Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 5 Oktober 2009

Solat Isyak Berjemaah Bersama Tok Guru Di Masjid Hadhari Jerteh Terengganu

Khusyuk,Mursyidul Am Pas yang menjadi idola kebanyakan umat Islam di negara ini.Beliau di kagumi kawan dan lawan
Tok Guru sedang solat sunat sebelum mengimami solat Isyak berjemaah
Antara jemaah yang hadir.Mungkin ini jemaah teramai yang solat Isyak di Masjid ini dalam sejarah keujudannya.Sebelum ini nampak lengang je..
Tok Guru di iringi oleh pengiringnya meninggalkan Masjid
Indah,Masjid Hadhari di Jerteh projek peninggalan Idris Jusoh.Nok tanyo sikit,duk mano dio loni eh..he..he..

Tok Guru sembahyang di Masjid Hadhari? betul ke ni,ambo sendiri pun seakan tak percaya apabila menerima SMS dari S/U Dewan Pemuda Pas Besut.Biasanya SMS dari beliau boleh di percayai.Ahh betullah tu.Tanpa berlengah ambo lekas memberitahu rakan rakan di kampung ambo.Kalu tok royak puok tu parok aku,ooo nye semeh natilaa.Pendek kato tok bengoh la palo,puok tu sek sek gengster Kg Dusun sajo tuh he.. he...Tapi kenapa Masjid Hadhari?kabarnya beliau mendapat undangan khas dari Pengurusan Masjid.Mungkin Idris Jusoh sengaja membiarkan perkara ini untuk memprovokasi Mat Said,maklumlah musuh no 1 beliau.Untuk pengetahuan di Besut,Idris Jusoh lebih berkuasa dari Mat Said.Biarkan si luncai terjun dengan labu labunya,biarkan biarkan ha..ha..ha.. sek sek kito jange gege kito nati tepuk tange jah..tepuk ama ama belale kupu kupu he..he..bia nyo baloh samo puok dio.Maah la weh, jauh ambo melalut.Berbalik kepada cerita Tok Guru,sebenarnya kedatangan beliau ke Besut adalah untuk menyampaikan ceramah dan merasmikan Pasti di Kg Alor Keladi.Kehadiran orang ramai dalam Majlis ceramah beliau amat membanggakan.Sampaikan ambo nak ambil gambar pun tak boleh bersesak sesak,maklumlah dah agak lama Tok Guru tak datang ke Besut.
P/S: Program ini berlangsung pada 4/10/2009

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Sudah lama wang "haram" di seludup ke Sabah-Jeffrey


Video oleh: Greenboc

Penyeludupan wang haram RM16 juta membabitkan konco Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, bukan sesuatu yang baru. Rakyat Sabah telah lama menjadi pemerhati kepada rentetan penyelewengan kekayaan sumber bumi Sabah.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan, berkata terlalu banyak wang ringgit milik rakyat Sabah disedut keluar ke kocek Musa Aman dan kroni, Michael Chia Tien Foh, yang mendalangi pembalakan haram di negeri itu.

" Kalau kita tanya siapa Musa Aman di Sabah ini, siapa sahaja, saya ingat 99 peratus mengatakan dia memang terlibat dengan rasuah. Dan dalam ahli-ahli UMNO sendiri telah menimbulkan rungutan dia sahaja yang menyapu semua. Sebab itu dikenali sebagai "vacum cleaner" ujarnya.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu oleh polis Hong Kong kerana menyeludup wang RM16 juta ringgit hasil pembalakan haram.

Chia ketika disoalsiasat berkata wang tersebut adalah milik Ketua Menteri Musa Aman dan perlu diseludup ke Malaysia untuk memperkasa kempen UMNO-BN dalam PRK Permatang Pauh.

Jeffrey berpendapat penyeludupan wang haram dari akaun-akaun selamat di Hong Kong ke negara ini mungkin bukan kali permata berlaku. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya konco Musa Aman ditangkap.

" Ini mungkin kes pertama yang dapat kita kesan tetapi kita tidak tahu sama ada ini sebenarnya telah berlaku sebelumnya tetapi kita tidak mengetahuinya. Kami juga percaya kes penukaran penggunaan kes hutan simpan juga satu isu pengubahan wang haram tetapi ia dalam bentuk penukaran penggunaan tanah. Dalam erti kata lain, kawasan tanah kayu balak ditukar kepada kawasan pertanian dan dibalak, maka ia sama juga dengan pengubahan wang haram. Apa yang kita panggil pengubahan wang haram secara tidak langsung" katanya.

Jeffrey telah memfailkan pelbagai laporan polis menggesa siasatan dibuat ke atas kes penyelewengan sumber rakyat Sabah. Terbaru, satu laporan polis terhadap Musa Aman difailkan di Balai Polis Penampang berhubung kes pemalsuan geran dan pemberian konsesi secara tidak sah membabitkan Chia.

" Kami di Sabah juga telah membuat laporan terhadap Ketua Menteri Sabah mengenai isu-isu yang lain berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa di Sabah yang ada hubung kait dengan orang yang sama juga iaitu Michael Chia".

"Sebab itu kami telah membuat beberapa laporan polis mengenai isu pembalakan dan persekitaran, berkenaan alam sekitar di konsesi Yayasan Sabah di mana konsesi Sabah yang diberikan kepada Penta Wawasan yang sepatutnya ditanam semula kayu tetapi ditukar penggunaannya kepada kelapa sawit".

Beliau berkata rakyat Sabah tidak terlalu mengharap kepantasan dan kecekapan pihak berkuasa, kerana sehingga ke hari ini, pelbagai kes membabitkan pemerintah tidak disiasat, termasuk kes penyeludupan RM16 ini.

" Memang terkejutlah dan mereka mengharapkan memang ada penyiasatan dan ada penyelesaian tetapi sehingga ke hari ini belum lagi ada apa-apa dan rakyat Sabah memang mengharapkan dengan laporan yang dibuat ICAC di Hong Kong ini, tindakan yang diharapkan itu dapat diambil". Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin ke Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) bagi melaporkan perkara terbabit.TVA

Komitmen Zulkifli kepada penduduk Bagan Pinang




Zulkefli menunjkkan simbol dua, kerana namanya akan diletakkan nombor dua pada kertas undi


TELUK KEMANG – Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Zulkefli Mohd Omar berjanji memberikan komitmen menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat berdasarkan tema ’Bersama Kehendak Rakyat’.

Ketika berceramah di Markaz UPU Teluk Kemang disini semalam, beliau berkata, sekiranya beliau diberi peluang dan dipilih pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober akan datang, beliau akan membuat satu perubahan.

”Saya ni tidaklah tua, tidak juga muda, saya sedang-sedang (berumur) 45tahun, telah beristeri, anak 6 orang; 4 lelaki, 2 perempuan yang paling tua pelajar Universiti, yang nombor dua belajar di universiti. yang lainnya, masih lagi bersekolah,

”jadi tuan-tuan, dengan umur yang ’sedang-sedang’ ini, kudrat yang masih ada ini, tenaga yang ada ini, dengan kesihatan yang Allah bagi ini, InsyaAllah saya berjanji dengan komitmen terhadap tuan puan.”ujarnya

Menurutnya, beliau akan berusaha menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan Ladang terutamanya masalah saraan kehidupan yang mencengkam kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall dan Sua Betong.

”Bila saya sampai (ke ladang-ladang), penduduk jumpa saya mereka cakap pada saya; Aiya YB, hidup sekarang banyak susah, anak ramai mahu bayar, gaji kecil,

”kita punya gaji tak cukup untuk anak, untuk beli pakain dan barang-barang sekolah, mau makan, banyak susah, air sudah naik, api sudah naik, semua sudah naik. Ini macam, kalau ini barang semua naik, kita pun tak tau nak pergi mana.”katanya menceritakan keluhan dari kaum India disebuah ladang.

Selain itu, beliau turut akan berusaha menyelesaikan masalah-masalah bagi memenuhi keperluan rakyat dari keluarga nelayan yang sukar meningkatkan pendapatan, akibat tangkapan terjejas kerana masalah alam sekitar.

Begitu juga katanya, para peniaga yang terhimpit di bandar Port Dickson akibat persaingan dan peningkatan kos modal dan saraan hidup.

”Datang pula kaum Tionghua, (seorang) peniaga di Port Dickson, berjumpa saya dan berkata; saya ni ada restoran, dulu saya bayar ini bil air tidak tinggi, saya sudah bayar sekarang satu ratus lebih hingga dua ratus.

”dulu saya bayar RM 40 sahaja. Sekarang orang pun susah nk cari makan,saya pun susah nak meniaga sebab air sudah naik (tarif),"katanya

Menurutnya, para pengundi DUN Bagan Pinang telah memberikan tempoh 52 tahun kepada Barisan Nasional (BN) untuk membawa perubahan kepada kawasan tersebut, namun, katanya, hanya apabila datang pilihanraya kecil barulah ada beberapa perubahan.

”Kita dah bagi 52 tahun kepada Barisan Nasional, masalah yang kecil sebegini (pun) mereka tidak boleh selesaikan, bagaimana mereka nak selesaikan masalah yang lain, yang lebih besar.

”apabila datangnya Pilihan Raya, macam sekarang, (barulah) jalan semakin cantik. sebelum ini, jalan berlopak sana-sini,” jelasnya.BO

Finah terbaru Umno/BN terhadap Pakatan Rakyat


Video Oleh:Buletinonline

Umno ni tak habis habis memainkan isu perkauman.Ini amat merbahaya dan boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.Depan melayu cakap lain depan India cakap lain dan depan Cina cakap lain.Selalunya setiap kali PRK,demi mengekalkan kuasa dan mendapat sokongan orang melayu isu perkaumanlah yang sering di laungkan pimpinan mereka.Tak apa biarkan,nampaknya mereka tidak serik.Dah la tidak mendapat sokongan kaum bukan melayu,bahkan sokongan orang melayu terhadap Umno semakin pudar.Buktikan pada PRK Bagan Pinang nanti.Insyaallah..
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....