai itu? Zalimlah dunia kalau hanya kerana isteri seorang tok guru dan MB maka Tuan Sabariah tidak boleh memiliki harta sedikit itu.
Demikian juga halnya stesen minyak milik salah seorang anak Nik Aziz itu. Sekali lagi bukan saya nak nafikan akan harta perniagaan itu. Tetapi salahkah kalau anak Nik Aziz memiliki stesen minyak? Bukankah perniagaan dihalalkan? Saya tidak mahu menjustifikasi perkara ini dengan mengatakan anak politician lain lebih hebat. Tetapi perlu disedari, sebagai anak kepada MB, anak-anak Nik Aziz tidak mendapat elaun dari kerajaan negeri. Untuk hidup, kahwin dan berumah tangga mereka memerlukan pekerjaan dan perniagaan sendiri. Satu masa anaknya bernama Nik Abduh pernah menjual ubat-ubatan herba untuk hidup.
Adapun kedudukan sekolah Darul Annuar yang kini menjadi milik Yayasan al-Omari, milik Nik Omar Nik Abdul Aziz, sekiranya proses mendapatkannya tidak telus kenapa tidak dilaporkan saja kepada SPRM. Laporlah kepada SPRM. Saya yakin Nik Aziz tidak ada kuasa menghalang SPRM untuk menyiasatnya. Apakah ianya sudah dilapor dan siasatan sudah dibuat?
Begitu juga rumah Nik Aziz yang dikatakan buruk di depan dan cantik dibelakang. Saya tidak mahu bercerita panjang, semua orang boleh pergi dan tenguk dengan mata kepala sendiri. Saya pernah mendengar banyak orang bercerita demikian tanpa dia pergi melihat sendiri keadaanya. Pergilah sendiri dan periksa sendiri. Bawa QS dan arkitek dan kontraktor, kira dan nilai sendiri berapakah nilai sebenarnya rumah Nik Aziz itu kemudian dedahkan seluas-luasnya.
Usaha untuk memburukkan Nik Aziz dengan pemilikan harta dan kekayaan tidak berbaloi dan menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan. Sebab rakyat Kelantan sudah makrifah dengan kehidupan Nik Aziz yang zuhud dan sedarhana. Bukti yang didedahkan hanya andaian semata-mata dan bukan yang hakiki. Kalau setakat ambil gambar dan figurenya direka, mengatakan harta Nik Aziz 10 juta tidak berbaloi. Ia satu kesilapan dan kenaifan si tukang penilai itu sendiri. Sepatunya harta Nik Aziz perlu dinilai sampai mencecah RM 100 juta barulah boleh membeliakkan biji mata. RM10 juta, apa, sedikit sangat dalam nisbah hari ini.
Betul memiliki harta secara haram itu walaupun 10 sen salah, tetapi apakah yang berlaku itu benar-benar salah, atau tuduhan semata-mata? Tuduhan dan persepsi tidak boleh diterima pakai sebagai sesuatu yang mutlak.
Pada saya, apa yang Nik Aziz miliki dan Exco-exco lain miliki, baik Takiyuddin Hassan, Annuar Tan Abdullah, Mohd Amar Abdullah, dan yang lain-lain atau wakil rakyat seperti Wan Ismail Wan Jusoh, Zaki Ibrahim, Abdul Halim Abdul Rahman, Wan Abdul Rahim Abdullah, Abdul Fatah Haron dan lain-lain adalah wajar. Kenapa harus didengki apa yang mereka perolehi. Kalau pun mereka perolehi kerana Pas menjadi kerajaan ia tidak salah dan bagi saya sesuatu yang wajar.
Kenapa saya berkata begitu? Kerana mereka inilah yang menyambungkan perjuangan siang malam tokoh-tokoh terdahulu yang bermula sebaik Pas kalah tahun 1978. Mereka yang menyambungkan perjuangan Buniyamin Yaacob, Cikgu Musa Salleh, Mohammad Amin, Saufi Othman, Yaacob Awang Besar, Wan Jamil Mohamad (semua Allahyarham), Omar Mohamad, Abdul Halim Abdul Rahman, dll.
Saya tahu sungguh akan kesungguhan dan kegigihan para pejuang ini. Mereka akan turun dari rumah sejak 6:00 petang dan akan pulang lewat jam 4:00 pagi kerana berceramah memberi kesedaran kepada rakyat. Kesusahan mereka dalam perjuangan membangkitkan semangat Pas hanya Allah saja yang tahu. Ada kalanya kereta kehabisan minyak tengah jalan dan terpaksa pulang berjalan kaki.
Jadi kalau mereka ini mendapat sedikit habuan untuk kelegaan kehidupan apa nak dipertikaikan. Saya yakin roh kepada para pejuang gigih Pas itu akan merasa senang dan bahagia kerana melihat para penyambung mereka boleh menikmati hasil perjuangan mereka. Al Fatihah untuk mereka sebanyak tiga kali.
Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu
Usrah Mingguan minggu ini sekali lagi diadakan di rumah bapa Ketua Penerangan Pas Cawangan,Ismail Mat Ali.Beliau sekali lagi meminta membacakan Surah Yaasin untuk bapanya yang uzur.Sudah tiga minggu berturut turut Usrah diadakan di sini atas permintaan beliau.Tak nak bagi peluang kat orang lain ke he..he...Tapi tak apalah kita ahli Usrah ni ibarat saudara,kata orang berat sama di pikul ringan sama di jinjing.Untuk tidak mengganggu bapa beliau yang uzur, usrah di jalankan secara ringkas.Selepas membaca Surah Yaasin,terus kepada isu semasa.Dalam isu semasa hanya dua tiga perkara di bincangkan.Antaranya Himpunan Sokong Tok Guru yang di adakan di Kota Bharu pada 10.00 pagi nanti.Sebagai penutup Ketua Pas Cawangan Hj Ismail Husin memberikan ucapan ringkas untuk ahli Usrah.
P/S:Minggu depan usrah di adakan di Madrasah Hj Husin sempena Majlis Jamuan Bulanan Pas Beris Pak Abu.